Berikutan dengan hal itu, salah seorang pendakwah bebas terkenal iaitu Pencetus Ummah (PU) Amin dilihat telah tampil memuji tindakan yang telah diambil pihak berwajib namun jauh di sudut hatinya , dia sering berdoa agar usahawan tersebut dapat berubah ke jalan yang benar.
Terdahulu, Sajat telah didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada 6 Januari atas kesalahan berpakaian seperti seorang wanita dalam satu majlis keagamaan yang dihadirinya pada tahun 2018 yang lalu.
“Tahniah Jabatan Agama kerana dah berikan hukuman buat Sajat. Ini bukti bahawa Jabatan Agama tak lemah dan ada kuasa menjaga agama. Nasihat, teguran, laporan dan hukuman dah diberikan pada Sajat. Usaha untuk baik pulih dah dilaksana. Saya tak henti berdoa agar Sajat pulih dan kembali kepada fitrah.”
PU Amin menulis hantaran tersebut menerusi satu entri terbaru yang dimuat naik di laman media sosial Instagram miliknya.
“Semoga Allah beri petunjuk pada Sajat dan seluruh legasinya. Kita juga berdosa, kita juga hina, tapi jangan kita sebarkan dan tontonkan dosa itu kepada masyarakat.” – PU Amin
Dalam pada itu, tambah PU Amin lagi, dia benar-benar berharap agar Sajat mengambil iktibar dan pengajaran dengan segala tindakan undang-undang yang dikenakan ke atas dirinya.