Maka, ramai penyanyi dan selebriti akan turut dijemput untuk menjayakan recording dan biasanya masa inilah mereka akan bergaya dengan fesyen baju Melayu dan tradisional sesuai dengan tema hari raya.
Begitu juga dengan para pelakon drama Kerana Cintaku Saerah yang tidak ketinggalan dipanggil untuk menghiasi edisi khas majalah dan akhbar.Â
Petang tadi, berlangsung satu sesi fotografi bersama para pelakon drama yang akan menemui penonton tv3 bermula 5 September nanti. Diadakan di sebuah restoran terkemuka di ibu kota, sesi fotografi majalah Media Hiburan sore tadi dijayakan oleh Benjy, Isma Yusoof, Umie Aida, Sharifah Shahora, Engku Faridah, Noorkhiriah, Amy Suraya dan ramai lagi.
Nampak tu, bukan main bergaya lagi mereka. Isma Yusoof mengenakan sepasang baju Melayu ala fusion tradisional moden yang agak urban. Saya suka dan rasanya mahu menempah dengan pereka baju tersebut iaitu Amir Loqman. A-ha, kepada anda yang ingin menempah baju raya dengan pereka fesyen Amir Loqman, boleh menghubungi Budiey ya…. nanti saya akan beritahu bagaimana cara untuk menempah baju tersebut. Hehe, sempat promote nih…
Terima kasih Isma Yusoof kerana sudi mengirimkan semua gambar-gambar yang masih fresh ini di meja redaksi Sensasi Selebriti. Semoga drama Kerana Cintaku Saerah akan mendapat sambutan hangat dari penonton tv3 nanti. Insyaallah.
Oh ya, nanti saya nak siarkan Senarai Buffet Berbuka Puasa di Hotel sekitar Kuala Lumpur untuk tahun 2007. Tunggu!