Selepas bekerja keras sehingga mencapai kejayaan, Haqiem telah ‘menghadiahkan’ usaha kerasnya sendiri dengan membeli sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz GLC 200. Wow! Hebatnya Haqiem, tahniah. Semestinya ini menjadi kebanggaan Qiemilio juga. Semoga menjadi inspirasi buat anak muda di luar sana. Kejayaan akan dicapai sekiranya kita tekun dan komited melakukan kerja. Kejayaan tidak akan datang dengan mudah bergolek jatuh ke riba. Malah, untuk mencapainya bukan dalam masa yang singkat. Selain usaha berterusan, doa restu ibu bapa penting juga.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Tergantung Sepi itu di Instastory apabila menerima kunci kereta mewahnya.
Ini adalah kereta kedua Haqiem selepas tiga tahun membeli kereta pertama iaitu jenis Mitsubishi Lancer. Jika kereta pertama dibeli secara tunai, kali ini, Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli, 23, membeli kenderaan tersebut secara ansuran bulanan.
Haqiem Rusli yang baru membeli kereta mewah jenis Mercedes-Benz GLC 200 yang dianggarkan bernilai RM290,000.
“Ini kereta impian saya. Saya pun sudah bekerja sebagai seorang penyanyi sejak berusia 10 tahun. Jadi, kereta ini adalah ganjaran hasil titik peluh saya dalam industri.
“Saya tidak beli kereta ini secara tunai sebaliknya bayar ansuran,”
– Haqiem Rusli
Menurut Haqiem ia adalah kereta idamannya dan dia merasa berbaloi memilikinya selepas bekerja keras selama ini.
“Alhamdulillah, atas rezeki Allah SWT. Saya ada banyak juga buat ‘survey’ termasuk kereta BMW dan Range Rover, tapi ini menjadi pilihan saya.
Ayah pun suka. Memandangkan saya belum ada lesen memandu, jadi kereta ini dipandu ayah. Kalau ada kerja, saya minta tolong pengurus yang bawa,”
– Haqiem Rusli
Haqiem yang membuat hantaran di Twitter itu berkata,
“Sebelum buat hantaran di Twitter, saya terfikir juga nanti orang kata nak menunjuk, tapi niat saya adalah untuk memberikan inspirasi kepada semua. Kebahagiaan dan kegembiraan yang dimiliki tak salah untuk dikongsi semoga ia menjadi pembakar semangat untuk semua,”
– Haqiem Rusli
Pelantun lagu Lembah Kesepian itu berkata, tujuannya berkongsi beberapa keping foto menerusi Instagram bukan untuk menunjuk-nunjuk namun sekadar memberi inspirasi kepada golongan muda.
“Alhamdulillah, setakat ini tiada yang mengecam sebaliknya ramai yang memberi kata-kata positif kepada saya.
“Saya tidak berniat untuk tayang kemewahan. Saya ingin membuktikan bahawa anak muda juga boleh berjaya jika kita sentiasa berusaha,” ujar Haqiem.
– Haqiem Rusli
Ditanya oleh wartawan Kosmo! Online jika tindakan berkongsi kemewahan kepada umum akan mengundang perhatian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Haqiem berkata, dia tidak berasa bimbang kerana telah menjalankan tanggungjawab membayar cukai sejak dua tahun lalu.
“Saya tidak pernah culas membayar cukai dan sudah pun mengisytiharkan cukai pendapatan sejak dua tahun lalu,”
– Haqiem Rusli
Jelas Haqiem lagi, dia telah membuat banyak ‘survey’ termasuk kereta BMW dan Range Rover, tatapi Mercedes-Benz GLC 200 menjadi pilihannya.
Haqiem yang muncul dengan single Adlina Marie berkata, perkongsian di Twitter itu untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada semua anak muda.
Haqiem turut memilih tahun kelahirannya iaitu 1998 sebagai nombor plat kenderaan.
Perkongsian Haqiem itu mendapat lebih 500 ulang ciap dan lebih 3,000 tanda suka.
*Sumber: Kosmo!