in , , ,

Zul Ariffin Mesra Dengan Intan Najuwa, Tiz Zaqyah Cemburu dalam SETELAH KU DIMILIKI

Mungkin Tiz Zaqyah sukakan Zul Ariffin, tetapi Zul Ariffin lebih tertarik pada Intan Najuwa.

Pelakon cantik Tiz Zaqyah cemburu lihat Zul Ariffin dan Intan Najuwa mesra? Para peminat mereka jangan risau… cinta tiga segi di antara mereka hanyalah watak lakonan mereka dalam drama terbaharu arahan sutradara terkenal Osman Ali di slot Akasia iaitu Setelah Kudimiliki mulai 29 Oktober ini. Drama adaptasi novel oleh Zaza Qry ini turut dibantu oleh Kuza, Aleza Shadan, Lia Natalia, Adeline Tsen, Rahhim Omar, Zaki Azeman, Fahmi Reza, Zulhelmy dan ramai lagi.

POSTER SETELAH KUDIMILIKI

Drama 28 episod  ini mengisahkan mengenai konflik cinta di antara Sarra (Intan Najuwa) dan Adriz (Zul Ariffin) yang diuji dengan pelbagai dugaan. Kerana dosa silamnya, Sarra dihalau ibunya dan membawa diri ke Pulau Langkawi tanpa arah tuju.  Sarra bernasib baik apabila dia diperkenalkan kepada Bonda Ummi (Kuza) dan ditawarkan bekerja di sebuah pusat perlindungan yang diberi nama Rumah Azirah. 

Pertemuan semula yang tidak diduga dengan Adriz di Rumah Azirah membuatkan hati Sarra berdegup kencang. Akan tetapi, Adriz tidak mengenalinya langsung kerana dia mengalami hilang ingatan disebabkan kemalangan lalu. Sebelum ditimpa kemalangan, Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya tetapi setelah tersedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah.

Encik Rahimin yang juga pengasas Rumah Azirah tidak mahu Adriz kembali kepada kehidupan lamanya, dan atas sebab itu dia membawa Adriz ke Rumah Azirah. Adriz kemudiannya membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain.

Adriz cuba mendekati Sarra, namun Sarra sering mengelak daripada bertemu dengannya. Tetapi semakin Sarra mengelak daripada Adriz, Adriz semakin ingin mengenali Sarra. 

Adriz tertanya-tanya, mengapa Sarra bersikap dingin dengannya. Namun sebenarnya, dalam hati Sarra, tiada degupan cinta lain. Hanya untuk lelaki yang bernama Adriz, yang mempunyai kisah silam dengannya, yang akhirnya sah menjadi suaminya.

Namun, rumah tangga mereka mula menemui cabaran apabila kakak tirinya, Lina (Tiz Zaqyah) sendiri ingin memiliki Adriz tanpa pengetahuannya.

Adakah Lina berjaya merobohkan istana cinta Sarra yang terbina bersama Adriz? Apakah yang sebenarnya terjadi di antara Sarra dan Adriz? Pastikan anda ikuti kesudahan drama ini setiap hari Isnin hingga Jumaat, 7.00 malam di TV3. Ikuti juga lama sosial Facebook, Twitter, Youtube, dan Instagram TV3 serta instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat untuk informasi menarik drama Setelah. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem M.O.X – MISI OPERASI X Lakonan Tya Arifin

Peraduan Jom Menonton Filem DOCTOR SLEEP