Kempen Syukur Selalu anjuran Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad diteruskan lagi untuk tahun kedua bagi meraikan bulan Ramadan dan Syawal ini. Kempen Syukur Selalu yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh orang ramai telah memulakan penjelajahan aktiviti bazarnya ke Sungai Petani, Kedah pada 11 Jun lalu, diikuti dengan Johor Bahru, Johor pada 18 Jun ini.
Aktiviti padang yang dijalankan sempena Kempen Syukur Selalu ini adalah merangkumi bazar dan juga Jom Masjid. Jom Masjid yang akan diadakan di Kuala Kangsar, Perak dan Krubong, Melaka. Selain daripada aktiviti padang ini, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, khususnya TV3 dan TV9 turut menyediakan program-program eksklusif Aidilfitri yang merangkumi genre telefilem & filem, Raudhah, hiburan & variasi, dan bual bicara buat penonton setianya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid,
“Kempen Syukur Selalu tahun ini menjadi lebih meriah kerana buat julung kalinya rangkaian televisyen Media Prima Berhad berkolaborasi dengan Pavilion KL, pusat beli-belah terkemuka tanah air. Sepanjang Syawal ini, Pavilion KL akan dihiasi dengan motif Syukur Selalu dan juga hiasan Laman Idaman yang bersesuaian dengan sambutan Syawal di Centre Court Pavilion KL. Para pengunjung semestinya dapat merasakan kehadiran kami di sana. Turut menghiasi pusat membeli-belah tersebut adalah dua booth istimewa kami iaitu Syukur Selalu Bersamamu, bertujuan untuk pengunjung menderma dan melakukan amal jariah dan juga booth Syukur Selalu Digital mempromosikan aplikasi-aplikasi yang diinisiatifkan oleh Media Prima Labs.”
“Menjadi pilihan nombor satu dan dua dalam kalangan penonton Melayu pada bulan Syawal, TV3 dan TV9 telah menyediakan program-program yang mengandungi unsur-unsur pengajaran dan penginsafan yang dapat mengeratkan lagi ukhwah antara keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan masyarakat sekeliling. Lebih istimewa, kempen Syukur Selalu juga membabitkan platform Media Prima yang lain iaitu rangkaian radio (Hot FM & Kool FM), tonton, media cetak (New Straits Times, Harian Metro dan Berita Harian), Media Prima Labs, CJ Wow Shop dan Studio 8,” tambah beliau lagi.
Tujuh selebriti terkenal tanahair yang dipilih sebagai duta Kempen Syukur Selalu 2016 iaitu Amar Asyraf, Fasha Sandha, Fattah Amin, Hafidz Roshdi, Janna Nick, Raja Afiq dan Uqasha Senrose telah menjayakan siri promosi kempen ini menerusi iklan pendek di kaca TV (brand ident), papan iklan (billboard), pesanan khidmat masyarakat, serta aktiviti acara padang Bazar Syukur Selalu dan Jom Masjid.
Seperti yang telah kita umumkan sebelum ini, tiga elemen utama iaitu famili, ilmu dan amal jariah akan diterapkan dalam semua program dan aktiviti padang. Ketiga-tiga elemen ini mempunyai ikatan yang berkait antara satu sama lain seperti anyaman sulam sebagai konsep pada tahun ini, yang menghubung kaitkan bukan sahaja dalam keluarga tetapi juga ikatan antara sahabat, rakan sekerja dan juga orang sekeliling.
Sepanjang Syawal ini, TV3 dan TV9 telah menyediakan pelbagai program menarik khas buat penonton setianya. Nantikan beberapa telefilem eksklusif Aidilfitri di TV3 pada minggu Raya pertama dan kedua seperti Kau, Aku Kita Raya, Hello Mr. Perfect Raya, Kak Marr Raya, Mak Cun Pi New York, Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya dan Cinta Si Wedding Planner. Boboiboy: Sfera Kuasa juga akan ditayangkan buat pertama kalinya di kaca televisyen pada Syawal ini. Program hiburan seperti Melodi Raya, Muzik Muzik Raya dan Mentor Milenia Raya juga akan menemui penonton pada Syawal ini. Tidak ketinggalan juga program variasi dan Raudhah seperti In Person Datuk Ustaz Kazim Elias dan In Person Da’i Hamidah serta program bual bicara Malaysia Hari Ini Aidilfitri dan Wanita Hari Ini Raya.
TV9 turut membariskan telefilem eksklusif Aidilfitri seperti Derhaka, Pulang dan Duit Raya. Di samping itu, lima filem istimewa blockbuster juga disiarkan seperti Superman Returns, Harry Potter & The Deathly Hallows Part 1, Harry Potter & The Deathly Hallows Part 2, Hotel Transylvania dan G.I. Joe – The Rise of Cobra.
Program variasi dan hiburan di TV9 turut menceriakan suasana Syawal anda seperti Pop TV Raya, Kisah Di Sebalik Lagu dan Perang Bibir. Tidak ketinggalan juga program Raudhah iaitu SIS Raya dan Tanyalah Ustazah Raya serta program bual bicara Ketupat Rendang Kopi O.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di televisyen, mereka turut berpeluang menontonnya menerusi online portal tonton (tonton.com.my). Dengan adanya akaun VIP bersama tonton ini, para penonton tidak akan ketinggalan sebarang program kerana kini mereka mampu menonton program secara mudah alih.
Selain program-program eksklusif Aidilfitri di TV3 & TV9, kempen Syukur Selalu dirancakkan dengan aktiviti padang Bazar Syukur Selalu. Bakal diteruskan ke lokasi keduanya di Johor Bahru pada 18 Jun ini selepas sambutan hebat di Sungai Petani, Kedah yang dibanjiri oleh 20,000 pengunjung, bazar ini akan diserikan dengan kehadiran lebih daripada 30 selebriti tanah air.
Antaranya, Amyra Rosli, Ruhainies, Fadlan Hazim, Azrel Ismail, Wan Sharmila, Chef Fikree, Nazrief Nazri, Nadzmi Adhwa, Ain Edruce, Bell Ngasri, Talha Harith dan Syazuwan DFKL. Selain berpeluang beramah mesra dengan barisan duta Syukur Selalu dan artis-artis popular, para pengunjung juga berpeluang membeli juadah berbuka puasa di gerai-gerai yang disediakan di mana hasil jualan pada hari tersebut akan disumbangkan terus ke Tabung Bersamamu.
Selesai dengan Bazar Syukur Selalu, krew Syukur Selalu akan meneruskan penjelajahannya menerusi inisiatif baharu tahun ini iaitu Jom Masjid di Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar, Perak (22 Jun) dan Masjid Cina Al Muttaqim, Krubong, Melaka (26 Jun). Aktiviti ini bertujuan mengajak umat Islam mengimarahkan masjid pada bulan Ramadan.
Keunikan Jom Masjid ini menampilkan keistimewaan amalan moreh yang diadakan setiap kali selepas solat terawikh sepanjang bulan Ramadan. Menerusi Jom Masjid juga, para pengunjung berpeluang untuk mengikuti program ilmiah seperti rakaman program Al-Kuliyyah, bacaan ayat suci Al – Quran, tazkirah, solat Isya, berterawikh serta sesi tadarus.
Untuk mendapat perkembangan dan informasi terkini tentang kempen dan program-program menarik Syukur Selalu, anda boleh muat turun sekarang aplikasi mudah alih #SyukurSelalu yang disediakan oleh Media Prima Labs secara percuma menerusi Google Play dan Apps Store. Selain memaparkan program menarik di TV3, TV9, tonton dan Hot FM, doa harian dan mutiara kata, paparan waktu bersahur dan berbuka puasa, kiblat, lokasi masjid, info terbaharu tentang Bazar Syukur Selalu dan Jom Masjid, profil duta Syukur Selalu, tips fesyen dan resipi istimewa turut dimuatkan di dalam aplikasi ini. Aplikasi lain yang boleh dimuat turun ialah Jalan Jalan Cari Makan, Full A Mark, Harian Metro e-paper, New Straits Times e-paper, Berita Harian e-paper, Ejen Ali dan ZIP untuk kesenangan orang ramai.
Pada tahun ini, lagu tema Syukur Selalu telah diberikan nafas baharu dengan susunan muzik etnik kreatif dendangan penyanyi asal iaitu Dayang Nurfaizah dan Black. Muzik video ini turut menampilkan barisan duta Syukur Selalu.
Selain daripada promosi dari Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Kempen Syukur Selalu juga melebarkan sayapnya berkerjasama dengan platfrom-platform lain di Media Prima iaitu tonton, CJ Wow Shop, Studio 8, Media Prima Labs, rangkaian radio Media Prima dan The New Straits Time Press (Malaysia) Berhad.
Kempen Syukur Selalu dimeriahkan lagi dengan kolaborasi antara Media Prima dan rakan-rakan penaja seperti F&N, Nivea, NESCAFÉ Classic, POS Laju, TOP, Samsung dan Bank Rakyat.
F&N – Kempen Syukur Selalu dimeriahkan lagi dengan kolaborasi Media Prima bersama rakan-rakan penaja iaitu F&N. Kempen Syukur Selalu bersama F&N – Beraya & Beramal Bersamamu mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama menghayati kesucian bulan Ramadan dan Raya ini sambil menyumbang derma sebanyak RM 200,000 ke Tabung Amal Media Prima Berhad, Tabung Bersamamu bagi meringankan beban komuniti kurang bernasib baik.
Memenuhi sasaran kempen, F&N turut melancarkan video khas ‘F&N Syukur Selalu’ di media sosial, yang menampilkan duta jenama Janna Nick & Hafidz Roshdi dengan sasaran 300,000 tontonan. Kutipan tambahan sebanyak RM 100,000 ini akan turut disalurkan ke Tabung Bersamamu.
Kempen Syukur Selalu Bersama Nivea – Setulus Belaian Kasih mempunyai matlamat untuk menggalakkan masyarakat memberi perhatian dan memberi sumbangan buat keluarga yang kurang bernasib baik untuk sama-sama menyambut Ramadan dan Hari Raya. Menggabungkan kepakaran MPTVN yang telah berjaya menyentuh hati jutaaan rakyat Malaysia dengan beberapa kempen kesedaran sebelum ini, kini Nivea pula mempersembahkan sebuah drama pendek dengan jalan cerita yang unik membariskan Siti Elizad Sharifuddin dan Puteri Balqis Azizi sebagai pelakon utama. Drama bersiri ini menceritakan mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang mengenal erti suka duka kehidupan melalui ibunya. Siri mini ini disiarkan di program TV3 yang popular iaitu Sembang Sahur dan juga Wanita Hari ini (WHI).
NESCAFÉ Classic – Selain daripada peletakan produk di telefilem Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya, para penonton juga boleh menonton babak-babak ekstra pada hari tayangan dan juga secara online. NESCAFÉ Classic juga telah memperkenalkan sebuah iklan produk yang dibintangi oleh duta mereka, Siti Saleha, dengan harapan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara penonton dan ahli keluarganya.
POS Laju pula mempunyai objektif untuk menyatukan rakyat Malaysia dengan menghantar ucapan-ucapan mereka demi memeriahkan lagi bulan Ramadan dan Syawal ini. Kolaborasi ini akan dimulakan dengan penyampaian kapsul ucapan daripada salah seorang bintang terkenal Malaysia iaitu Amyra Rosli. POS Laju juga akan menjelajah bersama kru Bazar Syukur Selalu, di mana para pengunjung boleh menggunakan pelbagai jenis khidmat pejabat pos dan juga berpeluang untuk mereka setem peribadi.
TOP – Jenama pencuci baju terunggul di Malaysia — TOP, juga menjalankan kerjasama bersama Syukur Selalu melalui kempen #TOPGAYARAYA di seluruh platform Media Prima, dari ke-udara, digital dan juga media sosial. Kolaborasi ini telah memperkenalkan sebuah iklan yang menyentuh hati, ucapan kapsul menampilkan Uqasha Senrose, Janna Nick, Fasha Sandha, dan Fattah Amin dalam pertandingan ke-udara dan digital. Untuk mendekati para penonton, TOP juga telah menjadi penaja rasmi untuk program Glam Raya, yang akan memberi keutamaan tentang fesyen-fesyen terkini Hari Raya, dan juga mengikuti perjalanan pereka fesyen Malaysia seperti Rizman Ruzaini sewaktu mereka menyiapkan koleksi Raya mereka.
Samsung – Kolaborasi antara Media Prima dan Samsung telah menghasilkan kapsul untuk memperkenalkan produk-produk terbaharu daripada Samsung J Series. Samsung akan memeriahkan lagi Raya anda dengan memberikan 10 produk Samsung J Series melalui program bual bicara Nombor Satu negara, Malaysia Hari Ini di TV3.
BANK RAKYAT – Bersempena dengan kempen Syukur Selalu yang dilancarkan oleh Media Prima Berhad, Bank Rakyat turut mengambil inisiatif untuk menjalankan Kempen Ceria Beraya ‘Dalam Keceriaan Ada Kesyukuran’ bagi memeriahkan sambutan bulan Ramadan dan Syawal ini. Selain iklan korporat kempen ‘Ceria Beraya’, Bank Rakyat turut memperkenalkan muzik video istimewa ‘Indahnya Lebaran’ dendangan Shuib Sepahtu dan Mark Adam. Lebih istimewa, muzik video ini juga dapat disaksikan di TV3. Dengan kadar tontonan yang tinggi di TV3, Bank Rakyat yakin bahawa penyiaran lagu Hari Raya ini dapat memperluaskan lagi promosi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, meningkatkan penjenamaan Bank Rakyat serta memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tv3.com.my dan www.tv9.com.my. Muat turun aplikasi mudah alih #SyukurSelalu dan ikuti info terkini kempen #SyukurSelalu. Hangatkan perbualan di laman sosial dengan menggunakan hashtag SyukurSelalu (#SyukurSelalu).