Daripada penghayatan budaya sambil berjalan kaki yang membawa anda kembali ke masa lalu hingga kembara berpandu untuk pengembara yang inginkan aktiviti yang mencabar. Pengalaman ini akan membolehkan anda mengenali Malaysia seperti warga tempatan yang tulen.
Lawatan Berbasikal Warisan Pulau Pinang Semua-Dalam-Satu, Pulau Pinang
RM1 bagi setiap orang, 10 orang sahaja, tersedia pada 16 September
Ken dan rakan-rakannya akan membawa anda ke sekitar Georgetown dalam lawatan berbasikal warisan untuk menikmati makanan penjaja yang paling enak, seni jalanan dan tapak bersejarah terbaik di Pulau Pinang. Bagi mereka yang tidak boleh berbasikal, Ken juga menawarkan pilihan untuk mengalaminya dengan menaiki beca!
Keajaiban Kampung Baru, Kuala Lumpur
RM1 bagi setiap orang, 6 orang sahaja, tersedia pada 17 September
Terokai rahsia dan cerita tersembunyi tentang keluarga Melayu yang tinggal di Kampung Baru apabila Fuad membawa anda bersiar-siar mengelilingi kawasan Melayu terakhir tempat beliau membesar. Anda juga akan dapat melawat tempat yang biasanya dikunjungi oleh penduduk tempatan dan mengalami cara hidup Kampung Baru yang tulen.
Kelas Memasak Kuih Nyonya Melaka, Melaka
RM1 bagi setiap orang, 8 orang sahaja, tersedia pada 19 September
Pelajari cara membuat Kuih nyonya – snek Peranakan tradisional dengan Li Ting dan ibunya dalam keselesaan banglo 2 tingkat mereka sambil mereka berkongsi resipi rahsia keluarga mereka. Anda juga akan dapat membawa pulang kuih manis ini.
Jahit Blaus Batik, Kuala Lumpur
RM1 bagi setiap orang, 6 orang sahaja, tersedia pada 19 September
Pemilik bersama Maker’s Habitat, Ching, telah menjahit pakaian dan beg sejak 20 tahun lepas. Rasai keseronokan menjahit melalui bengkel ini, dan bawa pulang blaus batik Malaysia anda sendiri.
3-dalam-1 Masjid + Batu Caves + Kuil Bukit, Kuala Lumpur
RM1 bagi setiap orang, 12 orang sahaja, tersedia pada 23 September
Ingin mengetahui lebih lanjut tentang komuniti Muslim di Malaysia? Sertai Ahmad dalam Pengalaman penghayatan budayanya sambil berjalan-berjalan, dan hayati seni bina dan sejarah masjid yang berbeza di sekitar Kuala Lumpur.
Denai Kampung Temuan dengan Pemandu Orang Asli, Petaling Jaya
RM1 bagi setiap orang, 10 orang sahaja, tersedia pada 22 September
Pengalaman Impak Sosial ini merupakan inisiatif bersama antara Native, sebuah perusahaan sosial berasaskan pengembaraan dan Epic Collective, sebuah ekosistem syarikat dan platform yang bertujuan untuk mewujudkan peluang sukarelawan bagi mereka yang ingin menyumbang kembali kepada masyarakat. Sertai Daniel dan pasukannya semasa mereka mengembara merentasihutan komuniti Orang Asli Temuan yang dilindungi dan ketahui lebih lanjut tentang penduduk tempatan dan persekitaran mereka.
Belajar bermain Sape bersama dengan juara muzik, Kuala Lumpur
RM1 bagi setiap orang, 10 orang sahaja, tersedia pada 28 September
Ketahui cara bermain Sape, alat tradisional dari Sarawak dari pemain muzik juara dunia, Saufi Aiman. Di akhir sesi kelas ini, anda akan dapat membaca nota muzik asas dan memainkan beberapa lagu Sape bersama-sama dengan rakan muzik baharu anda!
Alami kehidupan kampung di Malaysia, Kuala Lumpur
RM1 bagi setiap orang, 6 orang sahaja, tersedia daripada 28 September hingga 29 September
Nikmati pengalaman tradisi dan budaya suku suku Semai pada pengembaraan selama dua hari dimana tuan rumah Adi akan membawa anda untuk mengalami kehidupan di sebuah kampung tradisional. Anda akan mendaki untuk melihat bunga terbesar di dunia, menikmati Air Terjun Damak dan juga belajar menenun, memancing dan memburu!
*Hos boleh menerima pampasan daripada Airbnb sebagai pertukaran untuk menawarkan harga istimewa ini kepada tetamu.
Bilik Akhbar Airbnb ditujukan kepada wartawan. Kesemua Rumah dan Pengalaman yang dirujuk di Bilik Akhbar Airbnb adalah semata-mata untuk memberi inspirasi dan ilustrasi. Airbnb tidak mencadangkan atau mengesahkan senarai Rumah atau Pengalaman tertentu pada platform Airbnb.
+++
Tentang Airbnb
Airbnb yang diasaskan pada tahun 2008 mempunyai misi untuk mencipta dunia di mana orang ramai boleh rasa seperti di rumah melalui pengembaraan sihat yang bersifat tempatan, tulen, pelbagai, inklusif dan mampan. Airbnb memanfaatkan teknologi secara unik untuk memperkasakan jutaan orang di seluruh dunia untuk membuka dan menjana pendapatan menerusi ruang, minat dan bakat mereka untuk menjadi pengusaha hospitaliti. Pasaran penginapan Airbnb menyediakan akses kepada 5+ juta penginapan unik di lebih daripada 81,000 bandar dan 191 negara.
Dengan Pengalaman, Airbnb menawarkan akses buat julung-julung kalinya kepada komuniti dan minat tempatan melalui 15,000 aktiviti yang unik dan direka sendiri, yang dijalankan oleh hos merentasi 1,000+ bandar di serata dunia. Platform individu-ke-individu Airbnb memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan, termasuk hos, tetamu, pekerja dan komuniti tempat ia beroperasi.