Perkahwinan Serina dengan jejaka Inggeris, Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghaffar, kini dikatakan seperti telur di hujung tanduk.
“Apabila tiba masa, saya akan tampil menjelaskan segala isu yang berbangkit. Ketika ini, saya belum bersedia memberikan sebarang komen dan berharap semua pihak mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga saya,”
– Serina
Sisipan B*Pop hari ini menerusi kolum Desas-Desus, menyiarkan berita daripada sumber yang memaklumkan rumah tangga pelakon itu sedang berantakan.
Sumber itu berkata, keretakan rumah tangga pasangan berkenaan tiada kaitan dengan kehadiran orang ketiga, sebaliknya ia terlalu peribadi untuk dikongsi.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Tristen Tareef, 5 dan Isabella Saffiya, 4.
Desas-desus keretakan rumah tangga pasangan itu dikuatkan lagi apabila Serina sudah lama tidak memuat naik foto mereka sekeluarga di laman sosial miliknya, sebaliknya lebih banyak berkongsi mengenai perniagaan yang diusahakannya dan aktiviti seninya.Â