Mengekalkan Setulus Ikhlas sebagai kempen Ramadan dan Syawal tahun ini, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPTN) memaksimumkan program-program di kaca televisyen dan mengehadkan aktiviti-aktiviti keramaian bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Mengimbangi kandungan-kandungan islamik dan kekeluargaan, MPTN menjalankan misi memulihkan semangat sambutan bulan Ramadan dan Syawal rakyat Malaysia. Berobjektifkan memulihkan semangat rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak COVID-19, khususnya bagi petugas barisan hadapan, mangsa wabak yang masih berjuang untuk teruskan hidup dan juga keluarga mangsa, kempen Setulus Ikhlas 2020 ini akan mengembalikan semangat perayaan mereka dengan pelbagai tawaran menarik.
SETULUS IKHLAS Menyambut Ramadan Secara Sederhana
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak, “Kami bawakan Setulus Ikhlas yang lebih sederhana pada tahun ini ekoran daripada penularan wabak pandemik COVID-19 baru-baru ini. Sungguhpun wabak ini sedang berada dalam situasi yang terkawal, langkah berjaga-jaga demi mendukung usaha kerajaan membendung wabak ini sepenuhnya tetap kami titik beratkan.
Untuk tahun ini, kempen Setulus Ikhlas telah diubahsuai bersesuaian dengan keadaan semasa dan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan memperkenalkan inisiatif program khidmat masyarakat #SetulusIkhlas.
Di bawah program ini, kami akan bekerjasama dengan rakan-rakan penaja dan influencer menerusi aktiviti seperti Buka Puasa Lebih Berkat dan Hari Raya Lebih Bermakna. Program-program TV yang kami sajikan pasti menjadi peneman setia masyarakat kita agar terus kekal berada di rumah.â€
Untuk tahun ini, kempen Setulus Ikhlas telah diubahsuai bersesuaian dengan keadaan semasa dan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam tekanan hidup yang kini berhadapan dengan penularan covid-19, kami faham semua orang sedang menghadapi kesulitan dalam melangsungkan kehidupan harian. Janganlah cepat putus asa ataupun bermurung.
Sambutan bulan Ramadan masih boleh diteruskan dengan mengambil kira langkah-langkah pencegahan yang wajar seperti yang disarankan oleh pihak berkuasa. Program khidmat masyarakat #SetulusIkhlas juga akan diadakan dengan kerjasama dengan rakan-rakan penaja dan influencer.
Menyambut kehadiran bulan Ramadan secara bersederhana, wabak COVID-19 turut memberikan cabaran hebat terhadap pihak produksi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad. Oleh itu, beberapa program terbaik musim-musim lalu akan diulang tayang dalam bulan Ramadan.
Namun, terdapat juga program-program baharu yang bakal disajikan iaitu satu program Hiburan, tiga program Raudah, empat program Gaya Hidup, satu program baharu Bual Bicara, satu drama bersiri baharu dan empat telefilem baharu.
Program-program ini telah menemui penonton seawal 10 April minggu lalu bermula dengan Al-Kuliyyah, diikuti dengan Pak Kodi 5G pada 18 April dan diteruskan dengan Tanyalah Ustaz Muhasabah & Titipan Doa pada 24 April serta drama baharu, Bukan Gadis Biasa di slot Akasia, gandingan lakonan Ayda Jebat dan Remy Ishak.
Kempen Setulus Ikhlas ini lebih bermakna dengan kehadiran para penaja yang terdiri daripada Watsons, Olive House, Maggi, F&N Teh Tarik, Nescafe, Milo, GSK, TNB, SME Bank, Farm Fresh, Kitsui, Beras Era, Duit Now dan Bank Muamalat. Begitu juga dengan rakan pemasaran Setulus Ikhlas, tonton, Xtra dan CJ Wow Shop.
Bersama-sama kita mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan ini dan memulihkan semangat petugas barisan hadapan kita. Jangan lupa saksikan program-program menarik sepanjang Ramadan yang disajikan oleh Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad. Gunakan juga tanda pagar #SetulusIkhlas dalam menghangatkan lagi perbualan media sosial anda! Selamat menjalankan ibadah puasa, dan Salam Ramadan.