Malah lebih 600,000 set berkenaan sudah terjual hingga kini sekali gus meletakkan ia sebagai pilihan utama wanita di negara kita.
Malah tahun ini, jenama yang terkenal dengan tagline Apa Sa? Nurraysa, Kosmetik Mesra Wuduk Mekap Mudah Dibersihkan turut mengumumkan edisi pembungkusan baharu selain ejaan baharu.
Pengasasnya, Nur Aini Zolkepeli telus dan optimis dengan usaha dilakukan saat ini.
Tambah Nur Aini lagi, Set Panas menjadi ‘aksesori’ utama terutama yang bekerjaya, suri rumah atau golongan remaja.
Tanpa ragu, produk jenama keluaran syarikat Nurraysa Global meluncur dari tahun 2015 ini juga diiktiraf halal daripada Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Sejak awal, menjadi tanggungjawab dan amanah saya memperjuangkan azimat peneraju kosmetik mesra wuduk. Selain, saya sendiri menitikberatkan kosmetik yang membolehkan golongan wanita bersolat dengan sah.
“Set Panas ini juga mempunyai kandungan bahan tanpa keraguan, tanpa silikon. Kandungan lipstik juga tiada plumbum yang boleh menghitamkan bibir. Ia juga boleh digunakan sebagai pembayang mata dan pemerah pipi, warna tahan lama.
“NGDDMC sendiri mudah dicuci dan ditanggalkan. Hadir dengan dua tona, Light serta Medium ia juga menjadi gabungan concealer, foundation & powder dengan kandungan SPF50++,” katanya.
Kata Nur Aini, Set Panas boleh dibeli dengan pengedar berdaftar atau di Nurraysa Home Center berdekatan.
“Boleh layari pautan www.nurraysa.com untuk lebih lanjut. Atau singgah ke
https://www.tiktok.com/@nurraysahq” katanya.
Serentak dengan itu, jenama ini juga turut melancarkan Kempen Bina Bisnes Bersama Nurraysa yang mensasarkan 135,000 usahawan yang ingin dibantu untuk dijana pendapatan.
“Sekarang kita sudah rekrut usahawan baharu dan takkan putus memastikan usaha ini terus konsisten.
“Ia didorong dengan perjuangan membantu meningkatkan ekonomi dengan menjana pendapatan sampingan walaupun sudah bekerja terutama kenaikan harga barang sekarang, “katanya.