in

Senyumlah Papa, Taj Mahal Untuk Mama & Menanti Cahaya di RTM

TIGA DRAMA MENARIK MENGISI SLOT CITRA  SEPANJANG SEPTEMBER 2008 DI RTM2

Slot Citra menerusi RTM2 sememangnya menjadi pilihan seisi keluarga di hujung minggu berkongsi tontonan dan menghayati pengajaran tersirat di sebalik drama di ketengahkan terutamanya sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Justeru sepanjang bulan September 2008 ini, pihak RTM menyediakan tiga drama yang sarat mesej pengajaran berguna dengan diselitkan unsur kasih sayang serta kekeluargaan iaitu Senyumlah Papa (12 September 2008), Taj Mahal Untuk Mama (19 September 2008) dan Menanti Cahaya (26 September 2008), setiap Jumaat, jam 10.00 malam di RTM2.

Bermula Senyumlah Papa (12 September 2008) mengisahkan renteten kehidupan seorang bapa tunggal bernama Khalid yang mempunyai dua anak, Qayyum dan Hawa. Kematian isterinya telah merubah sikapnya secara mendadak dari seorang yang terlalu mementingkan kerjaya kepada seorang bapa yang ingin menjadi sahabat kepada anak-anaknya.

Kematian isterinya akibat leukemia juga telah membuka mata Khalid untuk menjalani gaya hidup yang sihat demi memastikan anak-anaknya tidak mewarisi penyakit genetik arwah isterinya. Begitupun takdir penentu segalanya apabila Hawa disahkan turut menghidap leukemia.

Sejak itu Khalid tanpa jemu mencari penawar kepada penyakit Hawa. Terlalu obsess mencari penawar membuatkan Khalid mengenepikan masa-masa gembira yang diperlukan oleh anak-anaknya.

Apakah tindakan yang diambil Qayyum dan Hawa untuk memastikan ayah mereka kembali ceria? Untuk itu saksikan Senyumlah Papa terbitan Eurofine (M) Sdn Bhd menyaksikan lakonan Zamarul Hisham, Mohd Syafie Naswip, Maysarra, Zizie Ezett, Watie Elite, Angelina Tan dan Gana Paragasam.

Kemudiannya penonton diajak menyaksikan Taj Mahal Untuk Mama (19 September 2008) mengangkat paparan kisah yang berkisar tentang kasih sayang seorang anak terhadap seorang ibu sehingga sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan ibu yang tercinta.

Keagungan kasih seorang anak, Ajreena terhadap ibu bukan sekadar sanggup menggadaikan keharmonian hubungan cinta dengan tunangnya sendiri, malah rela menyerahkan buah pinggangnya demi menyelamatkan ibu tersayang. Tetapi hajatnya untuk menderma buah pinggangnya tidak kesampaian apabila Ajreena meninggal dunia dalam kemalangan ngeri.

Diterbitkan Eurofine (M) Sdn Bhd, Taj Mahal Untuk Mama membariskan watak lakonan Rosnah Mat Aris, Zed Zaidi, Irma Hasmie, Ryzal Jaafar, Fetty Dzul, Rosnah Johari dan Memey.

Seterusnya tirai slot Citra sepanjang September 2008 diakhiri kisah Menanti Cahaya (26 September 2008) terbitan Edarwest (M) Sdn Bhd pula membawa cerita perjalanan hidup seorang gadis bernama Masitah, seorang bekas penagih dadah.

Dalam mencari kebahagian dan jati diri, beliau berdepan dengan berbagai masalah yang berlaku pada dirinya. Ia sebuah drama yang sarat dengan emosi, nilai persahabatan, jati diri, kasih sayang, cinta, kekesalan dan nilai-nilai kekeluargaan.

Apa yang akan berlaku pada dirinya? Semua terjawab dalam Menanti Cahaya lakonan Rabecca Nur Al-Islam, Riezman Khuzaimi, Ridzuan Hashim, Khaty Azian dan Zazlie Majid ini.

Jangan ketinggalan menyaksikan susunan  tiga drama menarik disulami elemen kasih sayang keluarga,  Senyumlah Papa (12 September 2008), Taj Mahal Untuk Mama (19 September 2008) dan Menanti Cahaya (26 September 2008), sepanjang September 2008 mengisi slot Citra, setiap Jumaat, jam 10.00 malam di RTM2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DRAMA PINTU HIDAYAH

A Millionaire’s First Love, The Lion Roars, Love Is Love di 8TV