in

Set Hadiah Dermalogica Sempena Musim Perayaan

Kulit Sihat Sempena Musim Perayaan ini dengan Set Hadiah Dermalogica

Sambutlah musim perayaan dengan set hadiah untuk wajah yang sihat dan berseri daripada Dermalogica®, sama ada untuk anda, sahabat atau orang tersayang.

Dermalogica® mula memilih produk jualan terbaiknya menjadi set hadiah perayaan pada tahun lepas dan menerima sambutan yang hangat daripada pengguna. Set perayaan kini kembali semula atas permintaan ramai – kali ini dalam beg pelbagai warna yang menarik!

Set Hadiah Perayaan Dermalogica® 2012 terdapat dalam tiga reka bentuk beg menarik yang berbeza serta berlainan warna. Setiap beg mengandungi gabungan produk yang sesuai dengan pilihan setiap individu dan menjadikannya hadiah yang amat sesuai untuk anda atau sesiapa sahaja.

Travel Pouch Gift Set

Semua yang anda perlukan daripada Dermalogica® untuk wajah yang sihat dan berseri terdapat di dalam Beg Carry-All Dermalogica®. Bermula dengan pembersihan, set perayaan ini mengandungi Essential Cleansing Solution bersaiz 500ml dan Daily Microfoliant bersaiz 13gm; bagi tona dan kelembapan kulit, beg ini juga mengandungi Multi-active Toner dalam saiz 250ml dan Skin Smoothing Cream bersaiz 100ml, semuanya di dalam beg yang cantik dan sedia dibawa ke mana-mana sahaja. Set produk yang sesuai digunakan untuk semua jenis kulit ini direka untuk pemakaian harian, siang dan malam.

Anda pasti gembira dengan produk kegemaran Dermalogica® yang terdapat di dalam set hadiah Travel Pouch bersaiz medium yang mempunyai 7 produk kegemaran pengguna. Beg yang mudah dibawa ini mengandungi 150ml Pre-cleanse, 50ml Multi-active Toner, 10ml Gentle Cream Exfoliant, 4ml Intensive Eye Repair, dan 10ml Solar Defense Booster SPF50. Selain itu, set ini menyediakan pilihan 50ml Essential Cleansing Solution dan 22ml Intensive Moisture Balance untuk kulit kering; 50ml Special Cleansing Gel dan 22ml Skin Smoothing Cream untuk kulit normal dan kulit kering. Mana-mana satu pilihan ini akan melengkapkan segala keperluan kulit anda bagi memperoleh wajah yang cantik berseri sepanjang musim perayaan ini.

Bagi anda yang gemar memanjakan kulit serta mengekalkannya segar dan lembap sepanjang hari, anda pasti teruja mendapati Conditioning Body Wash (75ml) dan Body Hydrating Cream (75ml) disertakan di dalam set Beg Kembara bersaiz kecil Dermalogica®. Kedua-dua produk terdapat di dalam beg kecil yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja untuk memberikan terapi tubuh yang diperlukan bagi mereka yang sentiasa sibuk. Kedua-duanya sesuai untuk semua jenis kulit. Ia boleh digunakan pada waktu siang dan malam untuk hasil yang lebih baik.

Set hadiah besar Dermalogica® dalam Beg Carry-All dijual pada harga RM520.00 (harga asal produk dalam set ini adalah RM699.00); set hadiah bersaiz sederhana dalam Beg Travel Pouch dijual pada harga RM298.00 (harga asal produk dalam set ini adalah RM418.00) dan set hadiah bersaiz kecil dalam Beg Kembara dijual pada harga RM88.00. Semua beg hadiah terdapat dalam warna-warna oren ceria, magenta menawan dan hijau segar bagi menyerikan lagi hari anda.

Set Hadiah Perayaan Dermalogica® 2012 dalam beg berwarna-warni dijual di semua outlet AsterSpring Signature, AsterSpring dan Dermalogica® Consultation Pod serta pengedar Dermalogica® yang sah di seluruh negara.

Print

Print

Mengenai Esthetics International Group (EIG):

Esthetics International Group Berhad (EIG) adalah sebuah syarikat ternama dan terkemuka dengan pengalaman lebih dua puluh lapan (28) tahun di bidang penjagaan kulit, kesihatan, kosmetik serta kebugaran dan kecantikan.

EIG merupakan pengedar eksklusif produk Dermalogica® di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Indonesia, Brunei dan kawasan selatan negara China serta pembekal produk Dermalogica® untuk Vietnam dan Kemboja. EIG turut terlibat dalam pengurusan dan pengendalian rangkaian lebih 60 buah pusat rawatan penjagaan kulit profesional (AsterSpring), 14 buah Pod Rundingan Dermalogica® dan membekal kepada lebih 1,000 pengedar Dermalogica® yang sah di seluruh rantau ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Klangit Lancar Album Terbaru Berjudul DEWI

Zaiton Ceritaku Bongkar Rahsia Penyanyi Zaiton Sameon