Jika sebelum ini Facebook menerima rating tertinggi 4.0 bintang, tetapi semakan terkini di App Store dan Google Play mendapati, aplikasi sosial tersebut hanya mendapat rating masing-masing sebanyak 2.3 dan 2.4 bintang sahaja.
Kejatuhan rating aplikasi tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan undian pengguna yang menyokong Palestin selepas penduduk negara itu diserang oleh tentera rejim israel zionis.
Seperti semua sedia maklum, Facebook yang merupakan platfom sosial terbesar dunia dibangunkan oleh Mark Zuckerberg yang beragama Yahudi.
Jadi tidak hairanlah pengguna Facebook yang menyokong Palestin memberikan rating buruk sebagai satu bentuk perang maya terhadap aplikasi yang dibangunkan oleh pemuda Yahudi itu.
Rating adalah penting pada sesebuah aplikasi kerana ia memberikan kepercayaan kepada pengguna baru, meningkatkan prioriti dalam enjin carian serta meningkatkan pemasangan sesebuah aplikasi ke dalam peranti pintar.
Sumber: Reddit