ANAK WAYANG UCAP SELAMAT DATANG KEPADA BARISAN TENAGA PENGAJAR
Gabungan tenaga daripada latar belakang berbeza dan pengalaman yang meluas bakal membekaskan impak besar kepada calon-calon Anak Wayang.
Astro meneruskan lagi kegemilangannya dalam memeriahkan dunia seni hiburan tanahair dengan pengumuman barisan tenaga pengajar yang bakal mencurahkan segala ilmu dan pengalaman mereka selama mereka bergelar anak wayang kepada calon-calon Anak Wayang yang sedang dikenal pasti.
Projek mega Anak Wayang yang bakal bersiaran di saluran Astro RIA dan Astro PRIMA ini buat julung-julung kalinya mengucapkan selamat datang kepada pelakon dan pensyarah teater; Marlia Musa, pelakon harapan menerusi filem 1957: Hati Malaya di Festival Filem Malaysia ke-21 ; Mohd Kamaruzaman Taib (Che Kem), pelakon, penggiat teater dan juri tetap Raja Lawak yang tidak asing lagi; Fauziah Nawi serta pensyarah dari Fakulti Artistik dan Teknologi Kreatif serta juri tetap Sehati Berdansa 2; Hamzah Tahir.
Tenaga pengajar – Dari kiri ke kanan – Che Kem, Fauziah Nawi, Marlia Musa, Hamzah Tahir
Menurut Pengurus Saluran Astro RIA, Encik Khairul Mizan Shagul berkata, “Saya bagi pihak Astro mengalu-alukan kedatangan dan ingin mengucapkan selamat datang kepada barisan tenaga pengajar yang telah dipilih bagi mewarnai dan merencahkan lagi perjalanan hidup calon-calon Anak Wayang pada musim pertama ini. Kami amat berbangga kerana mereka sudi bekerjasama dengan pihak produksi kami bagi melahirkan seorang yang layak untuk digelar sebagai Anak Wayang pertama dari Astro.
Kami percaya setiap seorang daripada tenaga pengajar yang telah dipilih ini mempunyai kekuatan yang tersendiri di samping pengalaman yang meluas dalam bidang seni lakon layar dan persembahan pentas untuk dikongsi bersama bukan sahaja dengan calon-calon Anak Wayang tetapi juga di kalangan para penonton. Persetujuan dan komitmen mereka untuk sama-sama mendidik pelapis-pelapis seni negara amat kami hargai dan kami pasti musim pertama program realiti mencari bakat lakonan Anak Wayang ini akan menjadi lebih meriah dengan kehadiran mereka.”
Tugas serta pengkhususan telah diberikan kepada barisan tenaga pengajar bagi bertujuan untuk memberikan penekanan bagi setiap aspek sudut lakonan.
Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul mIzan Shagul
Marlia Musa akan bertindak selaku guru lakonan apabila beliau akan membimbing calon-calon dalam melakonkan watak-watak yang diberikan. Pengalaman, latar belakang dan pencapaian yang dicapai oleh beliau tidak perlu dipersoalkan lagi apabila beliau pernah menggondol Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik seawal penglibatan beliau dalam bidang seni lakonan lagi.
Individu yang berpengalaman luas dalam bidang seni persembahan untuk pengkhususan teater seperti tradisional dan kontemporari serta pelakon utama bagi filem 1957: Hati Malaya; Mohd Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Che Kem ini pula akan memainkan peranan selaku guru skrip & analisa dalam program realiti Anak Wayang ini. Pengalaman beliau dalam bidang seni persembahan dan penulisan skrip juga pastinya sebuah bonus untuk dikongsi bersama dengan calon-calon Anak Wayang dalam kelas-kelas lakonan yang akan diikuti mereka kelak.
Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani
Sementara itu, Astro menyandarkan tanggungjawab kepada dramatis kelahiran negeri Perak; Fauziah Nawi untuk membimbing calon-calon sebagai guru lakonan & vokal. Pengalaman beliau membintangi berpuluh-puluh buah drama TV serta mengarahkan teater pastinya akan membantu para pelajar dalam penghayatan dan ekspresi muka dalam setiap lakonan yang ingin ditonjolkan. Baru-baru ini beliau juga telah menerima Anugerah Karyawan Seni Negara ( Pengarah ).
Hamzah Tahir, juri tetap bagi rancangan Sehati Berdansa musim kedua pula telah diberi kepercayaan untuk membimbing para pelajar selaku guru olah tubuh. Beliau yang juga merupakan seorang pendidik dalam bidang seni artistik dan persembahan ini pernah terlibat dalam pelbagai jenis seni persembahan tidak kira sama ada persembahan tarian, teater, sitkom, ekperimental dan drama. Kehadiran Hamzah bagi melengkapkan barisan tenaga pengajar Anak Wayang yang pertama ini akan membantu calon-calon mendalami ilmu tentang cara-cara untuk menghayati sesebuah watak dengan hanya mengekspresikan gerak tubuh badan.
Di majlis yang sama; projek mega Anak Wayang juga turut mengumumkan barisan pelakon yang akan menerajui drama bersiri 50 episod yang akan menjadi platform utama bagi calon-calon Anak Wayang bertaruh nasib yang berjudul Kecuali Cintamu yang akan bersiaran pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat, jam 8.30 malam, selama satu jam bermula pada 25 Mei 2009.
Fazura dan Rusdi Ramli dilantik jadi hos
Pelakon lelaki terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20; Rusdi Ramli telah diberi kepercayaan untuk mengacarakan rancangan Pentas Anak Wayang dan Bintang Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-17 pula akan mengacarakan rancangan Dialog Anak Wayang dan Sesi Anak Wayang.
Projek Anak Wayang ini bakal dijanakan oleh dua buah saluran yang akan berganding bahu, Astro RIA (saluran 104) dan Astro PRIMA (saluran 105) yang masing-masing akan menayangkan program realitii bagi mencari bakat lakonan dan drama bersiri yang akan berlangsung secara serentak.
Projek Anak Wayang ini akan mula bersiaran di Astro RIA pada 22 Mei 2009. Butir-butir lanjut mengenai program-program berkaitan adalah seperti berikut:
Dialog Anak Wayang
Program ini memaparkan lima episod pengenalan kepada program Anak Wayang. Di dalam program ini juga akan dipaparkan semua lokasi ujibakat Anak Wayang. Program ini juga akan memperkenalkan 25 peserta/pelajar yang layak ke program reality SESI.
Pengacara: Fazura
Jumaat, 22/5/09
Isnin, 25/2/09
Selasa, 26/5/09
Rabu, 27/5/09
Jumaat, 29/5/09
9.30 malam (1 jam)
Program pengenalan
Bermula 22 Mei 2009
Sesi Anak Wayang
Program realiti yang akan ke udara setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu. Segala aktiviti pembelajaran dan cabaran pelajar di akademi setiap hari akan dipaparkan dalam episod Sesi.
Pengacara: Fazura
Setiap hari Isnin – Rabu
9.30 malam
(30 minit)
Program diari
Pentas Anak Wayang
Program ini akan memaparkan persembahan pelajar berdasarkan tugasan dan watak yang diberikan. Di samping itu terdapat pelbagai tugasan yang akan diberikan secara spontan oleh juri pada malam tersebut. Program ini akan diakhiri dengan penyingkiran 3 pelajar oleh juri dan 2 akan diadili melalui SMS yang akan diketahui pemenangnya pada hari Isnin.
Pengacara: Rusdi Ramli
Setiap hari Jumaat
9.30 malam
(1 jam)
Program penyingkiran mingguan
jangan lupa tonton!