Pelakon, Eyra Hazali telah berkongsi keadaan dirinya yang kini hamil 7 bulan. Kehamilan pertama ibu muda yang juga isteri kepada bintang bola sepak, Mohd Haziq Nadli membuatkan berat badannya kini bertambah sebanyak 8 kilogram.
Selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli, Eyra Hazali mengumumkan dirinya hamil.
Terdahulu, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasalina Hazali selamat menjadi isteri kepada Mohd Haziq pada 1 November 2019 dengan sekali lafaz di Masjid As Syakirin, KLCC.