Pada jam 3.30 petang semalam (12 Mei 2008) telah berlangsung satu majlis beramah mesra bersama pelakon Drama Ezora di Restoran Bubba Gump Shrimp Co di The Curve, Damansara Utama. Drama Ezora akan menggantikan drama bersiri Bella di slot Akasia yang telah menarik perhatian lebih 2 juta penonton. Satu jumlah penonton yang Budiey rasa agak memberangsangkan. Tahniah Bella! (&… Iqram jugak! hehe!)
Slot Akasia akan diambil alih oleh drama siri EZORA yang Budiey kira sebuah drama yang tidak kurang hebatnya. Sarat dengan percintaan, konspirasi dan pengkhianatan. Drama 60 episod ini diarahkan oleh Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Diterbitkan oleh Excellent Pictures Sdn Bhd, drama ini akan menemui penonton TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang mulai 19 Mei ini.
Majlis yang diadakan dalam suasana santai itu turut dihadiri oleh para pelakon drama iaitu Fazura, Beego, Dynaz, Diana Rafar, Fezrul Khan, Zed Zaidi dan Cat Farish. Antara pelakon lain yang tidak dapat hadir ialah Mek Kelate, Sofia Ibrahim, Aznah Hamid danbeberapa yang lain.
Tepat jam 3.50 petang, acara dimulakan oleh emcee bertugas, Johary Salleh yang juga Pengurus Kumpulan Pengurusan Jenama TV3. Selain mengalukan kehadiran semua media, Johary juga mengakui bahawa walaupun berusia setahun, slot akasia berjaya mendapat sambutan hangat. Sebanyak 3 juta penonton telah disasarkan untuk drama Ezora. Boleh ke?
Emcee bertugas pada petang itu… Johary Salleh yang juga merupakan Pengurus Kumpulan Pengurusan Jenama TV3
Kemudian, persembahan lagu Lepaskan, paduan suara dari Fabulous Cat yang dianggotai oleh Cat Farish di mana Cat juga turut menjadi pelakon drama ini.
Ahmad Idham dijemput untuk menceritakan sedikit tentang drama Ezora. Selain mengucapkan terima kasih buat TV3 yang melancarkan drama ini, pengarah prolifik ini juga menceritakan sedikit sinopsis dan jalan cerita drama ini.
SEDIKIT RINGKASAN CERITA
Katanya, Ezora adalah Fazura, cuba memaparkan realiti. mengisahkan Fazura yang menjadi mangsa keadaan, dari seorang naif, Ezora bangkit untuk menempuh hidup dengan caranya sendiri.
Dynaz pula membawa watak antagonis bernama Leeya, seorang gadis yang berasal dari golongan berada. Beego pula membawa watak sebagai tunang Ezora bernama Reza yang terhimpit dalam kancah percintaan Leeya (Dynaz) dan Badree (Zed Zaidi). Leeya mulai mencintai Reza dan terus menolak cinta Badree (Zed Zaidi) sebab Badree seorang playboy yang selalu curang. Pergolakan terus tercetus ketika mana Ezora datang ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan tunangnya, Reza.
Ahmad Idham juga turut memperkenalkan para pelakon dan krew produksi.
Menurut pengarah, Ahmad Idham:
“Siri ini mengupas kekuatan seorang wanita yang menjadi mangsa kepada cinta sejati. Plotnya berkisar dengan tanda tanya. Diselitkan dengan rahsia kehidupan yang membongkar realiti sebenar. Sebenarnya, drama ini lebih dekat dengan realiti kehidupan harian kita sebagai manusia. Bukannya rekaan dunia plastik yang diwujudkan tanpa sebab. Ia juga mempamerkan kekuatan semangat seorang wanita sebatang kara dalam menempuh dugaan hidup. Dia tidak menyalahkan takdir tapi berusaha sehingga berjaya mengharungi dugaan hidup dan menempatkan dirinya setaraf dengan golongan yang lain.”
Selain sesi fotografi, hadirin juga dapat menonton showreal dan episod pertama drama ini.
Antara gambar barisan pelakon utama:
Fazura sebagai Ezora, perempuan naif yang sangat manis. Hmmm… lebih cantik dari Fasha.
Beego sebagai Reza, kekasih Ezora yang poyor!
Dynaz sebagai Leeya, perempuan jahat.
Zed Zaidi sebagai Badree. Buaya tembaga?
Diana Rafar pun ada… haha, kenapa Diana kena berdiri atas kerus ni? Kena denda ya?
Juga diperkenalkan pelakon pembantu:
Fezrul Khan
Pendatang baru…
Ini juga pendatang baru…
Tak usah diperkenalkan… ini dia CICO. Anak Uji Rashid.