in

Sesi Eksklusif Bersama Pemandu Formula 1 PETRONAS

SESI EKSKLUSIF BERSAMA PEMANDU F1 PETRONAS

Pada 19 Mac 2013, hari Selasa yang lalu, Budiey dijemput untuk menghadiri Sesi Bersama Pelumba Petronas F1 di stesen minyak Petronas Solaris Serdang.

Terus terang lah ye, ini adalah kali pertama Budiey menjejakkan kaki di stesen minyak yang kini dah berwajah baru yang lebih fresh ini. Terima kasih buat PETRONAS sebab sudi menjemput Budiey. Bukan mudah nak jumpa dengan pemandu pasukan Mercedes AMG PETRONAS F1 Team, Nico Rosberg dan Lewis Hamilton ni.

Sempena dengan kehadiran dan lawatan Lewis Hamilton dan Nico Rosberg ini, PETRONAS turut mengundang empat orang pengguna Kad Mesra bertuah yang mana mereka merupakan antara yang paling banyak berbelanja di stesen PETRONAS.

Bertuah betul pemenang dari Kad Mesra PETRONAS ni, dah lah dapat bertemu dan beramah mesra dengan pelumba F1, dapat hadiah dengan mengisi minyak dalam tangki kereta mereka. Ish, siapa yang tak nak kan?

Petronas

Sesampai di PETRONAS Solaris Serdang dengan cuaca yang agak panas pada petang itu, Budiey lihat ada sekumpulan krew produksi iklan sedang buat pengambaran iklan terbaru PETRONAS.

Petronas

Budiey dikhabarkan, iklan terbaru ini nanti akan lebih meriah dengan penampilan khas dari dua orang pemandu terkenal Lewis Hamilton dan Nico Rosberg. Budiey tak sabar nak tengok iklan ini disiarkan. Maklumlah, Budiey antara yang datang untuk melihat sekitar pengambaran iklan ini dibuat, mestilah nak tengok bagaimana hebat hasilnya.

Setelah penat mengambil beberapa gambar dengan lensa kamera, Budiey lepak-lepak dulu sambil menantikan kehadiran dua pemandu. Rata-rata yang datang tak sabar untuk bertemu dengan pemandu Mercedes AMG PETRONAS F1 Team ini. Jam 1.30 petang, pemandu yang kami nantikan pun sampai. Tak lama selepas itu, kami terus dibawa untuk ke stesen minyak bagi merakam detik manis pemenang Kad Mesra PETRONAS beramah mesra dengan pemandu terkenal, Nico Rosberg & Lewis Hamilton. Budiey juga sempat melihat pemandu F1 ini tampil bersama dalam pengambaran iklan PETRONAS. Memang diorang ni professional sangat.

Petronas

Menurut kata salah seorang pemenang Kad Mesra PETRONAS, beliau memang tak sangka dapat berjumpa dengan pemandu F1. Kalau dulu, dapat tengok kat TV je, sekarang boleh bersembang dan bergambar. Walaupun sekejap, beliau anggap ini satu pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Yang penting, pelumba sendiri yang memasukkan minyak dalam tangki kereta mereka. Pergh! Bertuah betul, tak rugi guna Kad Mesra PETRONAS.

Tak sampai 20 minit di situ, kami kemudian diajak naik ke aras satu untuk sesi bermain kereta kawalan jauh bersama pemandu F1 pula. Bila perhatikan pemandu F1 ni main kereta kawalan jauh ni, memang la tak sama dengan mereka kawal kereta lumba yang betul. Tapi kira okay lah, not bad. Mungkin diorang dah selalu berlatih dengan menggunakan kawalan jauh ni.

Petronas

Budiey juga tak lepaskan peluang untuk mencuba berlumba dengan penulis blog yang lain serta pemenang Kad Mesra PETRONAS. Satu kumpulan terdiri dari empat orang pelumba. Kami hanya perlu buat 3 laps sahaja. Pemenang dipilih berdasarkan siapa yang paling cepat dan paling awal sampai ke garisan penamat. Bila dah cuba, memang perasan tu ada lah sikit rasa macam betul-betul jadi pelumba tapi tak tahu nak kawal kereta. Memang ini pertama kali Budiey cuba benda alah ni pun.

Sebelum meninggalkan stesen minyak PETRONAS yang paling happening ni, kedua-dua pemandu telah meninggalkan bekas tangan mereka untuk diabadikan sebagai kenangan buat tatapan pengunjung stesen minyak Solaris Serdang ini.

Petronas

Setelah semua selesai, kami kemudiannya mendengar sedikit penerangan tentang PETRONAS secara santai oleh Encik Akbar M Thayoob yang merupakan Head of Retail Business Division, PETRONAS Dagangan Berhad. Selain itu, kami berkenalan juga dengan beberapa orang kuat dan staf di PETRONAS Dagangan Berhad.

Sebelum apa-apa lagi, kami diberi penjelasan tentang sejarah penubuhan syarikat PETRONAS Dagangan Berhad. Ditubuhkan pada tahun 1982, beberapa tahun selepas penubuhan PETRONAS pada tahun 1976. PETRONAS Dagangan Berhad mulanya terlibat dengan proses carigali minyak dan pelopor untuk industri minyak dan gas di Malaysia. Mengikut sejarah, pada tahun 1979, Malaysia mengalami krisis minyak di mana ketika itu minyak dicatu kepada pengguna. Dari itu, PETRONAS diarahkan untuk keluar mencari minyak untuk menjamin bekalan minyak kepada pengguna Malaysia mencukupi. Stesen pertama PETRONAS adalah di Taman Tun Dr Ismail dan kini PETRONAS Dagangan Berhad dah ada lebih 1,000 stesen minyak seluruh Malaysia.

Salah satu misi PETRONAS Dagangan Berhad adalah untuk menjamin keselesaan rakyat Malaysia. Selain keselesaan pengguna diterapkan, PETRONAS Dagangan Berhad juga mahu penduduk Malaysia rasa puas hati dengan mutu perkhidmatan di mana mereka mendapat ‘reward’ dengan menjadi pengguna setia PETRONAS Dagangan Berhad.

Bertepatan dengan motto, All The Way, PETRONAS Dagangan Berhad berusaha sedaya upaya untuk memberikan keselesaan dengan menyediakan ruang stesen minyak yang lebih kepada Satu Pusat Hentian di mana pengguna boleh keluarkan duit di mesin ATM, bayar bil, membeli belah dan sebagainya. PETRONAS Dagangan Berhad adalah antara yang memperkenalkan Ron 95, kemudahan surau, tandas dan beberapa kemudahan yang lain pada awal penubuhan.

Budiey sangat bangga dengan pembaharuan yang dibuat oleh syarikat ini sebab pastinya, setiap kemudahan yang disediakan memerlukan kos yang tinggi.

Pada tahun 2011, PETRONAS Dagangan Berhad telah memperkenalkan RON 95 EXTRA yang menggabungkan kelebihan penjimatan dan prestasi enjin kereta. Budiey lihat, usaha ini sangat baik untuk menjadikan pengguna menjaga kereta mereka dengan lebih baik.

Menyentuh tentang stesen minyak PETRONAS SOLARIS ini sebenarnya adalah stesen minyak berkembar iaitu Solaris Serdang dan Solaris Putra. Stesen ini dinamakan Solaris sebab menggunakan sistem penjimatan tenaga. Antaranya solar panel berbumbung di mana tenaga elektrik dijana dengan menggunakan tenaga cahaya matahari. Selain menggunakan semula air hujan untuk cucian dan menggunakan cahaya LED yang menggunakan kuasa elektrik yang sangat sikit. Sistem mengendalikan tenaga juga digunakan sebagai contohnya jika suhu di luar sangat panas, penghawa dingin dalam bangunan ini boleh diselaraskan secara otomatik.

Untuk membalas jasa baik peminat setia yang tak putus-putus bagi sokongan, PETRONAS Dagangan Berhad terus menerus merancang untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna Kad MESRA. Antaranya seperti acara pada hari tu di mana pengguna paling kerap dan banyak diberi layanan istimewa dan juga dan sekarang dari Mac hingga April, diadakan peraduan Race On: Mesra Store yang mana pemenang akan diberikan hadiah sebuah kereta Mercedes-Benz A Class iaitu Mercedes 2250 yang mana Budiey dikhabarkan kereta ini belum lagi dilancarkan dan digunakan di Malaysia.

Wow, Budiey rasa nak cuba masuk peraduan ni. Mana tahu dapat kereta Mercedes 2250 ni.

Kepada anda yang nak tahu lebih lanjut tentang PETRONAS Dagangan Berhad ini boleh layari: www.mymesra.com.my atau boleh LIKE Fanpage: www.facebook.com/PETRONASBrands

Gambar-Gambar Menarik Sepanjang Acara Berlangsung.

Petronas

Petronas

Petronas

Petronas

Petronas

Petronas

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Dato Siti Nurhaliza & Pengguna SimplySiti di Legoland Malaysia

Event 2013 Moola Bonus Draw