in

Separuh Akhir Kedua Muzik Muzik 26

Masih terlalu awal untuk meramal siapakah 12 finalis Anugerah Juara Lagu 26 kerana saringan separuh akhir Muzik Muzik 26 sedang rancak berlangsung di mana 30 buah lagu daripada artis solo dan kumpulan berentap dalam 3 pusingan separuh akhir pada setiap Jumaat mulai 18 November 2011. Pusingan pertama telah mengumumkan Top 5 iaitu 3 Suara, Nubhan, Hafiz, Yuna dan Alyah yang berpeluang untuk mara ke peringkat akhir.

Separuh akhir Muzik Muzik 26 yang dihoskan oleh Faizal Ismail (FBI) dan Cheryl Samad bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam jam 9.00malam – 10.30malam.

Separuh akhir kedua pada 25 November bakal menyaksikan 11 artis solo dan kumpulan bertanding antaranya Miss Nina & Noh Hujan, Atilia & Monoloque, Najwa Latif, Shahir, 1st Edition feat Aizat, Hazama, Meet Uncle Hussein feat Nubhan, Aizat, Tomok, Adira dan Projek Pistol. Artis jemputan pada malam tersebut ialah Kumpulan Ilusi.

Kepada pembaca yang ingin hadir, kenalah ke Sri Pentas dulu untuk mengambil pass di balai pengawal.

Hari/Tarikh : 25 November 2011 (Jumaat)
Waktu : 8.00malam (Pintu akan tutup pada 8.50malam)
Tempat : Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.


Mizz Nina

Mizz Nina

SHAHIR

Shahir

Adira di ABP2010

Adira

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selebriti Merokok, Kesan Merokok & Peraduan TAK NAK

Lirik Lagu Diam Diam Tilu