in ,

Senarai Tajuk Lagu dalam Album Terbaru Kontemporari Tradisional Dato’ Siti Nurhaliza

Tahun ini, Dato’ Siti Nurhaliza tidak balik beraya di kampungnya di Kuala Lipis, Pahang. Memang lebaran tahun ini adalah giliran penyanyi popular tu beraya dengan suaminya yang terchenta di Kuala Lumpur.

Sebagaimana yang Budiey dapat tahu, Dato’ Siti Nurhaliza sedang sibuk dengan rakaman albumnya. Dengar cerita, komposer dan penerbit album tu dah memulakan kerja-kerja produksi album dan Siti Nurhaliza sekarang tengah tunggu lampu hijau untuk rakaman vokal di studio.

Album terbaru yang berkonsepkan kontemporari tradisional ini akan dijangka berada di pasaran pada akhir November atau awal Disember 2008. Yang pasti, album itu akan dipasarkan selepas album baru CODA dipasarkan. Kena ikut giliran, katanya.

Jadi, sekarang ini, proses untuk rakaman muzik di studio sedang berjalan. Setelah siap muzik siap, barulah rakaman vokal akan dijalankan. Budiey ingat nak tengok jugak Siti Nurhaliza rakam albumnya di studio… kalau diberi peluang memang nak tengok secara live. Hehe…

Budiey dapat tahu sebanyak 12 buah lagu akan termuat dalam album itu yang menggunakan 11 orang komposer dari Malaysia dari seorang komposer dari Indonesia.

Secara eksklusifnya untuk peminat Siti Nurhaliza semua… (Budiey rasa takde lagi media yang hebahkan pasal tajuk lagu terbaru Siti)… Jadi, Budiey lampirkan tajuk lagu-lagu yang akan dimuatkan dalam album terbarunya yang masih tak bertajuk itu di sini:

  1. Menanti Kasih (S. Atan)
  2. Seloka Budiey (Adnan Abu Hassan)
  3. Langit Masih Cerah (Radhi OAG)
  4. Senyum Minang Manis (Zul Mahat)
  5. Di Taman Teman (Fauzi Marzuki)
  6. Bulan Yang Mesra (Khairil Johari Johar)
  7. Di Kayangan Kita (Johari Teh)
  8. Bintang Malam (Johan Nawawi)
  9. Ada Masa Mata (M. Nasir)
  10. Rasa Antara Kita (Khairil Johari Johar)
  11. Cinta Ini (Katon Bagaskara)
  12. Jelmakanlah Ayumu (Lagu Pak Ngah)

Amacam? Mesti korang semua tak sabar nak tunggu album ini kan? Ianya menggabungkan irama kontemporari moden dan tradisional. Mesti meriah!

SNP merangkakan untuk jualan melebihi 100 ribu dan Budiey menjangkakan jualan akan lebih dari angka ini. Itu dah biasa… mesti lebih. Tapi jualan album kat Malaysia ni tak menentukan?

Budiey difahamkan juga, untuk tajuk album ini, Siti Nurhaliza membuka peluang terbuka kepada peminatnya untuk mencadangkan nama yang sesuai. Mungkin juga korang boleh hantarkan SMS kepada Siti untuk propose tajuk album ni. Sape yang terpilih akan menang hadiah. Cool tak?

Jadi, Budiey tanya Siti, apa istimewa album barunya ni? Jawab Siti:

  1. Gabungan komposer dan penulis lirik yang hebat, nama besar bertaraf lagenda dan berkaliber
  2. Mengekalkan unsur tradisional tetapi menyuntik elemen moden untuk kesesuaian pendengar semasa
  3. Sebuah album yang menitikberatkan kualiti produksi keseluruhannya.

Korang jangan tak beli… rugi tak beli. Beli jangan tak beli. Belilah barangan buatan Malaysia. Hehe!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan, Poster dan Trailer Filem FURY Thai Movie

Hewlett-Packard Penaja Utama Sensasi Selebriti Budiey.com RM18441!