in

Separuh Akhir Pertandingan Bintang Ai Minnal 1 Malaysia

PESERTA BERBEZA KERJAYA KONGSI PENTAS SEPARUH AKHIR 1 PERTANDINGAN BINTANG Ai MINNAL 1MALAYSIA 2010 PADA 7 MAC INI

Semangat 1Malaysia diteruskan RTM apabila enam peserta memulakan cabaran peringkat Separuh Akhir 1 Pertandingan Bintang Ai Minnal 1Malaysia 2010 yang bakal berkongsi pentas persembahan pencarian siapakah bakal dinobatkan juara penyanyi berbilang kaum yang mampu menyanyikan lagu berbahasa Melayu dengan baik pada 7 Mac 2010 (Ahad), jam 4.00 petang bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Dunia Ria, TV2.

Bintang Ai Minnal 1Malaysia 2010 yang diterbitkan hasil kerjasama antara Unit Hiburan TV dengan dua stesen radio miliknya, Radio MINNALfm (Tamil) dan Radio AIfm (Mandarin) minggu ini mengetengahkan enam peserta terdiri daripada tiga peserta kaum India dan tiga peserta Cina daripada keseluruhan 24 peserta yang telah melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir yang diadakan empat minggu berturut-turut.

Menyaksikan penguasaan tiga peserta yang bakal bertanding minggu ini adalah Khor Bin Jun, Shanthesh Kumar A/L Sukumaran dan Iris Perrine A/P Vethamoni Asirvatham yang masing-masing berasal dari Selangor bakal berentap dan berkongsi pentas pertandingan dengan tiga peserta lain, Darren Chin Teik Meng (Sabah), Chua An Qi (Johor) dan Prabagaran A/L Mookaya (Kuala Lumpur).

Mereka antara yang terpilih melepasi peringkat saringan yang diadakan di sesi ujibakat peringkat saringan dibahagikan kepada enam zon termasuk RTM Melaka & RTM Pulau Pinang), Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur & RTM Pahang dan RTM Kota Kinabalu, Sabah & RTM Kuching, Sarawak yang diadakan sekitar November 2009 yang lalu.

Sama jumlah penyertaannya yang menyaksikan tiga peserta lelaki dan tiga peserta wanita, enam peserta wanita yang dimaksudkan adalah Khor Bin Jun, mesra disapa Yuan yang berusia 19 tahun. Lahir pada 11 Oktober 1991 dan berasal dari Petaling Jaya, Selangor, pelajar yang hobinya menyanyi ini bakal menyampaikan lagu Gemilang dipopularkan oleh Jaclyn Victor. Manakala pesaingnya, Chua An Qi (Angela) berusia 16 tahun dilahirkan 21 Oktober 1994. Gadis berasal dari Kota Tinggi, Johor yang masih menuntut di Tingkatan Empat ini gemar meluangkan masa senggangnya dengan menyanyi, menari dan bermain alat muzik (gitar). Pernah bergelar Naib Johan Pertandingan Bintang Irama Malaysia, Persembahan Nyanyian (Bahasa Malaysia dan Cina) dan Persembahan Tarian Satu Malaysia, Angela mempersembahkan lagu Awan Yang Terpilu.

Seorang lagi peserta wanita yang turut memberikan saingan adalah Iris Perrine A/P Vethamoni Asirvatham. Wanita berusia 29 tahun dari Puchong, Selangor ini ternyata komited mengembangkan bakat nyanyian yang ada dengan menyertai pertandingan ini. Malah sanggup menangguhkan seketika kerjayanya sebagai Jurutera Teknologi Maklumat. Bakal menyampaikan lagu Tunggu Sekejap oleh Jaclyn Victor, Iris pastinya mahu menggunakan sepenuhnya pengalaman bersama band muziknya menyertai pertandingan nyanyian sebelum ini.

Begitu pun pencabar di kalangan peserta lelaki juga tidak kurang hebatnya dengan menampilkan Shanthesh yang memiliki pengalaman bermain alat muzik. Pemilik nama penuh Shanthesh Kumar A/L Sukumaran berumur 22 tahun ini turut berkebolehan membuat susunan muzik. Malah jejaka kelahiran Kapar, Klang yang bekerjaya sebagai Operator Pelan ini telah memilih lagu Sekeping Hati Yang Luka oleh Alleycats untuk disampaikan menerusi peringkat Separuh Akhir 1 ini.

Pentas pertandingan yang buat pertama kalinya dianjurkan oleh RTM ini dikongi sama oleh Darren Chin Teik Meng (Chin), 18, pelajar dari Air Itam, Pulau Pinang yang gemar menyanyi, melukis dan membaca ini. Bakal beraksi dengan lagu rancak bertajuk Gemuruh dipopularkan oleh Faizal Tahir, dia terdahulu mengukir pengalaman bergelar Johan mewakili Pulau Pinang untuk Projek UNESCO. Manakala seorang lagi peserta yang melengkapkan penyertaan enam peserta bertanding yang mahu dikenali sebagai DD. Berusia 26 tahun, pemilik nama lengkap Prabagaran A/L Mookaya yang dilahirkan pada 28 Ogos 1984 yang bertugas sebagai kerani di salah sebuah firma guaman di Kuala Lumpur ini menyampaikan lagu Bukan Ku Tak Sudi oleh Kumpulan Iklim.

Sepanjang satu jam setengah bersiaran secara langsung, persembahan peserta bakal diserikan dengan kemunculan tiga artis jemputan Azharina menyanyikan lagu Gitar Berbunyi, Han dengan lagu Bisikan juga Kumpulan Sofaz dengan dua lagu bertajuk Cinta dan Hingga Penghujung Nafas Terakhirku.

Untuk mengetahui sejauhmanakah bakat dan kemampuan menyanyikan lagu-lagu popular Melayu disampaikan oleh peserta-peserta yang melayakkan diri ke Peringkat Separuh Akhir 1 Pertandingan Bintang Ai Minnal 1Malaysia 2010 ini, usah ketinggalan menyaksikan siaran langsung pertandingan yang diadakan pada 7 Mac 2010 (Ahad), jam 4.00 petang di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mila Nafi Syarikat LuvMILA Corporation Tak Beroperasi

Movie Day Out Sensasi Selebriti – Filem Niyang Rapik