in

Serina Redzuawan & Chef Ridz Hos Sajian Kontemporari

Artis Popular Meriahkan Sajian Kontemporari Musim Ke-2 di TV1

Program berkonsepkan hidangan kontemporari dari seluruh dunia selain sajian yang dicadangkan adalah menepati ciri-ciri mudah, lazat dan berkhasiat, Sajian Kontemporari mula mendapat tempat di hati peminat. Masakan tidak mulai 3 Oktober lalu program ini membuat kemunculan sulung musim ke-2 dengan mengetengahkan resipi yang lebih santai dan segar.

Menariknya sebagai sebuah program masakan, Sajian Kontemporari menampilkan kelainan dengan memberikan informasi tentang kesihatan, dalam gaya meriah dan santai setiap Isnin, jam 10.30 pagi menerusi saluran TV1.

Serina dan Chef Riz dalam Sajian Kontemporari

Sepanjang 13 episod siarannya, pengacara Serina Redzuawan di samping Chef Ridz bakal berkongsi menu dan hidangan yang lazat dengan tetamu di kalangan artis yang terdiri daripada Azadan Abdul Aziz (Rabbani), Maizawati Bt. Zainal, Datuk David Arumugam, Amber Chia dan Syed Mohd Yusof Wafa B. Syed Nordin Wafa.

Dengan tema kesihatan sejagat, program ini akan mengajak penonton mencuba masakan yang lazat dan menyelerakan, tersedia dari bahan-bahan bernutrien tinggi dan berkhasiat, yang mudah didapati di pasaraya-pasaraya terkemuka serta memenuhi keperluan diet seimbang dan mengetahui tentang kandungan kalori yg sesuai untuk pemakanan seharian.

Penggambaran rancangan yang telah memasuki musim kedua atas permintaan ramai dan pihak RTM ini bertempat di studio latihan 1, Finas Hulu Kelang. Dalam setiap episod, seorang tetamu jemputan dikalangan personaliti dijemput untuk merasa hidangan kegemaran mereka yang telah disediakan oleh Chef Ridz.

Sambil menikmati hidangan tersebut, tetamu jemputan akan mengulas berkenaan keunikan hidangan. Selain dari temuramah ringkas tentang perkembangan semasa dan terbaru personaliti berkenaan. Perbualan secara santai dan ringkas dimeriahkan dengan celoteh dua adik-beradik anak Chef terkemuka Malaysia, Chef Wan ini.

Antara hidangan yang disediakan ialah Ayam Penyet, Kepak Ayam BBQ Buffalo, Pulut Mangga, Mi Udon bersama Bebola Daging Saigon, Salmon Salai New York, Bruschetta Tomato, Jejari Ayam Parmesan Bersama Sos Lemon, Pasta Penne bersama Sayuran Musim Bunga, Salad Waldorf, Seri Dewi Hijau, Mi Rebus Johor, Kacang Pol, Susu Kocak Cookies & Cream, Blue Cheese Crust Beer Ribeye Steak, Mat London dan Carpaccio Di Manzo.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jelajah Promosi AIM18 ke Plaza Alam Sentral

It’s a Fun Thing! Only on Cartoon Network