Kad ini konsep dia ‘gila glamour’ dan ‘syiok sendiri’. Boleh tak macam tu? Eh, tak lah. Saje je tu. Takde maknanya nak giler glamour. Jauh sekali nak syiok sendiri. Kata orang, pakai baju tu biarlah ukur dan padankan dengan diri sendiri. Cermin dulu diri tu. Ko ingat ko cantek?
Warna jingga kekuningan dipilih sebagai warna tema. Bertepatan dengan warna banner Sensasi Selebriti. Jenis font yang digunakan juga tidak lari dari asal. Saya rasa rekaan grafiknya sudah cukup simple dan sederhana untuk menampilkan konsep dunia hiburan tempatan yang sarat dengan isu dan kontroversi yang busuk-busuk belaka (meminjam kata-kata Rudy Imran dari Harian Metro).
Nama ‘Sensasi Selebriti’ yang dipilih hanyalah sekadar nama sahaja. Saya tidak mahu mengisinya dengan isu-isu sensasi yang keterlaluan. Cukup sekadar memberi ulasan dunia hiburan, gosip, foto artis, filem dan muzik.
Lebih kepada santai dengan isi-isi yang bernas. Straight forward. Tapi masih ada sinikal sana sini situ. Tidak ada yang terlampau ‘sensasi’ di sini. Sensasi yang terlampau boleh menimbulkan isu-isu negatif yang menyusahkan diri sendiri. Tak gitu?
Ada orang bertanya pada saya. Penting sangat ke bisnes kad untuk blogger? Jawapan saya, bergantunglah. Bukan penting sangat pun sebenarnya. Siapalah yang mahu ‘pandang’ dengan blogger? Gah sangatkah kalau anda memperkenalkan kepada orang yang anda ‘bekerja’ sebagai seorang penulis blog? Saya rasa tidaklah segah mana pun persepsi orang ramai dengan blogger. Blog sekadar menyalurkan pandangan peribadi untuk tatapan umum. Itu sahaja.
Saya rasa untuk terjun dalam komuniti blogger, kita perlu mencipta rangkaian atau networking. Kad bisnes kata orang adalah satu alat untuk memasarkan blog anda dan meluaskan rangkaian anda.
Ada setengah blogger berpendapat kad untuk blogger memang perlu kerana anda meletakkan URL blog anda beserta dengan alamat email, nombor telefon, alamat rumah (kalau berani nak letaklah) di kad anda.
Ada juga yang menegur saya, “Wah! Kau ni dah serius giler berblog. Siap buat bisnes kad tuh. Ni dah kira nak buat bisnes dah nih. Apa yang ko nak jual kat blog ko tu?”
Sebenarnya, bergantung pada prinsip anda lah macamana. Nak jadi penulis blog sekadar untuk seronok-seronok dan mengisi masa lapang. Atau lebih daripada itu, anda memasuki arena blog yang luas ini dengan menggendong agenda anda sendiri. Nak ‘jual sesuatu’ misalnya… seperti petikan ini:
Instead of leaving your blog off the business card, place the blog URL front and centre on every card you use in your business. After all, the business blog is intended to build a strong customer relationship through conversation.
Whenever you attend any networking event, large or small, take a stack of business cards with you.
Hand them out freely, as you would links to interesting blog posts. Business cards aren’t there to be hoarded.
They are for sharing with others.
Business cards are not for saving for a rainy day. When your supply runs out, print some more. They are very cheap advertising.
You do want more blog readers and customers, I would think.
Let business cards help you achieve that goal.
The lowly blog business card could boost your bottom line.
Now, that happy result should get your attention!