in , ,

Sertai Cabaran DASHING Bump-It! Memupuk Juara Untuk Masa Hadapan

Sukan bukan sekadar aktiviti fizikal, ia dapat memperkukuhkan kesepaduan sosial, memperkukuhkan komuniti dan melahirkan juara masa hadapan.

Menyedari kepentingan yang mendalam ini, DASHING jenama minyak wangi dan deodoran lelaki terkemuka Malaysia, dengan bangganya melancarkan kempen “DASHING Bump-It!”. Ia sebuah inisiatif digital untuk memberikan inspirasi dan menyatukan rakyat Malaysia untuk memberi sokongan mereka kepada atlet negara mengecapi kejayaan di persada sukan dunia.

Di DASHING, kami percaya pada kekuatan sukan untuk menyatukan kita dan mencipta perubahan yang berkekalan. Kempen “DASHING Bump-It!” mencerminkan komitmen kami untuk memupuk semangat komuniti dan menyokong cita-cita sukan negara.

Dengan menyertai kempen ini, anda tidak hanya menyumbang kepada pembangunan sukan akar umbi, tetapi juga membantu membina masa depan yang lebih cerah untuk bakal atlet berbakat Malaysia. 

Dashing "Bump-It" dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan

Cabaran Bump-It!: Cara yang menyeronokkan dan memberi impak untuk menunjukkan sokongan anda 

Cabaran “DASHING Bump-It!” mengajak rakyat Malaysia untuk menyertai permainan dalam talian ‘fist-bump’ yang menyeronokkan. Layari http://DASHINGBumpIt.com untuk menyertai cabaran ini dan jadikan setiap ‘bump’ dikira.

Setiap bump akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM 0.05 kepada  pembangunan sukan*. *Negeri dengan jumlah ‘fist bump’ tertinggi akan menerima tajaan bernilai sehingga RM50,000 untuk meningkatkan inisiatif sukan akar umbi.

Melalui sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan, DASHING berdedikasi untuk mencipta peluang bagi atlet muda melalui kempen “DASHING Bump-It!“. Usaha penajaan akan merangkumi  penajaan kit sukan, penganjuran program pendidikan sukan peringkat negeri, dan menaik taraf infrastruktur untuk membina asas kukuh bagi bakal juara sukan di masa hadapan. Kempen yang mengujakan ini bermula pada 1 Julai 2024 dan berakhir pada 31 Ogos 2024.

Dashing "Bump-It" dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan

Jom sertai Cabaran DASHING Bump-it!

Mari kita bersama-sama sebagai rakyat Malaysia berganding bahu menyokong atlet-atlet kita dan memastikan Jalur Gemilang bersinar terang di pentas dunia. Setiap ‘bump’ mampu membawa perubahaan dan bersama-sama, kita dapat membantu merealisasikan Impian Juara kita.

Layari http://DASHINGBumpIt.com untuk menyertai cabaran ini. Ikuti laman media sosial DASHING https://www.facebook.com/Dashing.MY untuk maklumat terkini tentang produk dan aktiviti.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sambut Ulang Tahun Ke-50 Sunway Malls Yang Meriah di Seluruh Negara

Ning Baizura Teruja Berjaya Siapkan Lagu Ciptaan Sendiri Berjudul To Know MeÂ