in

Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-27

Pasti ramai yang menantikan kemunculan separuh akhir Muzik Muzik untuk mengetahui siapa dan lagu manakah yang akan berentap di peringkat separuh akhir ini untuk menempah tiket ke anugerah berprestij tinggi, Anugerah Juara Lagu. Betul tak?

Walaupun industri muzik seakan suram sebab tak banyak album dikeluarkan tapi lagu single turut mendapat perhatian dan banyak yang ada mutu dan layak untuk bertanding.

Kalau tahun lepas, lagu Awam Nano menjadi juara, siapa pula yang akan dijulang pada tahun ini?

Memasuki tahun yang ke-27, 30 buah lagu bakal dipertandingkan menerusi tiga pusingan yang akan berlangsung pada hari Ahad jam 9.00 malam bermula 11hb hingga 24hb November 2012.

Justeru, satu sesi pengumuman dan undian akan diadakan bagi menentukan giliran persembahan 30 buah lagu yang bertanding. Siapakah di antara calon-calon yang bakal bertanding di peringkat separuh akhir Muzik Muzik 27 kali ini?

Budiey akan buat liputan sekitar majlis pengumuman ini. Nantikan ya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

YTL Wins Best Residential Title at FIABCI Singapore Property Awards 2012

The Majestic Hotel Kuala Lumpur