in ,

Sesi Terbuka Di Sepang Buat Mior Teruja

Impian menjadi kenyataan buat penyandang juara eRacing Grand Prix Asia Tenggara, Mior Muhammad Hafiz selepas mendapat peluang menggunakan jentera Formula Renault yang merangkumi casis Tatuus serta enjin 2.0L Renault Clio dalam sesi terbuka yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.

Gambar Hiasan

Meskipun memenangi pertandingan eRacing serantau yang pertama pada September tahun lalu, Mior terpaksa menunggu untuk meraih ganjaran ini berikutan pandemik global COVID-19 yang menjejaskan semua penganjuran acara sukan sama ada profesional dan rekreasi di Malaysia.

Keputusan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) meneruskan kembali operasinya pada bulan lalu dengan sesi ujian secara terbuka dan tertutup memberi keceriaan buat Mior.

IMG 3

Pelumba berusia 32 tahun ini amat teruja sekali untuk menikmati ganjaran daripada kejayaannya apabila buat pertama kali dapat merasai kemampuan jentera Formula Renault oleh Axle Motorsport menerusi kerjasama dengan pasukan berpangkalan di Hong Kong, Black Arts Racing yang merupakan juara Kejohanan Formula 3 Asia.

“Ini merupakan pengalaman yang cukup menakjubkan untuk saya menguji sendiri jentera Formula Renault. Semua ini tidak akan menjadi kenyataan jika bukan kerana Axle Motorsport, khususnya En. Alex Yoong serta Black Arts Racing dan saya berterima kasih kepada mereka untuk peluang ini,” ujar Mior.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada barisan penaja yang dihargai – Maybank, JD Sport dan UMobile kerana terus memberikan sokongan. Ia memberikan lebih semangat buat saya untuk mencapai lebih banyak kejayaan di peringkat lebih tinggi,” jelas Mior lagi.

IMG 2

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Axle Motorsport, Alex Yoong memuji pencapaian yang diraih pelumba kelahiran Kuala Lumpur itu.

“Kami amat berbesar hati untuk melihat kemajuan besar yang telah dicapai oleh Mior dan dia amat memerlukan peluang ini. Axle Motorsport begitu gembira memberikannya kesempatan menguji jentera Formula Renault menerusi tunjuk ajar professional yang diberikan oleh rakan-rakan kami di Black Arts Racing.

“Inilah yang sentiasa kami lakukan di Axle Motorsport. Selain memberikan platform kepada untuk mencari bakat baharu dan membangunkan potensi pelumba, kami juga menghargai mereka dengan segala kerja keras serta dedikasi yang diberikan,” jelas Alex.

IMG 1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amitabh Bachchan Pulih Covid-19 Dibenarkan Pulang

Samsung Galaxy Unpacked Virtual Event 2020 Launched Galaxy Note20 Series