Persatuan Seniman Malaysia akan menganjurkan SENIMAN PRIHATIN CHARITY GALA dengan kerjasama Islamic Fashion Festival (IFF) berkonsepkan fesyen Islam bertemakan “African Safari”. Ianya bertujuan untuk mengutip dana “Tabung Prihatin Seniman” yang akan digunakkan bagi tujuan kebajikan ahli-ahli SENIMAN yang memerlukannya.
Najlis ini akan diadakan pada 7 November ini di Dewan Mayang Sari, J.W Marriot Hotel Bukit Bintang Kuala Lumpur.
SENIMAN merupakan persatuan yang menjaga kebajikan ahli-ahlinya yang terdiri dari artis-artis Malaysia tidak kira golongan artis veteran, artis peringkat pertengahan, artis muda malah SENIMAN juga merupakan persatuan yang berlandaskan konsep 1Malaysia yang rata-ratanya terdiri dari artis Melayu, Cina, India dan tidak juga dilupakan dari artis Sabah dan Sarawak.
Selain itu, majlis amal Seniman, akan di hadiri oleh YTM Toh Puan Bendahara Kedah Dato’ Hajjah Nor Suzana dan juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob malah majlis ini juga akan diserikan dengan kehadiran VVIP yang lain serta artis-artis tempatan.
Sebagaimana yang kita ketahui Persatuan Seniman merupakan persatuan artis di Malaysia yang sangat aktif membantu kebajikan artis-artis Malaysia. Ia merupakan persatuan yang memikirkan bagaimana mengeluarkan idea-idea melalui ahli jawatankuasa yang dilantik bagi mengumpul dana “Tabung Prihatin Seniman” yang diguna serta disalurkan terus kepada artis yang memerlukan dan mempunyai masalah kesihatan.
Lihat sahaja seniman Kuswadinata, seniwati Azean Irdawati, dan artis-artis yang memerlukan kewangan bagi tujuan perubatan ia menjadi tanggungjawab persatuan bagi membantu kebajikan mereka melalui program serta majlis yang di buat bagi tujuan mengumpul dana.
Oleh yang demikian, Persatuan Seniman Malaysia mengambil langkah bekerjasama dengan pelbagai NGO yang lain berusaha meningkatkan dana tabung melalui majlis yang akan diadakan tidak lama lagi.
Melalui kerjasama bersama Islamic Fashion Festival ( iff ) Datin Seri Rosmah Mansoor sebagai penaung dan di asaskan oleh Dato Raja Reza yang merupakan ahli seniman ia merupakan kerjasama ( smart partnership ) yang membolehkan kedua-dua belah pihak mendapat manafaat secara bersama.
Dengan penjualan meja bagi majlis ini, secara tidak langsungnya bukan sahaja majlis dijalankan secara terus menerus melalui aktiviti yang akan di sediakan oleh kami malah penjualan itu dapat menampung kos majlis serta mendapat sedikit sebanyak mengumpul dana “Tabung Prihatin Seniman” secara amnya.
Majlis amal ini sekurang-kurangnya memberi barakah kepada yang membeli meja supaya kebajikan artis terus dapat dibela melalui kepimpinan Persatuan Seniman Malaysia.