in , ,

Sering Dilagakan Dengan Siti Nurhaliza, Padahal Aina Abdul Baik-Baik Sahaja

Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke -37, Aina Abdul sering kali dibandingkan dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila namanya yang semakin melonjak naik dengan kehebatan vokalnya.

Menerusi video temubual, Aina menjawab spekulasi yang terjadi antara dirinya dan Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan TokTi.

Kedua-dua penyanyi itu memiliki kelab peminat mereka tersendiri. Namun, terdapat segelintir dalam kalangan peminat Aina yang mencetuskan sedikit salah faham dengan kelab peminat TokTi apabila dikatakan vokal Aina Abdul lebih menyerlah.

Hal ini mencetus perbalahan antara dua kelab peminat.

Dalam video itu, Aina menyatakan bahawa dia tidak inginkan sebarang tindakan yang ‘over’ dalam kalangan peminat sehingga dapat menjejaskan hubunganya dengan TokTi.

Setakat ini, saya dan Tokti baik sahaja. Kita sebenarnya makin rapat.

– AINA ABDUL
Sering Dilagakan Dengan Siti Nurhaliza, Padahal Aina Abdul Baik-Baik Sahaja

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempercayai kehebatan masing-masing sebagai seorang penyanyi. Selain itu, terdapat juga komen yang menegaskan agar tidak membandingkan generasi kini dan yang lama.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syazwan Zulkifly

Lama Tak Muncul, Netizen Pelik Dengan Imej ‘Subang’ Syazwan Zulkifly

Syada Amzah Nadi Ibu Failkan Perceraian di Mahkamah 3 April Lalu