in ,

Sesi Beramah Mesra Bersama Bintang LUX Fazura di Giant

Sesi Beramah Mesra Bersama Bintang LUX Fazura di Giant

Para peminat Bintang LUX Nur Fazura bakal berpeluang bersua muka dengan beliau, mendapatkan autograf malah menambah glamor pada album gambar dengan merakam peribadi bersama beliau semasa beliau tampil di pasar raya besar Giant di Kota Damansara pada Sabtu 19 November pada pukul 11.30 pagi.

Fazura akan beramah-mesra dengan peminatnya sempena pelancaran One Unilever Fair dengan kerjasama Giant, yang akan menampilkan keseluruhan rangkaian jenama Unilever dari produk makanan dan jagaan kediaman sehingga kepada produk jagaan peribadi seperti LUX, Lifebuoy, Knorr, Lady’s Choice, Lipton, Planta, Breeze, Ekonomi Handalan, Clear, Dove, Fair & Lovely, Pond’s, Rexona dan Sunsilk.

Pengunjung yang membeli produk LUX bernilai sekurang-kurangnya RM15 di pameran itu akan menerima hadiah percuma serta-merta di gerai LUX di mana mereka boleh mendapatkan rangkaian mandian badan LUX yang mewah, memikat dan berdaya sensual yang menyediakan buat setiap wanita dengan haruman lembut, sehalus sutera dan kekal berpanjangan setiap kali selepas mandi.

LUX hadir dalam rangkaian enam varian iaitu; Soft Touch, Velvet Touch, Magical Spell, Secret Bliss, White Impress dan Wake Me Up. Rangkaian mandian badan LUX bukan sahaja berbau harum malah turut mengandungi rumusan protein sutera berharga dan ekstrak buah-buahan bagi menyerlahkan kecantikan asli dan daya sensual setiap wanita dengan menjadikan kulit halus dan berseri.


Lux Nur Fazura

Mengenai LUX
LUX mula diperkenalkan sebagai sabun mandi pada 1925. Dihasilkan oleh Lever Brothers, ia tiba di UK pada 1928, dengan menjanjikan bersamanya rahsia yang dijaga rapi oleh Perancis bagi menghaluskan kulit, memberi aspirasi tetapi mudah didapati. Sejak detik pelancarannya lagi, LUX sentiasa percaya pada strategi bintang untuk menjadi Jagaan Kecantikan Kegemaran Hollywood.

LUX percaya bahawa berkelakuan cantik adalah satu cara mempersembahkan wajah terbaik anda kepada dunia dan memaksimumkan apa yang anda miliki. Ia merupakan pilihan sedar untuk menjadi cantik dan menikmati keseronokan menggunakan kecantikan anda. LUX menjadikannya mungkin buat setiap wanita untuk menjadi cantik dalam banyak cara yang memuaskan.

Pada 1950-an, LUX tiba di Malaysia dengan membawa bersama-samanya barisan bintang global seperti Aishwarya Rai, Priyanka Chopra, Rachel Weiz hingga kepada bintang LUX tempatan seperti Amy Mastura, Sheila Majid, Fauziah Latiff, dan Erra Fazira. Warna sabun dan bungkusan LUX diubah beberapa kali bagi menggambarkan trend fesyen. Pada 1958, lima warna menerajui rangkaian: merah jambu, putih, biru, hijau dan kuning.

Bagi 2011, keseluruhan rangkaian LUX bakal dilancarkan semula di Malaysia bagi membawakan teknologi baru dan bungkusan baru. Rangkaian LUX ini terdiri daripada Soft Touch, Velvet Touch, Magical Spell, Secret Bliss, White Impress dan Wake Me Up. Pada 2011, LUX juga diiktiraf sebagai jenama sabun nombor satu di Asia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Libur di TV1 Bersama Program Majalah 1001 Malaysia

Lirik Lagu Simetri Hazama Amy Search