Lagu #BaikSemula ciptaan Faizal Tahir melancarkan muzik video versi baharu untuk menyemarakkan kempen tersebut. Lebih menarik, TV3 bakal menyiarkan program istimewa Malam #BaikSemula pada 28 Ogos 2021 dari jam 10.00 malam hingga 11.30 malam dengan penampilan Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju (K Clique) yang akan berkongsi kisah-kisah menarik di sebalik pembikinan muzik video baharu ini.
Sambutan Hari Kebangsaan 2021 menjadi lebih bermakna apabila program ini turut memberi penghargaan tinggi kepada petugas barisan hadapan yang komited dengan amanah dan tanggungjawab mereka serta para atlet yang mengharumkan nama negara di Sukan Olimpik 2020 tanpa rasa gentar dengan wabak Covid-19 yang telah banyak meragut nyawa.
MPTN sentiasa mendengar suara hati penonton dan memaparkan isu-isu semasa yang menjadi kepentingan masyarakat di kala negara sedang diancam wabak berbahaya itu. Sejak pandemik, Buletin Utama TV3, Berita TV9 dan Mandarin News 8TV sentiasa memaparkan laporan berita terkini dari dalam dan luar negara. Laporan berita yang eksklusif, mengupas isu-isu semasa pandemik secara mendalam dan lebih terperinci untuk memenuhi kehendak komuniti yang pelbagai.
Kempen Kita Malaysia #Baik Semula
Bersempena dengan sambutan bulan Kebangsaan, Buletin Utama mengadakan segmen khas 3 minit “Semarak Jiwa Merdeka’ dari 15 hingga 31 Ogos dan Hari Malaysia (16 September 2021). Kita masih belum menang dalam perjuangan untuk memerdekakan Malaysia daripada ancaman wabak maut ini. Selain paparan tokoh-tokoh negara memperjuangkan kebebasan Tanah Melayu daripada penjajahan kuasa asing, Laporan Khas juga menyingkap keadaan semasa rakyat Malaysia yang kini sedang bergelut memperjuangkan kebebasan daripada ancaman pandemik ini. Ia juga meliputi pelbagai bidang daripada politik, pendidikan, isu wanita, juga paparan wira-wira yang berbakti tanpa mengharapkan balasan dan tidak meminta usaha mereka didendangkan oleh masyarakat.
Segmen Pintu Rezeki akan disiarkan setiap hari Isnin selama 3 minit menerusi Berita TV9 pada jam 7:00 malam. Segmen ini adalah untuk memberi inspirasi kepada penonton bagi menjana pendapatan di kala situasi penularan virus Covid-19 sedang mengganas.
Pelbagai genre program terbitan TV3 seperti Tanyalah Ustaz, Majalah 3, Helo Doktor, Nona, Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini (WHI), Borak Kopitiam, Bersamamu, Melodi, Muzik Muzik dan MBuzz, juga akan berkongsi topik-topik istimewa sempena sambutan Hari Kebangsaan.
Majalah 3 yang bersiaran setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, bakal menyingkap sejarah dan kisah menarik Bangunan Sultan Abdul Samad pada 30 Ogos 2021 dan memaparkan segmen istimewa buat petugas barisan hadapan pada 13 September 2021. Bangunan ikonik itu menjadi saksi peredaran masa negara dari saat Tanah Melayu masih di bawah jajahan pihak British dan Jepun, hari bersejarah ketika mencapai kemerdekaan, penubuhan Malaysia, tragedi hitam 13 Mei 1969 dan terkini, ancaman wabak Covid-19 yang telah memberikan impak besar kepada ekonomi serta pembangunan negara.
Di TV9 pula, Berita TV9 Jam 7:00 malam akan berkongsi segmen menarik iaitu Pintu Rezeki selama 3 minit. Segmen ini akan memberi inspirasi kepada penonton untuk menjana pendapatan dikala situasi penularan virus Covid-19. Jangan ketinggalan juga untuk menonton dokumentari khas ‘Jalur Gemilang’ yang bakal bersiaran pada Hari Malaysia 16 September 2021 jam 8.30 malam. Ia akan mengimbau sejarah di sebalik nama gah Jalur Gemilang bendera Malaysia. Apakah kepentingan bendera dalam perspektif Islam? Dan apakah peranannya dalam pembinaan negara? Semuanya akan terjawab di dalam dokumentari ini.
Ikuti saluran bahasa Cina nombor 1 di Malaysia iaitu 8TV dengan perbincangan pelbagai topik menarik berkaitan tema Hari Kebangsaan menerusi program bual bicara Living Delight dan 8 E News, begitu juga dengan Mandarin News yang akan memaparkan laporan khas. Selain itu, penonton 8TV juga akan terhibur dengan filem istimewa All The Wrong Clues dengan gandingan mantap pelakon popular Hong Kong, George Lam dan Teddy Robin pada 31 Ogos 2021, jam 3.30 petang.
Sementara itu, bermula 18 Ogos ntv7 menerusi DidikTV KPM akan memeriahkan studio dengan tema berlatarbelakangkan Hari Kebangsaan dan mengetengahkan subjek-subjek yang bersesuaian dengan tema sempena Bulan Kebangsaan dalam slot Teroka (pra-sekolah, tahap II, menengah atas) dan slot Mahir (pra-sekolah dan tahap II). Tiga drama menarik juga turut disiarkan iaitu Bebaskan Anak Kita, Epok dan Tok Samad.
Sama-sama kita meriahkan Kempen Kita Malaysia #BaikSemula. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, TV9, 8TV & ntv7, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia @TV9Malaysia @8tvchinese @ntv7Malaysia. Gunakan #KitaMalaysia #BaikSemula untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.
TV3
Malam #BaikSemula
Sabtu, 28 Ogos 2021, 10:00 malam – 11.30 malam
Program khas menampilkan Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju (K Clique) yang akan berkongsi kisah-kisah menarik di sebalik pembikinan muzik video baharu #BaikSemula. Program ini turut memberi penghargaan tinggi kepada petugas barisan hadapan yang komited dengan amanah yang diberikan dan para atlet yang mengharumkan nama negara pada Sukan Olimpik 2020, tanpa rasa gentar dengan wabak Covid-19 yang telah banyak meragut nyawa. Perkongsian ini akan membuatkan sambutan Hari Kebangsaan 2021 menjadi lebih bermakna.
Buletin Utama – Segmen Laporan Khas Buletin Utama
15 hingga 31 Ogos, 8.00 malam – 9.00 malam (2-3 minit)
Segmen khas Semarak Jiwa Merdeka akan disiarkan setiap hari bermula 15 Ogos selama 3 minit untuk mengenang jasa wira-wira negara yang mungkin tidak dikenali ramai terutamanya generasi muda. Turut dimuatkan adalah lintas langsung untuk melihat keunikan sambutan Hari Kebangsaan di beberapa lokasi terpilih.
Majalah 3 – Bangunan Sultan Abdul Samad
Isnin, 30 Ogos, 9.00 malam
Pada 30 Ogos, Majalah 3 akan memaparkan kisah Bangunan Sultan Abdul Samad yang kini berusia 127 tahun. Masih kukuh berdiri di tengah-tengah kepesatan ibu negara Kuala Lumpur, bangunan yang menjadi simbol kemakmuran dan perpaduan masyarakat majmuk Malaysia ini telah menyaksikan pelbagai sejarah suka dan duka tanah air. Antaranya laungan “Merdeka” ketika detik 12 malam pada 31 Ogos 1957, diikuti bunyi detik jam besar yang masih berfungsi sehingga kini. Ia juga menjadi saksi kepada turunnya bendera Union Jack, penjajahan Jepun, tragedi 13 Mei, kepesatan pembangunan Malaysia sehingga kini, juga penularan pandemik Covid-19.
Majalah 3 – Frontliners & backliners
Isnin, 13 September, 9.00 malam
Istimewa sempena sambutan Hari Malaysia pula, Majalah 3 membawa penonton mendekati para petugas barisan hadapan dan kisah di belakang tabir yang kurang dikenali ramai. Namun mereka turut memainkan peranan penting semasa pandemik.
Bersamamu
29 Ogos, 5 September dan 12 September , 6:30 petang
Bersamamu kali ini membawa penonton mendengar pengalaman dan pengorbanan daripada veteran Angkatan Tentera Darat Malaysia, veteran Polis serta veteran Angkatan Tentera Laut Malaysia yang berhadapan musuh negara demi mencapai kemerdekaan!
Malaysia Hari Ini (MHI)
31 Ogos, Selasa, 8:00 pagi – 9.00 pagi dan 9.30 pagi – 10:30 pagi
MHI istimewa Hari Kebangsaan bersiaran selama dua jam, mengimbau kisah menarik di sebalik sambutan Hari Kebangsaan sebelum ini. Program bual bicara ini juga akan mendekati insan yang pernah menyertai perbarisan dan sambutan Hari Kebangsaan di peringkat nasional yang diadakan setiap tahun. Antaranya adalah Juruterbang TUDM yang membuat pertunjukan udara di mana mereka membuat perbarisan formasi berirama, kisah inspirasi orang yang memiliki nama berunsurkan perkataan “merdeka” dan tarikh kemerdekaan, contohnya “Mohd Merdeka”, perkongsian mereka yang berjaya melepasi saat getir diserang virus Covid-19, melihat sambutan norma baharu serta mendekati insan yang pernah menyertai perbarisan dan sambutan Hari Kebangsaan di peringkat nasional yang diadakan setiap tahun.
Wanita Hari Ini (WHI)
Bermula 18 Ogos, Isnin – Sabtu, 12.00 tengah hari
Kisah inspirasi memerdekakan diri daripada sejarah silam, bangkit dan berjaya di dalam hidup. Biarpun berdepan kesukaran dan menjadikan jalanan sebagai pusat kehidupan, ada juga insan yang bangkti dan mencipta kejayaan sendiri hingga menjadi inspirasi kepada semua di sekelilingnya. WHI juga tidak melupakan para wira yang tidak didendang, berkongsi kisah mereka di belakang tabir yang turut membantu di sepanjang pandemik ini
Borak Kopitiam
Bermula 21 Ogos, Sabtu – Ahad, 8.00 pagi – 9.30 pagi
Program bual bicara santai Borak Kopitiam menampilkan topik yang dapat memberi inspirasi kepada anak-anak muda, pemimpin terkenal serta wira-wira negara yang tidak didendang. Antara pengisian program bual bicara ini di sepanjang Bulan Kebangsaan adalah semangat perjuangan, persediaan dan pencapaian pasukan atlet Paralimpik Malaysia ke Tokyo, wira-wira barisan hadapan negara dalam menangani pandemik Covid-19, kisah veteran Angkatan Tentera Malaysia dan veteran Polis DiRaja malaysia yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara serta persediaan pelbagai golongan masyarakat dalam menyambut Hari Kebangsaan 31 Ogos 2021. Manakala sempena sambutan Hari Malaysia, Borak Kopitiam akan membicarakan kemeriahan warna warni kebudayaan serta pengisian kisah masyarakat Sabah dan Sarawak.
Tanyalah Ustaz
30 Ogos & 31 Ogos, Isnin & Selasa, 6.30 pagi
16 September, Khamis, 6.30 pagi
Tanyalah Ustaz kali ini membincangkan topik berkaitan Merdeka, keamanan dan perpaduan menurut Islam. Merdeka bukan sahaja bermaksud membebaskan diri daripada penjajah, tetapi memerdekakan diri daripada virus yang meragut jutaan ramai iaitu Covid-19!
TV9
Berita TV9 Jam 7:00 malam – Segmen Pintu Rezeki
Setiap Isnin, 7.00 malam
Segmen Pintu Rezeki disiarkan setiap hari Isnin selama 3 minit menerusi Berita TV9 Jam 7:00 malam. Segmen ini bertujuan memberi contoh dan inspirasi mengenai peluang untuk mencari pendapatan. Dan sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti, sekurang-kurangnya dua laporan khas akan disiarkan. Mengenai mata wang Ringgit sebagai lambang kedaulatan negara. Juga, liputan penghargaan kepada petugas barisan hadapan sebagai wira baharu negara.
Segmen-segmen lain termasuk Bijak Tani (setiap Selasa) dengan fokus kepada bidang pertanian dan penternakan, juga dengan tujuan memberi contoh serta pilihan berhubung peluang dalam bidang pertanian. Segmen Cari Pahala (setiap Khamis) pula bertujuan menanam sifat mulia serta memberi inspirasi kepada orang ramai untuk berbuat baik. Akhir sekali, segmen Tradisi Kita (setiap Sabtu), mengetengahkan tradisi rakyat Malaysia meliputi bidang budaya dan seni, makanan, kuih-muih dan manisan, pakaian serta permainan masyarakat zaman dahulu.
Jalur Gemilang
16 September, Khamis, 8.30 malam
Program istimewa ini memaparkan sejarah di sebalik nama Jalur Gemilang, bendera kebanggaan Malaysia. Apakah kepentingan bendera dalam perspektif Islam? Dan apakah peranannya dalam pembinaan negara? Semuanya akan terjawab dalam dokumentari ini.
8TV
All The Wrong Clues, 31 Ogos, 3.30 petang
Lakonan mantap pelakon popular Hong Kong, George Lam dan Teddy Robin ini menceritakan tentang kisah lucu seorang penyiasat persendirian dan inspektor polis bergabung tenaga untuk membanteras satu kes jenayah melibatkan seorang jutawan yang baharu dibebaskan dari penjara. Pastinya anda tidak akan kering gusi menyaksikan gelagat kedua-dua aktor hebat Hong Kong ini.
ntv7
Bermula 18 Ogos ntv7 menerusi DidikTV KPM akan memeriahkan studio dengan tema berlatarbelakangkan Hari Kebangsaan dan mengetengahkan subjek-subjek yang bersesuaian dengan tema sempena Bulan Kebangsaan dalam slot Teroka (pra-sekolah, tahap II, menengah atas) dan slot Mahir (pra-sekolah dan tahap II).
Bebaskan Anak Kita
31 Ogos, 10.00 malam
Mengisahkan tentang Rahim, seorang pengawal keselamatan pencen yang mahu membawa cucu-cucunya ke Stadium Merdeka. Niatnya ingin berkongsi segala kisah suka duka stadium bersejarah itu kepada mereka dengan harapan generasi ini tidak akan melupakan sejarah awal pembangunan Malaysia. Malangnya, usaha Rahim mendapat kecaman daripada anak-anak itu yang memandang niatnya sebagai remeh dan tidak masuk akal. Razak malu dengan semangat dan perbuatan ayahnya. Rahim meninggal dunia sebelum sempat mencapai impiannya itu. Razak menyesal dengan perbuatan dirinya dan berusaha untuk merealisasikan impian ayahnya. Kini, dia sedar bahawa generasi baharu perlu mengetahui peri pentingnya nilai kemerdekaan dan kepentingan serta kisah disebalik Stadium Merdeka.
Pelakon: Dato’ Rahim Razali, Amar Bahrin, Fizz fairuz, Jay Nazif, Ilyas Khan, Shamshul Danish, Idan Aedan dan Husna Mustaffa.
Epok
9 September, 10.00 malam
Mengisahkan Epok (Izz Ilham) yang cuba membaiki hubungan tegang antara dia dan bapanya, Pak Din (Eman Manan), melalui sukan badminton. Dia berasa hairan akan minat dan usaha Pak Din yang bersungguh-sungguh melatihnya bermain badminton, sedangkan dia langsung tidak menunjukkan minat. Segalanya berubah apabila satu hari, guru Pendidikan Jasmani mengarahkan kesemua murid kelasnya untuk bermain badminton. Epok mula meminati sukan tersebut dan dia akhirnya sedar bahawa usaha Pak Din adalah untuk menanam semangat serta kekuatan mental dan fizikalnya. Dengan pandangan dan keyakinan baharu, Epok mula mengeratkan hubungan dengan ayahnya yang kebetulan ketika itu adalah musim Piala Thomas.
Pelakon: PELAKON : Izz Ilham, Eman Manan, Harris Alif, Sean Lee, Farisya Adriana, Akid Ieman dan Roydy Rokidy.
Tok Samad
16 September, 10.00 malam
Tok Samad adalah bekas kelasi kapal berusia 60-an yang menetap di Eropah. Tok Samad bersama menantunya, kembali ke Malaysia setelah adiknya, Salim meninggal dunia. Hanya cucunya yang tinggal iaitu Idris ataupun Derih, seorang kanak-kanak yang berjiwa tradisional, berbeza dengan Tok Samad yang berperwatakan moden, bercita rasa tinggi dan suka bergaya. Pertembungan watak berbeza karaktor ini menimbulkan gelagat lucu dan pelbagai konflik. Setelah menjalani kehidupan bersama, Derih mula mengubah caranya untuk menjadi lebih moden. Ia menjadikan Tok Samad serba salah kerana telah ‘menjajah’ minda Derih. Demi tanah air tercinta, Tok Samad tidak mahu Derih mengulangi sejarah silam hidupnya yang berkiblatkan gaya hidup barat.
Pelakon: Pelakon: Dato’ Jalaludin Hassan, Meor Adha,Uqasha Senrose dan Issey Titan.