Dikala filem kedua menyaksikan James Cameron memperkenalkan dunia luatan Pandora, sekuelnya yang akan datang, Avatar 3 dijangka lebih menarik dengan Cameron menggoda suku baharu Na’vi yang dikenali sebagai Ash People.
Walaupun Avatar 3 telah dirakam, kita masih tidak dapat membayangkan bahagian mana di Pandora yang menjadi tempat tinggal Ash People.
Susulan pelancarkan Avatar: The Way of Water di platform digital, beberapa karya seni konsep baharu telah dikongsikan di atas talian, terutamanya media sosial.
karya seni yang dikongsikan itu agak menarik kerana ia memberi gambaran tentang apa yang berlaku dalam sekuel akan datang, serta memperlihatkan kawasan Pandora yang berbeza, yang mungkin kita semua tidak pernah lawati sebelum ini.
Terdapat persekitaran yang kelihat seperti kawasan gunung berapi, yang mungkin menjadi tempat tinggal Ash People, berserta beberapa kawasan gurun dan juga artik. Nampaknya lebih banyak kawasan Pandora akan dterokai dalam sekuel-sekuel yang akan datang, dan pastinya kita tertanya-tanya apakah sumber berharga dikawasan tersebut yang dieksploitasi oleh RDA.