Sama-sama kita bergelak ketawa dengan gelagat The Pak Mat Clan yang sudah mula bersiaran menerusi slot Sakura di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 6.00 petang dan strim secara langsung di www.tonton.com.my
The Pak Mat Clan ini diarahkan oleh Safuan Rasyid dengan nukilan skrip bersama Aloy Paradoks, Rayza Mukmin dan Taqim Zaki. Drama komedi bersiri 20 episod ini diterbitkan oleh Lumatic Films dan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Imuda, Aishah Atan, Ezzrin Loy, Iman Suhana, Qistina Khaled dan ramai lagi.
Pak Mat merupakan seorang pesara tentera yang kini mengendalikan sebuah kafe bersama keluarganya. Perniagaan milik mereka sedang menghadapi masalah kekurangan pelanggan, maka Pak Mat bercadang untuk meluaskan perniagaan mereka dengan membuka cawangan di Bali. Namun, cadangan ini dibantah oleh Puan Sally kerana dia merasakan bahawa cadangan tersebut hanyalah pengaruh Encik Im.
Selepas menamatkan pengajian, Jay, anak sulung Pak Mat, masih belum menjumpai haluannya apabila dia diberhentikan kerja sekali lagi. Dalam pada masa yang sama, hari jadi teman wanitanya, Syikin makin hampir dan Jay ingin memberi hadiah istimewa buat Syikin tetapi berdepan dengan masalah kewangan.
Jay mencuba pelbagai cara untuk mengumpul duit, termasuk menjadi pemandu E-Hailing menggunakan kereta Encik Im yang sedang berada di Bali, namun kesemuanya gagal.
Nurul, anak bongsu Pak Mat dan Puan Sally, berhadapan masalah di kolej dengan Prof Hamdan yang mula berubah sikap. Dalam pada masa yang sama, Nurul juga terasa disisihkan oleh Pak Mat yang sering melebihkan Jay dalam segala hal. Dapatkah Pak Mat menyelesaikan segala ragam keluarganya itu?
Jangan terlepas untuk menyaksikan The Pak Mat Clan menerusi slot Sakura setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 6.00 petang di TV3 dan anda juga boleh strim secara langsung di www.tonton.com.my.
Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.