in

Seperti Individu Berbeza, Influencer Ini Dedah Rupa Sebenar Tanpa Suntingan

Sekiranya tergolong dalam individu yang percaya bahawa semua influencer ini mempunyai rupa menawan, anda pasti akan terkejut dengan pendedahan mereka mengenai perkara tersebut.

Dua influencers di China ini mendedahkan realiti sebenar segelintir daripada pengguna media sosial di negara tersebut. Semua orang hanya mahukan gambar sempurna mereka sahaja untuk tatapan umum. Atas sebab itu, kedua-dua individu itu berkata ramai orang bergantung kepada gambar yang disunting dengan sangat heavy menggunakan Photoshop untuk memperoleh followers yang ramai.

Tambahnya, ramai individu sanggup melakukan perkara tersebut kerana tiada orang mengenali mereka di dunia sebenar.

Seperti Individu Berbeza, Influencer Ini Dedah Rupa Sebenar Tanpa Suntingan

Kedua-dua influencers ini turut akui bahawa mereka menyunting gambar supaya kelihatan lebih kurus dan mempunyai wajah yang cengkung.

Namun, apa yang membuatkan mereka tampil membuat pendedahan tersebut kerana kedua-dua individu ini tidak selesa apabila foto behind the scene di set penggambaran ini tersebar secara meluas di internet.

Atas sebab itu, mereka membuat keputusan untuk keluar dari zon selesa dan sebaliknya membuat keputusan untuk berkongsi lebih banyak foto sebelum dan selepas suntingan.

gambar-influencer-selepas-edit

Satu perkara yang pasti ialah lebih ramai lagi influencer di China turut menggunakan taktik sama dengan ‘menipu’ gambar mereka di media sosial untuk memperoleh lebih ramai pengikut di media sosial.

Meskipun bergelar influencer, mereka turut mempunyai kelemahan seperti individu lain. Atas sebab itu, mereka menjadi lebih malu sekiranya lebih ramai orang tahu mengenai perkara tersebut.

Walaupun pendedahan itu ternyata mengejutkan orang ramai, ada juga yang menganggap perkara itu boleh berlaku di mana-mana sahaja.

foto-sebelum-selepas-edit
influencer-tunjuk-gambar-sebenar
influencer-ini-dedah-foto-sebenar-tanpa-edit

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adaptasi Novel ALERGI MAMAT ROMANTIK Lakonan Zara Zya & Fadlan Hazim

Asyik Sibuk Dengan Kewangan Negara, Sekali Tengku Zafrul Tayang Isteri di IG