in

Sertai Cabaran Microsoft Bangunkan Aplikasi

Berita baik buat pembangun aplikasi perisian komputer dan gajet! Pendaftaran kini dibuka untuk rakyat Malaysia menyertai acara ‘Windows Hackathon’. Acara dianjurkan oleh Microsoft bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 dan Media Prima Digital adalah selaku rakan media rasmi. Microsoft ‘Windows Hackathon’ akan bermula pada 29 November sehingga 1 Disember ini di Pusat Konvensyen Telekom Malaysia, Kuala Lumpur.

Bagi penyertaan untuk kategori perisian hiburan dan berita, peserta perlu membangunkan apikasi baharu yang berkaitan dengan produk di bawah Media Prima Digital iaitu portal video Tonton, portal hiburan GUA, rangkaian akhbar kumpulan Media Prima Berhad (New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro) serta rangkaian portal televisyen kumpulan Media Prima Berhad (TV3, ntv7, 8TV dan TV9). Pelbagai hadiah menarik selain peluang muncul dalam liputan temubual di rangkaian media milik kumpulan Media Prima Berhad menanti bakal pemenang!

Rebut peluang keemasan ini dan ceriakan teknologi peranti pintar anda ke peringkat yang lebih tinggi. Malah, sekiranya anda pernah membangunkan sebarang aplikasi iOS atau Android sebelum ini, rekaan anda boleh digunakan untuk ‘Windows Hackathon’. Penyertaan pembangun aplikasi baharu juga adalah dialukan.

Untuk maklumat lanjut dan cara penyertaan, layari laman sesawang http://aka.ms/myapps2014 hari ini!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Klasik Melayu & Hindi Disember di TV2

DiGi Challenge For Change DiGiCFC Programme