Sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga, Sufian berkata jika bertemu jodoh sesuai dan serasi dia akan terus berkahwin.
“Tuhan itu sangat adil dan Dia pastikan akan memberikan rezeki yang seimbang buat hambaNya. Ada orang dikurniakan rezeki bertemu jodoh awal, ada orang dikurniakan rezeki kerjaya, kawan-kawan dan keluarga yang baik.
“Kalau cakap pasal kahwin, saya ini bersedia saja. Bila-bila masa sudah bertemu jodoh yang sesuai, dapat restu ibu bapa, ada keserasian, kita jalan,”
– Sufian Suhaimi
Bagaimanapun, Sufian berkata dia tidak mahu terburu-buru dalam urusan tersebut walaupun sudah bersedia kerana selesa dengan kehidupannya kini.
Ditanya mengenai ciri-ciri wanita yang diiamkannya, Sufian berkata dia tidak meletakkan penanda aras yang terlalu tinggi.
Sufian berkata cukuplah wanita itu sedap mata memandang dan apabila bersamanya hati terasa tidak terbeban dan saling mencukupi.