in , ,

Seniwati Fauziah Nawi Akui Ada Sebab Tidak Menonton Filem MAT KILAU

Seniwati terkenal, Fauziah Nawi mengakui bahawa dia masih belum terbuka hati untuk menonton filem pecah panggung, Mat Kilau arahan Syamsul Yusof di pawagam.

Ujar Fauziah, dia sememangnya mengagumi Syamsul Yusof yang membawa naskah bergenre sejarah itu mengikut caranya yang tersendiri.

Bukan sebab saya tak nak terima idea orang baharu macam Syamsul. Dia pegang apa pun, jadi emas. Tentulah orang kata ada juga yang tak kena. Tetapi bagi saya, dialah yang menyebabkan orang pergi tengok cerita melayu.

MALAM GALA FILEM MAT KILAU

Dapat kutipan panggung pun tinggi. Sungguhpun begitu, banyak yang tidak ‘kena’ tentang filem berkenaan.

Jujurnya, Fauziah ada melihat babak pendek dalam trailer filem tersebut dan merasakan ada yang tidak kena dari segi bahasa dan perkataan.

Bukan sebab Mat Kilau arahan Syamsul terlalu komersial. Mana ada orang dahulu gunakan perkataan atau bahasa sebegitu. Maaf, saya tak tengok. Lantaklah macam mana sekalipun.

Katanya lagi, dia lebih menyukai adik Syamsul iaitu Syafiq Yusof dari sudut pengarahan filem.

Perkembangan lain, Fauziah Nawi kini sedang sibuk dalam persiapan mengarahkan teater srikandi Tun Fatimah yang akan menampilkan pelakon handalan seperti Aqasha, Sobri Anuar dan Farah Ahmad. 

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MARCELL

Marcell Mahu Jadi Contoh Terbaik Buat Anaknya Untuk Dikenang

Ibu Ismail Izzani Nafi Tuduhan Anak Hamilkan Gadis & Kahwin Senyap