in ,

Sesi Uji Bakat Mentor 7 Berakhir!

Hujung minggu lalu telah berakhirnya sesi uji bakat Mentor 7 yang diadakan secara berasingan selama empat minggu sepanjang bulan September.

Bermula di Sabah pada Ogos lalu, diikuti Datuk Syafinaz pada 8-9 September, Aizat Amdan pada 15-16 September, manakala Hafiz Suip pada minggu seterusnya dan terakhir, Siti Nordiana. Masing-masing telah bersiap siaga dengan senjata rahsia mereka menjelang siaran episod pertama Mentor 7 pada hujung bulan ini!

Lebih 2100 peserta telah menyertai sesi uji bakat ini dalam percubaan mereka untuk terpilih sebagai protégé. Hadir seawal 10.00 pagi, para peserta berada di sekitar kawasan Pekarangan Sri Pentas, ada yang berlatih menyanyi, berkongsi skil serta pengalaman bersama peserta lain malah ada juga yang sekadar menemani rakan yang ingin mencuba nasib.

Sesi Uji Bakat Mentor 7

Mentor 7 menampilkan empat penyanyi versatil iaitu Aizat Amdan, Datuk Syafinaz Selamat, Siti Nordiana dan Hafiz Suip. Mentor-mentor ini mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih protégé mereka.

“Pada saya kuantiti yang hadir ketika sesi uji bakat tidak menentukan kualiti nyanyian. Rata-rata yang datang boleh menyanyi dengan baik namun saya memilih mereka yang betul-betul mempunyai kualiti yang saya inginkan,” – Datuk Syafinaz Selamat

Sesi Uji Bakat Mentor 7

Datuk Syafinaz Selamat mencari seseorang yang original dan unik di samping vokal yang mantap.

“Saya cari protégé yang belum berkahwin, boleh menyanyi dalam pelbagai genre seperti irama Malaysia, dangdut, rock, pop dan R&B, memiliki tona suara yang sedap serta berpersonaliti menarik. Pengetahuan dalam lagu-lagu 90-an adalah amat penting,” – Siti Nordiana

Aizat pula masih tidak percaya menerima amanah besar apabila diberi peluang menjadi mentor dalam musim ini namun dia menganggap itu sebagai satu tanggungjawab. “Saya tidak akan mensia-siakan peluang ini dan saya juga telah mempersiapkan barisan tenaga kerja untuk membimbing protégé saya,” tambahnya ketika ditemubual dalam sesi uji bakatnya.

Bersemangat apabila bercerita mengenai rancangannya menggilap bintang baharu, Hafiz Suip mencari seseorang yang mempunyai vokal mantap, di samping mendapatkan khidmat Bob Yusof dalam pasukannya yang bertanggungjawab menjaga bahagian vokal.

Antara kesemua peserta yang menyertai sesi uji bakat ini, sudah tentu ada yang bernasib baik namun ada juga yang harus terus belajar bagi memantapkan vokal dan persembahan mereka. Pelbagai gelagat dan reaksi terpapar di wajah ketika mereka diterima atau gagal ke peringkat seterusnya. Ini menunjukkan semangat dan minat yang mendalam terhadap program realiti nyanyian terunggul TV3 ini.

Mula bersiaran musim pertama pada 2005, kini Mentor terus berdiri teguh dalam melahirkan bintang – bintang seperti Aiman Hakim, Hael Husaini, Anas Ridzuan, Shila Zikir, Sandra Dianne, Fiq Halim, Salma dan Black.

Sesi ujibakat yang pertama telah diadakan di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah bermula 9.00 pagi hingga 4.00 petang pada 18-19 Ogos 2018 diikuti lokasi seterusnya di Sri Pentas, Bandar Utama pada 8-9 September 2018 (Datuk Syafinaz Selamat), 15-16 September 2018 (Aizat Amdan), 22-23 September 2018 (Hafiz Suip), dan yang terakhir pada 29-30 September 2018 (Siti Nordiana) lalu.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Sesi Uji Bakat Mentor 7

Sesi Uji Bakat Mentor 7

Sesi Uji Bakat Mentor 7

Sesi Uji Bakat Mentor 7

Sesi Uji Bakat Mentor 7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kerana Badan Naik, Puteri Aishah Ditinggal Kekasih?

Muzik Jam Kembali Bagi Musim Ke-2 di Hurr.TV