in ,

Senarai Program Raya di TV3 & TV9 2011

KEMERIAHAN SAMBUTAN SYAWAL DI TV3 & TV9

Bulan Syawal disambut dengan penuh bermakna oleh seluruh umat Islam selepas memenuhi tanggungjawab mereka dalam menjalankan ibadah berpuasa selama sebulan. Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal diraikan pada 30 Ogos 2011 bersamaan dengan 1 Syawal 1432H, stesen televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad meneruskan tradisi untuk menyediakan pelbagai program menarik menerusi, telefilem, majalah, muzikal dan variasi yang bertemakan “Salam Syawal TV3 & Di Hatiku Ada Raya TV9” untuk tontonan semua. Lebih menarik, perayaan tahun ini juga turut dimeriahkan dengan program-program istimewa Merdeka sempena sambutan Hari Merdeka ke-54 yang jatuh pada Hari Raya Kedua iaitu 31 Ogos 2011.

Seiring dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, satu majlis pelancaran program-program raya “Salam Syawal TV3 & Di Hatiku Ada Raya TV9” telah disempurnakan oleh Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9 di Pusat Membeli Belah 1 Utama (Sayap Baru) yang turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan personaliti TV3 dan TV9 serta artis-artis popular tanahair seperti Jamal Abdilah, Hujan, Aizat, Sazzy Falak, Nazril Idrus, Razak Ahmad, Zarina Zainoordin, Sharifah Shahira, Syazwan Zulkifli, Nazim Othman, Amanda Misbun, Nasrizal Ngasri, Fimie Don, Erin Malek, Talha Harith dan ramai lagi.

Majlis pelancaran tersebut juga akan dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh Shyla Amzah dan Azlan The Typewriter; persembahan lagu raya “Hangatnya Raya Di Hatiku“ oleh Harris, Puteri dan Hadi dari Idola Kecil 3, penyampai radio HOT FM seperti AG, Leya, Suraya, Deen dan Upin & Ipin serta peragaan baju raya rekaan Salikin Sidek oleh artis-artis popular seperti Aeril Zafril, Neelofa, Tasha Shilla, Rebecca Nur Al-Islam, Ramona Zamzam, Aida Aris, Memey Suhaiza dan Talha Harith.

Menurut Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, “Ada sesetengah pihak menganggap sambutan Hari Raya sudah tidak semeriah dahulu kerana masyarakat kini lebih cenderung kepada gaya hidup secara moden. Namun, tradisi menyambut bulan Syawal masih diteruskan dan kemeriahan sambutan Hari Raya masih dapat dirasai, begitu juga dengan peranan stesen TV yang tidak ketinggalan dalam menyediakan pelbagai program menarik yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga memberi kesedaran dan pengajaran moral kepada para penonton.”

“Menerusi saluran TV yang sentiasa menjadi pilihan utama pada musim perayaan, TV3 tidak akan menghampakan jutaan penonton setianya dengan program majalah, muzikal dan variasi seperti Sampaikan Merdeka Raya, Melodi Raya, Fuhhh! Merdeka Raya, Mentor Raya, Raya Bapa Merdeka, 3 Gegaran, Sedetik Muzik, Kamilah Juara, Siapa Terhebat?, Di Bawah Rimbunan Madrasah dan Takbir Kembali sempena Hari Raya dan Hari Merdeka ini. Tidak ketinggalan juga drama-drama dan filem-filem hebat untuk tontonan semua seperti Cintaku 120KM/J, Sakura, Pusara Di Lebuh Raya, Janjiku Pada Al Walid, Nur Kasih The Movie, Adnan Sempit, Zoo dan banyak lagi.

“TV9 yang semakin mendapat perhatian di kalangan penonton turut membariskan program-program majalah, hiburan dan drama menarik seperti Ketupat Rendang Kopi O, Raya Pertamaku, AQ5 Di Bumi Anbiya, Halaqah Sentuhan Qalbu Edisi Lebaran ‘Agungnya Fitrah’, Dato’ Siti Nurhaliza bersama Idola Kecil 3, Hujan di Paris, ekspresi Dato’ M. Nasir & Jamal Abdilah, Bunkface di Hong Kong, Apa Saja FBI Beraya, Galaksi Raya 2011, Ada Bran?, Niyang Rapik, Antoo Fighter dan banyak lagi,” tambah beliau lagi.

Selain itu, My TV3 dan Kawan 9 (K9) juga tidak ketinggalan mengagihkan goodie bag yang mengandungi sampul raya dan biskut raya kepada orang ramai yang berada dalam perjalanan pulang ke kampung di plaza-plaza tol pada minggu hadapan. Lebih istimewa, biskut-biskut raya tersebut akan dihasilkan atas kerjasama 15 orang selebriti dan lebih kurang 300 orang peserta di acara “Uli Uli Biskut Raya Bersama Julie’s” dengan kerjasama TV3 dan TV9 pada 21 Ogos 2011 di kilang biskut Julie’s, Alor Gajah, Melaka.

Berikut ialah program-program istimewa di TV3 & TV9 sempena Aidilfitri sepanjang bulan Syawal ini:-

SALAM SYAWAL TV3
VARIASI: Sampaikan Merdeka Raya – Menjelang Raya, 29 Ogos, 11.00malam
Program istimewa berbentuk hiburan berinteraktif menjelang Hari Raya dan Hari Merdeka ini memaparkan ucapan dan pesanan musim perayaan diselangi dengan persembahan nyanyian daripada artis-artis popular tanahair. Penonton boleh mendedikasikan lagu-lagu raya kegemaran dan ucapan raya menerusi kad raya dan mesej pesanan ringkas (SMS) kepada orang tersayang menerusi program ini yang bersiaran di Pusat Membeli Belah 1 Utama (Sayap Baru), Petaling Jaya.
Artis-artis jemputan: Shiha, Black, Jaclyn Victor, Awie Rafael, Mila, Desiree, Aizat, Alyah, Nubhan…
Pengacara: Wahid, Nabil, Usop Wilcha, AG HOT FM, Sharifah Shakina

VARIASI: Fuhhh! Merdeka Raya – Raya Kedua (Rabu), 31 Ogos , 11.00malam
Bersempena dengan sambutan dua perayaan yang cukup istimewa iaitu Hari Kemerdekaan ke 54 yang jatuh pada Hari Raya Kedua, program hiburan sensasi, FUHHH! meraikannya dengan konsep jamuan makan BBQ. FUHHH! MERDEKA RAYA yang dihoskan oleh Awal Ashaari menampilkan Datuk Aziz Satar, Pak Kuswadinata, Fizz Fairuz, Saiful Apek, Johan As’ari, Miera Liyana, Eidil Putra dan adik Mia Sara Nasuha berkongsi nostalgia mereka sewaktu menyambut Hari Kemerdekaan dan persiapan untuk Hari Raya menerusi segmen ‘Fesyen Raya’, ‘Info Raya’, ‘Aktiviti Artis-artis semasa Raya’ dan ‘Selongkar Raya’. Turut dipaparkan kisah balu-balu artis seperti balu Allahyarham Ustaz Asri dan Allahyarham Azahari yang kini tabah menjalani hidup tanpa suami tersayang di sisi mereka.

VARIASI: Siapa Terhebat? – Raya Ketiga, 1 September (Khamis), 7.00malam
Sebuah program gameshow variasi yang penuh dengan aksi fizikal dan gelagat lucu selebriti-selebriti tanahair untuk menentukan siapa yang lebih hebat? Antara segmen yang dipaparkan ialah ‘Ambik Kau”, ‘Em… Sedapnya’, ‘Extreme Make Over’ dan ‘Kuih Raya’. Saksikan persaingan sengit antara pasukan A yang terdiri daripada Eira Syazira, Izara Aishah, Faradhiya dengan pasukan B yang dianggotai oleh Almy Nadia, Izreen Azminda dan Farah Asyikin. Dihoskan oleh Harun Salim Bachik.

VARIASI: Melodi Raya Episod 1 – Raya Keenam, 4 September. 12.30tengahari
Sentiasa hangat dengan isu-isu sensasi, program hiburan paling popular, MELODI meraikan artis-artis lama dan baru serta para penggiat seni di industri hiburan dengan dua episod khas dalam MELODI RAYA 2011. Tampil dengan konsep ‘3 Dimensi’ yang dimeriahkan dengan persembahan nyanyian, komedi dan temubual sensasi, saksikan persembahan hebat daripada Hattan, Kumpulan Senario, Yassin, Kumpulan Sepah, Alyah, Datuk M. Nasir, Hafiz, Kumpulan Nasyid Mirwarna, Fauziah Latif, Black dan Awie Rafael. Dihoskan oleh Zizan dan Dira Abu Zahar.

VARIASI: Melodi Raya Episod 2 – Raya Ke-13, 11 September (Ahad), 12.30tengahari
Memaparkan sesi temu bual sensasi yang dikendalikan oleh Wahid Senario dan Dira Abu Zahar bersama 2 pengacara jemputan yang bukan calang-calang orangnya iaitu Raja Azura dan Sharifah Shahira. Ikuti luahan hati Natasha Hudson dan Maria Farida dalam segmen ‘Artis Ibu Tunggal”. Segmen S.A.M.A.N (Selesai Apa Masalah Artis Negara) pula memberi peluang kepada Kumpulan Meet Uncle Hussain bersama bekas vokalis mereka, Azlan The Typewriter, Iqram Dinzly dan Arja Lee serta Syamsul Yusof dan Farid Kamil untuk mengubah persepsi penonton terhadap masalah atau gosip yang telah mencalar imej mereka sebagai anak seni. Apakah mereka akan mencurahkan isi hati tanpa berselindung? Pastikan anda menonton Melodi Raya episod 2 untuk mengetahui kesimpulannya.

VARIASI: Jangan Tidur Lagi Raya – Raya Keenam, 4 September, 11.00malam
Menampilkan artis-artis popular seperti Fasha Sanda, Aizat dan seniman veteran Datuk A. Rahman Hassan untuk berkongsi pengalaman dalam topik “3 Generasi Raya”. Jangan Tidur Lagi Raya bakal menyaksikan celoteh pengacara cilik, adik Najwa dan Aidil di samping Adlin Aman Ramli dan Cat Farish. Segmen Skuad JTL memaparkan lawatan artis-artis jemputan melawat ke pesakit kecil yang menghidap sakit jantung, budak cacat sejak lahir dan rumah orang-orang tua. Selain itu, para penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan magik oleh ahli silap mata, Shahril dan persembahan istimewa Aizat berduet bersama Datuk A. Rahman Hassan.

VARIASI: Mentor Raya – Raya ke-13, 11 September (Ahad), 9.00malam
Saksikan persembahan istimewa dan telatah mencuit hati oleh barisan protege dan sifu dari Mentor 5 iaitu Salma & Erra Fazira, Shiha & Datuk Sharifah Aini, Iqa, Aiman, Ayish & Noh Hujan serta Ratnah & Afdlin Shauki yang tampil menggegarkan pentas yang dihias indah dan penuh bercahaya rekaan khas sempena Mentor Raya. Istimewa kali ini, sifu kesayangan ramai Mas Idayu turut tampil berkongsi kemeriahan, di samping ikon Mentor yang cukup popular, Black yang hadir sebagai pelengkap majlis yang santai dan padat denga elemen hiburan. Dihoskan oleh Ally Iskandar.

VARIASI: Kamilah Juara – Raya Kedua, 31 Ogos, 7.00malam
Menghimpunkan nama-nama yang pernah bersinar di pentas Anugerah Juara Lagu seperti Ramlah Ram, Jacyln Victor, Ezlynn, Black, Zahid, Aizat, Ana Raffali, Rahmat Mega dan Farahwahida. Mereka akan dibahagikan kepada 3 kumpulan yang masing-masing diketuai oleh Ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Ismail untuk menyelesaikan tugasan-tugasan yang ditetapkan. Tugasan pertama yang perlu disempurnakan oleh tiga pasukan masing-masing termasuk memotong daging, memproses ayam dan memproses kerepek ubi. Selepas itu, mereka perlu menyediakan hidangan seperti nasi beriyani, ayam masak merah dan dalca daging untuk Rumah Jagaan & Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Puchong.

MUZIKAL: Sedetik Muzik – Raya Kelima, 3 September, 5.00petang
Dihoskan oleh Fara Fauzana, konsert ini menggandingkan 5 orang artis dari 2 generasi lama dan baru yang bakal mengegarkan pentas seperti Shyla Amzah, Azlan (The Typewriter), Datuk M. Nasir, Datuk Khadijah Ibrahim dan Black. Antara lagu-lagu yang didendangkan ialah Halaman Asmara (Shyla Amzah & Azlan The Typewriter), Raikan Cinta (Datuk M. Nasir), Doa Buat Kekasih (Datuk Khadijah Ibrahim & Azlan The Typewriter), medley Indah Di Hari Raya / Hari Mulia (Shyla Amzah), medley Srikandi Cintaku / Mentera Semerah Padi/ Lagu Jiwa Lagu Cinta (Datuk M. Nasir & Black), medley Ada Jiwa / Kelibat Si Penyair (Azlan The Typewriter), Ku Gembira Di Samping Mu (Datuk Khadijah Ibrahim), Leia (Black) dan medley lagu raya Lebaran / Aidilfitri oleh semua artis.

MUZIKAL: 3 Gegaran – Raya Keenam, 4 September, 5.00petang
Menampilkan tiga kumpulan rock lagenda seperti May, Lefthanded dan XPDC dalam sebuah konsert yang akan membawa para penonton mengimbau kembali zaman kegemilangan rock kapak dengan lagu-lagu hits, klip dan footage yang penuh nostalgia ! Antara lagu-lagu yang dibawakan oleh Mus (May), Nash (Lefthanded) dan Mael (XPDC) selaku vokalis ialah “Selandang Merdeka’, ‘Debunga Wangi’, ‘Hakikat Perjuangan’, medley “Dari Kacamata” / “Pelayaran”, “Cintamu Mekar Di Hati”, “Sinar”, medley “Ku Di Halaman Rindu”, “Tiada Lagi Kidungmu”, medley “Semangat Yang Hilang”, “Apa Nak Dikata” dan “Talam Dua Muka” dan “Hidup Bersama”.

MAJALAH: Istimewa Majalah Tiga ‘Banzai Raya’ – 27 Ogos, 9.00malam
Menyingkap kembali kenangan generasi lama tentang suasana Tanah Melayu menyambut Hari Raya semasa zaman penjajahan Jepun. Bagaimanakah cara pengisytiharan Hari Raya pada ketika itu apabila hanya radio yang menjadi medium komunikasi utama pada zaman tersebut? Saksikan episod khas sempena Hari Merdeka dan Hari Raya Aidilfitri di Majalah 3.

MAJALAH: Istimewa Jejak Rasul – Menjelang Raya, 29 Ogos, 11.00pagi
Episod khas selama 60minit ini memaparkan persiapan masyarakat Muslim di Moscow dan Crimea dalam menyambut Hari Raya. Berlatarbelakangkan lanskap dan seni bina di bandar Moscow dan Crimea, Jejak Rasul episod khas merungkai budaya, sejarah dan adat resam masyarakat Muslim dan menghayati keindahan sinar bulan Syawal di bumi bekas jajahan komunis.

MAJALAH: Istimewa Malaysia Hari Ini – Raya Pertama & Kedua, 30 & 31 Ogos, 6.30pagi
Ayuh, ikuti edisi istimewa Malaysia Hari Ini Raya bersama pengacara Ally Iskandar, Abby Fana dan Mohd Zuklifli (MZul) sambil bermesra dengan artis-artis jemputan ternama tanahair. Kemeriahan Aidilfitri diraikan bersama penonton melalui segmen ‘Sembang Pagi Raya’, ‘Lelong Malam Raya’, ‘Bertugas Di Hari Raya’ dan ‘Salam Perantauan’. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan duit raya dengan menyertai kuiz filem dan drama raya di TV3.

MAJALAH: Inilah Rayaku – Raya Pertama, 30 Ogos, 1.00tengahari
Bagaimanakah keadaan apabila si kecil yang menentukan baju dan kasut baru, perhiasan rumah dan kuih raya ketika membeli belah untuk persiapan Hari Raya? Apabila kanak-kanak diberikan peluang untuk berimaginasi sambutan hari raya yang diinginkan tanpa sebarang pengaruh ibu bapa, apakah yang akan mereka berbelanja berdasarkan peruntukan wang yang diberikan. Ayuh! Mari saksikan kesungguhan mereka untuk merealisasikan impian Hari Raya menerusi program ini.

MAJALAH: Takbir Kembali – Raya Ketiga, 1 September, 1.00tengahari
Program 30 minit mengenai kehidupan bekas penagih dadah tegar lebih 20 tahun yang kini telah bebas dari dadah. Selama 20 tahun, individu tersebut tidak berpeluang menghayati Hari Raya dan Takbir Raya tidak membawa sebarang erti kepadanya. Teguran bekas guru sekolah telah menyedarkannya dan dia telah berubah pada usia 45 tahun. Kini, beliau menjadi seorang yang dihormati kerana menjaga anak-anak pelacur dan penagih dadah di Chow Kit dan menolong mereka yang memerlukan panduan untuk kembali ke pangkal jalan.

MAJALAH: Raya Bapa Merdeka – Raya Kedua, 31 Ogos, 1.00tengahari.
Mengimbas kembali detik bersejarah dalam perjalanan hidup Bapa Kemerdekaan, Perdana Menteri Pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman bermula 1 April 1957 iaitu permulaan puasa sehingga tarikh kemerdekaan 31 Ogos 1957. Bagaimana sambutan dan persiapan beliau di Hari Raya ketika negara bersiap sedia untuk merdeka pada 31 Ogos 1957? Rakaman dijalankan di sekitar Rumah Merdeka, Makam Diraja Langgar Kedah Darul Aman, Masjid Jamek Alam Shah, Memorial Tunku Abdul Rahman dan Arkib Negara Malaysia.

MAJALAH: Di Bawah Rimbunan Madrasah – Raya Keempat, 2 September, 1.00tengahari
Mengikuti kisah hidup dan perjuangan seorang mualaf solehah, Hajah Aesya Scott Abdullah yang berasal dari England. Beliau telah memeluk Islam pada usia 13 tahun dan suka menghafal hadith sejak kecil. Bersama suaminya Hajah Aesya telah membina sebuah madrasah di Kuala Kubu Bahru yang pernah dikunjungi oleh ulama, sasterawan dari luar negara seperti Mufti Myanmar, Penulis Iran dan Penyair Indonesia.

MAJALAH: Al Hidayah Raya – Raya Keempat, 2 September, 1.30tengahari
Menampilkan cara hidup masyarakat Islam khususnya wanita sebagai ‘role model’ kepada masyarakat lain. Al Hidayah Aidilfitri menampilkan kehidupan seorang wanita yang berasal dari Abu Dhabi, Marwa Libya di mana keutamaan mereka menjalankan tuntutan ibadah di samping menjalani kehidupan moden dengan cara hidup Islam sejati.

MAJALAH: Al Kuliyyah Aidilfitri – Raya Keempat, 2 September, 5.00petang
Bersama dua panelis, YBhg. Ustaz Haji Mohd Shukri Haji Ali, Pegawai Agama Istana Terengganu dan Ybhg Ustaz Kamaruddin Omar, Pegawai Agama Pejabat Menteri Besar Terengganu untuk membincangkan topik ‘Remeh Temeh Aidilfitri’ mengenai perkara remeh yang berlaku dalam sambutan Aidilfitri seperti pulang kampung dengan tergesa-gesa, melupakan ibadah kerana terlalu gembira menyambut Syawal dan lain-lain.

MAJALAH: Nona Raya – Raya Keenam, 4 September, 2.00petang
Edisi istimewa sempena sambutan Syawal, saksikan gandingan bekas perantara Nona, Datin Seri Normala Samsudin bersama Vanidah Imran meraikan sambutan Aidilfitri di kediaman ibu Normala Samsudin yang terletak di Segamat. Antara tetamu istimewa yang diraikan dalam Nona Raya ialah primadona filem Melayu Datuk Maria Menado, Datin Rosnani Jamil, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan bersama kelahiran keluarga baru iaitu cucu sulungnya, keluarga besar Sofea Ibrahim dan Datuk Khadijah Ibrahim. Paling istimewa, Nona turut berpeluang menyelami luahan rasa Normala Samsudin yang tersentuh jiwa apabila mengimbau kenangan menjelang Aidilfitri.

DRAMEDY: Dari Kedah Ke KL – Raya Pertama, 30 Ogos 2011, 10.00pagi
4 hari sebelum Hari Raya, Zamri mengikuti bosnya untuk bermesyuarat di Kedah. Malangnya, Zamri terpaksa berikhtiar untuk pulang ke Kuala Lumpur kerana tiket bas telah habis dijual dan tiada teksi yang mahu mengambilnya. Zamri telah berkenalan dengan Khai yang telah membantunya mendapatkan balik dompet yang diseluk. Zamri mempelawa Khai untuk pulang ke Kuala Lumpur bersama-sama. Sejak itu, ada sahaja masalah yang timbul atas keputusan yang diambil oleh Khai seperti teksi rosak dan dimasukkan lokap kerana tersewa kereta curi. Zamri mempersalahkan Khai dan mula menganggapnya sebagai beban kerana dia semakin terdesak untuk pulang ke Kuala Lumpur supaya dapat beraya bersama keluarganya. Tanpa pengetahuan Zamri, sebenarnya Khai ialah seorang pesakit skizofrenia (schizophrenic) yang hidup sebatang kara di dunia ini.
Pelakon: Jep Sepah, Achong, Tiz Zaqyah, Kazar, adik Mia Sara Nasuha.

DRAMEDY: Senario Raya Hero Cilik – Raya Keempat, 2 September, 11.00malam
Haikal ialah seorang budak lelaki berusia 8 tahun yang banyak bercakap dan nakal. Oleh itu, ibu bapanya menghantar Haikal pulang ke kampung bersama datuknya apabila tibu cuti sekolah menjelang raya. Haikal sengaja menimbulkan pelbagai masalah dengan harapan akan dihantar pulang ke Kuala Lumpur. Namun datuknya ialah orang yang sangat penyabar. Tiada siapa yang sudi berkawan dengan Haikal kecuali Ujang yang sebaya dengannya. Orang kampung tidak sedar yang Karim dan Karam ialah pencuri yang sering mencuri harta benda orang-orang kampung kerana mereka pandai menyembunyikan kejahatan dengan berpura-pura baik. Apabila Pak Jamil yang kaya dan kedekut memberitahu Karim dan Karam bahawa dia akan ke rumah saudaranya, mereka berdua telah mulakan rancangan jahat. Secara kebetulan, perbualan mereka didengari oleh Haikal dan Ujang. Bermulalah misi Haikal dan Ujang untuk menyelamatkan rumah Pak Jamil daripada rompakan Karim dan Karam. Berjayakah dua cilik itu melaksanakan misi mereka?
Pelakon: adik Izuan Fitri, Azlee Jaafar, Mazlan Pet Pet, Wahid, Sharifah Shahira, Ijoy.

DRAMEDY: Kopi Susu Kopi O – Raya Kelima, 3 September, 11.00malam
Mengisahkan tentang 2 pemilik restoran, Janda dan Duda yang sering bersaing untuk mendapatkan pelanggan. Restoran Janda sering dikunjungi oleh ramai pelanggan lelaki manakala restoran Duda pula ramai pelanggan wanita. Mereka gemar mengemas kini status akaun “Twitter” pada masa lapang. Janda tidak sedar bahawa salah seorang kenalan di Twitter yang disukainya ialah anak kepada Duda. Suatu hari, restoran Janda disabotaj dan Duda dipersalahkan. Duda berazam membantu Janda untuk mencari siapakah dalang di sebalik sabotaj tersebut untuk membersihkan namanya. Akhirnya, Janda menyedari cinta daripada Duda dan mereka telah berbaik-baik sejak hari itu. Maka, lahirlah Café Jandud atas cinta mereka.
Pelakon: Ebby Yus, Ziela Bakarin, Misha Omar, Azad Jasmin, Zed Zaidi, Sobri Anuar & Irma Hasmie.

SKRIN RAYA: Duyung – Minggu Raya Pertama, 2.00petang
Duyung merupakan filem komedi fantasi romantik menceritakan tentang Jimmy yang merupakan pencinta alam sekitar. Dia tinggal di perkampungan nelayan menghabiskan masa seharian mengutip sampah untuk memelihara kebersihan perkampungan tersebut. Dia percaya kisah lagenda dahulu kala yang diceritakan oleh ibunya, bahawa jika persekitaran bersih, duyung akan muncul. Adakah kepercayaan tersebut benar? Dapatkah dia bertemu dengan duyung seperti yang diimpikannya itu?
Pelakon: Maya Karin, Saiful Apek, Yasmin Hani, Awie, Yassin Yahya.

SKRIN RAYA:Jin Notti – Minggu Raya Pertama, 3.00petang
Notti merupakan seorang gadis jin berusia 17 tahun yang sangat baik, lembut dan jujur. Dikenakan hukuman yang sangat berat dan dikurung dalam penjara selama beratus tahun, Notti kemudiannya dihantar turun ke dunia oleh Majlis Penghakiman Jin. Di dunia, Notti dikehendaki melakukan kejahatan dan harus melepasi skala kejahatan bagi membolehkannya bebas daripada hukuman. Sepanjang berada di dunia, Notti telah memasuki tiga tubuh manusia iaitu Ruby (gadis punk), Y’vonne (Perempuan berbangsa Cina) dan Sharifah (peguam). Bagaimana pun, ketika menjalani hukuman, Notti mula jatuh cinta pada seorang lelaki bernama Aziz.
Pelakon: Mawi, Fara Fauzana, Cat Farish, Corie, Bob Lokman, Adibah Noor, Acappan, Hafidzuddin Fazli, Sazzy Falak, Sheila Mambo, Betty Banafe

SKRIN RAYA:Senario Ep 1 – Minggu Raya Pertama, 2.00petang
Filem ini mengisahkan pengembaraan 3 sahabat untuk mencapai cita-cita menjadi bintang. Mazlan, Azlee dan Wahid datang dari kampung dan negeri yang berbeza. Tujuan mereka hanya satu iaitu menghadiri uji bakat di Kuala Lumpur dan menjadi pelawak terkenal tanah air. Malangnya, pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa mereka hadapi untuk mencapai impian tersebut. Paling mengharukan apabila tibanya mereka di Kuala Lumpur, mereka telah ditangkap pihak polis kerana wajah mereka saling tak tumpah dengan wajah kumpulan perompak bersiri yang menjadi buruan pihak polis. Mereka amat bimbang kerana uji bakat semakin hampir sedangkan mereka masih lagi di lokap. Persiapan persembahan masih lagi belum dilakukan. Apabila mereka dibebaskan, bermacam-macam lagi halangan menanti seperti tidak membenarkan mereka menghadiri uji bakat tersebut. Namun berkat kesabaran dan ketabahan mereka mengejar cita-cita, mereka berjaya sampai ke tempat uji bakat.
Pelakon: Azlee Jaafar, Mazlan Pet Pet, Wahid, Fauziah Nawi, Piee, Zaibo, Osman Kering, Zul Huzaimi, Julia Hana, Zaidi Omar, Ropi Cecupak, Shamsul Ghau Ghau.

SKRIN RAYA: Syurga Cinta – Minggu Raya Pertama, 2.00petang
Irham, berusia lewat 20-an anak kepada Tan Sri Zakaria dan Pn. Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Disebabkan terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut ialah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang Muslimah sejati. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal. Berjayakah Irham mencuri hati Syuhadah dan menangani perasaan kasih yang sudah mula timbul? Apa pula reaksi Syuhadah setelah mengetahui yang Irham hanya berpura-pura mencintainya?
Pelakon: Awal Ashaari, Heliza Helmi, Adik Hadziq, Vincent Kok, Razif Zin.

SKRIN RAYA: Kecoh Betul – Minggu Raya Pertama, 2.00petang
Sebuah kisah kehidupan anak-anak muda hari ini. Mengisahkan tiga orang pemuda yang berkawan baik. Aiman, Belon dan Joe bekerja sebagai dispatch delivery order di sebuah restoran makanan segera di ibu kota. Mereka berdepan dengan cabaran hidup di kotaraya. Kehidupan mereka dikelilingi dengan keseronokan. Cabaran hidup mereka apabila keseronokan tidak dapat dinikmati kerana kekangan kewangan. Semuanya kerana wang. Mereka sanggup melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang kerana wang. Tiga sahabat ini obses dengan motor. Kehidupan mereka juga tidak lari dari motor. Ketiga-tiga mereka terlibat dengan aktiviti-aktiviti sosial seperti merempit dan bersukaria. Sehinggalah pada suatu hari mereka tidak dapat memenuhi tuntutan sosial mereka kerana masalah kewangan. Mereka terjebak dalam kancah Ah Long apabila mereka meminjam duit dari mereka. Mereka terpedaya dengan iklan mendapat duit dengan cepat telah terperangkap dalam perangkap Ah Long.
Pelakon: Saiful Apek, Nabil, Diana Danielle, Yatt, Datuk Aziz Sattar, Nasrizal Ngasri, Fauziah Nawi.

FILEM RAYA: Susuk – Minggu Raya Pertama, 5.00petang
Soraya ialah seorang pelatih jururawat yang mula resah dengan kehidupannya yang rutin. Dia ingin mengejar cita-citanya untuk menjadi bintang. Usahanya menghadapi jalan buntu, hingga dia diperkenalkan kepada amalan susuk yang mungkin dapat meningkatkan serinya. Dia harus membuat keputusan samada terus begini atau melintasi garisan ke alam lain… Sementara itu Suzana ialah seorang diva yang penuh misteri. Dia telah lama mengamalkan ilmu hitam akibat penggunaan susuk keramat yang amat merbahaya. Setiap kali Suzana melanggar pantang, korban manusia diperlukan. Kita ikuti hidup cemas kedua-dua wanita ini hingga tersingkap rahsia sebenar amalan terlarang itu.
Pelakon: Ida Nerina, Diana Rafar, Noorkhiriah, Tengku Marina Tengku Ariffin, Adlin Aman Ramlie, Aleeza Kassim, Hairie Othman, Sofia Jane, Liza Othman.

FILEM RAYA: Jangan Pandang Belakang Congkak – Minggu Raya Pertama, 5.00petang
Di sebuah kampung tinggal seorang tua bernama Pak Sudir, seorang yang sangat kaya dan dikatakan memelihara saka. Melihat pada raut wajahnya, tiada siapa menyangka usianya telah mencecah hampir 125 tahun. Pak Sudir tinggal dengan seorang pembantu iaitu Mustika. Di saat kematian Pak Sudir, pelbagai kejadian aneh telah berlaku menggemparkan penduduk kampung. Dikatakan Pak Sudir telah lama meninggal dan yang terlantar sakit itu ialah sakanya.
Pelakon: Sam Shaheizy, Cat Farish, Mazlan Pet Pet, Lisa Surihani, Azlee Jaafar, Piee, Den Wahab, Belalang, Dina, Zarina, Mas Muharni.

FILEM RAYA: Momok The Movie – Minggu Raya Pertama, 5.00petang
Adlin yang bekerja di Kuala Terengganu, pulang ke kampungnya untuk bercuti. Seperti biasa, setiap kali pulang ke kampung, Adlin akan bertandang ke Warung Pak Ajis untuk menikmati Mee Calong dan bersembang kosong. Kepulangannya kali ini untuk bertemu ibunya Mak Ton, adiknya Isham dan Esah setelah berada enam bulan di Kuala Terengganu telah membawa satu pengalaman yang tidak akan dilupakan sepanjang hayatnya. Selesai solat berjemaah di surau, Adlin dan Kadir ke warung Pak Ajis. Pelbagai insiden dan petanda yang seolah-olah menunjukkan sesuatu yang tidak baik akan berlaku!
Pelakon: Abon, Aziz Satar, Faizal Ramli, Nabil.

FILEM RAYA: Brainscan 21 – Minggu Raya Pertama, 6.00petang
Kisah bermula apabila Dr.Suzana di bawah seliaan Prof. Dr. Taib Siron berjaya mencipta sebuah mesin BS21 yang boleh membaca fikiran manusia. Walaupun BS21 amat penting dalam bidang perisikian ketenteraan namun, ia amat berbahaya jika terjatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab. Hal itu benar-benar terjadi apabila Cat dan orang kanannya Kupan telah mencuri BS21 dari makmal Dr. Suzana. Satu-satunya saksi yang melihat kejadian tersebut adalah Hashim, pengawal keselamatan makmal tersebut. Bermulalah pelbagai aksi dan perkara melucukan kerana BS21 sebenarnya boleh merealisasikan apa yang dihajati oleh pemakainya.
Pelakon: Nik Adruce, Erin Malek, Eric Fuzi, Faten, Sharifah Shahirah, Cat Farish, Bob (KU2) @ Kuman, M. Rajoli, Zul Yahya.

FILEM RAYA:Ladyboss – Minggu Raya Pertama, 6.00petang
Sheila, anak kepada seorang usahawan terkenal Datuk Yusry merupakan seorang yang bersikap ego tanpa mengira masa dan tempat. Sheila menguruskan perniagaan bapanya dengan cekap tetapi sering membelakangkan nilai kemanusiaan dan terlalu tegas dalam menjalankan kerjanya. Kewibawaannya tercabar dengan kehadiran seorang pemuda bernama Saiful kerana lelaki itu peramah, kelakar, jujur serta bersikap sederhana. Sepanjang bekerja di syarikat itu, Saiful sering menimbulkan kemarahan Sheila. Saiful terpikat pada gadis bernama Salmi. Datuk Yusry yang cukup menyayangi Sheila bagaimana pun tidak dapat menahan sabarnya apabila melihat anak gadisnya itu bersikap biadap terhadap seorang pengawal keselamatan.
Pelakon: Ning Baizura, Saiful Apek, Erra Fazira, Yusry Abd Halim.

FILEM RAYA: Congkak – Minggu Raya Pertama, 6.00petang
Kisahnya bermula apabila Kazman serta isterinya Sufiah mengambil keputusan bercuti bersama dua anaknya, Lisa dan Ely di sebuah banglo di tepi tasik. Kazman sudah berjanji dengan seorang kawannya untuk membeli banglo tersebut sebagai persinggahan semasa bercuti. Pelbagai peristiwa pelik berlaku sepanjang perjalan mereka termasuk kehilangan telefon bimbitnya. Setibanya mereka di banglo tersebut, peristiwa yang semakin pelik turut terjadi. Sufiah cuba meyakinkan Kazman untuk keluar dari rumah tersebut tetapi tidak diendahkan. Kazman tetap berkeras untuk membeli rumah tersebut kerana sudah berjanji dengan kawannya.
Pelakon: Nanu, Riezman Khuzaimi, M.Rajoli, Erin Malek, Erynne Erynna, Ruminah Sidek.

FILEM RAYA: Adnan Sempit – Minggu Raya Pertama, 9.00malam
Mengisahkan Adnan, seorang mat rempit yang berusia lingkungan 27 tahun. Adnan atau lebih dikenali sebagai Nan Sempit di kalangan rakan-rakannya adalah seorang anak yatim piatu yang dibela serta dijaga oleh makciknya sejak kecil selepas kematian ayahnya. Namun dia berhijrah ke Kuala Lumpur kerana tidak mendapat kasih sayang dan layanan yang baik dari keluarga makciknya. Di ibu kota, Adnan tinggal bersama Macha, abang saudaranya dan menjadi tempat dia meluahkan rasa hati. Dia mula hidup di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai mat despacth di sebuah syarikat swasta dan menyimpan perasaan pada bosnya,Nadia.
Pelakon: Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin, Cat Farish, Julia Hana, Angah, Along Cham.

FILEM RAYA: Zoo – Minggu Raya Pertama, 9.00malam
ZOO merupakan sebuah filem komedi fantasi yang mengisahkan seorang jejaka bernama Lan yang mempunyai minat mendalam terhadap haiwan. Sikapnya yang ‘gila-gila’ membawa padah kepada dirinya apabila sering diberhentikan kerja. Akhirnya, Lan berjaya mendapat pekerjaan sebagai pengawal keselamatan di Zoo. Lan diperkenalkan kepada Shila. Menurut Shila ramai pengawal telah lari selepas semalaman bekerja kerana mendakwa haiwan-haiwan tersebut boleh bercakap tetapi Shila juga tidak mempercayainya. Lan tidak mempercayai cerita Shila tersebut telah melihat haiwan-haiwan bercakap pada hari pertama rondaannya. Suatu hari, zoo tersebut kecoh dengan kes kehilangan haiwan-haiwan eksotik. Lan telah dituduh dan diberikan surat amaran oleh En Din yang termakan hasuran Osman yang tidak menyenangi Lan. Daripada bantuan haiwan-haiwannya, Lan berusaha membuktikan dirinya tidak bersalah.
Bagaimanakah haiwan-haiwan itu dan Lan sendiri dapat membantu antara satu sama lain? Saksikan ZOO untuk mengetahui kesudahannya.
Pelakon: Mazlan Pet Pet, Lisa Surihani, Bob Lokman, Azlee Jaafar.

FILEM: 4 Madu – Minggu Raya Pertama, 9.00malam
Kisah bermula apabila Azlan, Seorang pekerja biasa di sebuah chalet, menerima sepucuk surat memintanya untuk hadir ke pejabat guaman di Kuala Lumpur. Walau pun musykil, Azlan nekad pergi ke pejabat guaman itu bersama temanya, Firdaus. Setibanya disana, Azlan diperkenalkan dengan adik tirinya, Azrul, buat pertama kalinya. Mereka berdua memang terlalu berbeza kerana Azrul seorang ahli perniagaan yang berjaya. Di pejabat guaman tersebut, En. Zahrin Ishak, membacakan wasiat yang telah ditinggalkan oleh arwah ayah mereka. Harta-harta wasiat tersebut yang bernilai RM 50 Juta itu akan menjadi hak milik mereka sekiranya mereka dapat memenuhi syarat-syarat wasiat tersebut.
Pelakon: Saiful Apek, Rozita Che Wan, Fasha Sandha, Rosnah Mat Aris, Allana Amir, Marsha Londoh, Datuk Rahim Razali, Tengku Iedildzuuhrie.

FILEM RAYA: Nur Kasih The Movie – Minggu Raya Pertama, 9.00malam
Aidil yang sememangnya seorang lelaki yang tabah kini meneruskan hidupnya bersama dua anak kecilnya tanpa isteri tercinta disisi. Adam yang mula menjumpai jalan lurusnya, berusaha untuk mengekalkan laluannya tanpa menyimpang lagi dan Nur Amina, seorang gadis suci ini semakin kental melalui cabaran hidup sebagai seorang isteri. Ketiga-tiga jiwa ini masih memerlukan antara satu sama lain. Di saat getir seakan mahu memisahkan Adam dan Nur, Aidil setia di antara kedua-duanya walaupun dirinya juga dihimpit kerinduan teramat. Masih adakah sinar bahagia untuk mereka bertiga akhirnya? Inilah perjalanan hidup mereka dalam usaha mereka mendapatkan pencarian sebenar erti kehidupan. Abadi selamanya.
Pelakon: Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz, Muniff Isa, Sara Ali, Shafie Naswip, adik Mia Sara.

FILEM RAYA: Senario Beach Boys – Minggu Raya Pertama, 9.00malam
Kisah bermula apabila Azli, Wahid, dan Mazlan sampai di jeti dan ketika menaiki feri, dompet mereka telah dicuri. Mereka juga terlanggar tiga orang gadis iaitu, Qasidah, Hamidah dan Zuraidah yang juga ingin menaiki feri yang sama dan terjadilah perbalahan kecil antara mereka. Setelah sampai di Ariba Ariba Resort alangkah terperanjatnya mereka apabila Ariba Ariba Resort tidak seindah seperti yang disangka. En Mansor, pemilik resort tersebut memberitahu mereka bahawa dulu resortnya cantik, tapi lama kelamaan resortnya tidak lagi dapat menarik perhatian pengunjung. Lalu tiga sekawan ini pun berhasrat untuk meninggalkan Ariba Ariba Resort lalu datang anak-anak perempuan En Mansor iaitu tiga gadis yang mereka terlanggar di feri tadi. Pada masa yang sama, Azli mendapati Qasidah adalah bekas kekasihnya suatu ketika dahulu dan terpisah akibat tentangan dari ayah Qasidah iaitu En Mansor sendiri.
Pelakon: Azlee Senario, Mazlan Pet Pet, Wahid Senario, Maria Farida, Mek Siti, Marsha Milan Londoh, Dato’ Jamali Shadat, Riezman Khuzaimi.

TELEMOVIE RAYA: Pusing Beraya, 27 Ogos 2011, 10.00malam
Mengisahkan gelagat dua buah keluarga yang mahu menyambut hari raya. Pak Kassim dan Pak Ateh tebal dengan jiwa kekampungan dan sangat sentimental. Kedua-duanya aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan turut memegang jawatan di kampung. Anak kesayangan Pak Kassim, Mariana baru sahaja mula bekerja dan bakal menerima bonus lumayan pada tahun pertama. Pak Ateh tidak puas hati dengan pencapaian anaknya, Fendi yang hanya bekerja di jabatan kerajaan. Apabila Fendi dan Mariana telah berjanji membawa pulang kereta baru untuk menyambut hari raya, Pak Kassim dan Pak Ateh sibuk menceritakan kejayaan anak masing-masing kepada orang kampung. Sayangnya, Mariana dan Fendi tidak sempat menerima kereta baru dan ini amat mengecawakan Pak Kassim dan Pak Ateh. Akhirnya, mereka menerima nasihat daripada isteri masing-masing untuk menyambut Hari Raya bersama anak di Kuala Lumpur. Mariana dan Fendi yang sudah menyewa kereta terpaksa berpatah balik apabila mengetahui ibu bapa mereka sedang menuju ke Kuala Lumpur? Dalam keadaan huru- hara dan kesuntukan masa, dapatkah Pak Kassim dan Pak Ateh beraya dengan anak-anak mereka?

Pelakon: Dato’ Jalaluddin Hassan, Rahim Razali, Neelofa, Azlee Hairi, Aida Khaleeda, Lydiawati.

TELEMOVIE RAYA: Cintaku 120KM/J, Menjelang Raya, 29 Ogos 2011, 9.00malam
Rahmat ialah seorang mekanik kereta yang menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Automasi. Kawannya, Aril yang mahu menjadi seorang artis telah berhijrah ke Kuala Lumpur dan menetap bersama Rahmat. Aril memujuk Rahmat untuk berkongsi perniagaan menjual barang secara car boot sales. Mereka selalu berlumba dengan Zizie, musuh utama perniagaan mereka untuk mendapatkan tapak niaga yang strategik. Zizie telah mendapatkan bantuan kawan baiknya, Sheila seorang drifter untuk berlumba dengan Rahmat. Rahmat dan Sheila bagaikan buku bertemu ruas tetapi mereka memendam perasaan kerana permusuhan perniagaan. Selepas mengetahui Sheila terlibat dalam bidang hiburan, Aril cuba berbaik dengan Sheila sehingga mereka menjadi pasangan kekasih. Rahmat cuba membalas cinta Asmina namun perasaannya tidak dapat dibendung lagi apabila Sheila mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dengan melanjutkan pelajaran di luar negara. Akhirnya, Rahmat nekad membuktikan cintanya selaju 120km/j bagi mengejar cintanya agar tidak lari dari dakapannya.
Pelakon: Zizan Razak, Siti Saleha, Wawa Zainal, Izzue Islam, Ika Nabila, Cat Farish

TELEMOVIE RAYA: Pusara Di Lebuh Raya, Raya Pertama, 30 Ogos 2011, 11.00pagi
Hakimi merupakan pemandu bas ekspres telah bernazar ingin membawa ibu bapanya mengerjakan umrah jika mendapat anak setelah 5 tahun menanti. Niatnya sering tertangguh malah ada sahaja masalah kewangan yang dihadapi sehingga anaknya sudah pun menjangkau usia 4 tahun. Kini isterinya, Zuraidah mengandungkan anaknya yang kedua. Hakimi nekad ingin membayar nazarnya dan dalam masa yang sama dia ingin melihat isterinya melahirkan anak dengan keadaan yang sempurna. Hakimi sangat terdesak dan sanggup mengambil kerja separuh masa dan menerima tawaran daripada syarikat bas yang belum mempunyai permit bas yang sah. Atas kelesuan badan, bas yang dipandu oleh Hakimi terlibat dalam kemalangan dan mengakibatkan ramai orang yang terkorban. Apakah yang akan berlaku seterusnya?
Pelakon: Fauzi Nawawi, Lisdawati, Fadilah Mansor, Fazli Daniel, Idris Md Diah, Mak Engku

TELEMOVIE RAYA: Sakura, Raya Kedua, 31 Ogos 2011, 11.00pagi
Mengisahkan tentang Sakura, seorang gadis Jepun berumur 23 tahun yang merupakan cucu Yamada, bekas tentera Jepun yang pernah bertugas di Malaya ketika Perang Dunia Kedua. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Yamada berpesan kepada Sakura agar mencari satu keluarga di Malaya untuk memohon maaf di atas perlakuan tenteranya di mana mereka telah membunuh satu keluarga tanpa dirancang di sebuah kampung yang hanya dikenali sebagai Gajah. Di Malaysia, Sakura dibantu oleh sebuah agensi pelancongan kepunyaan Aliff. Usaha pencarian mereka di Batu Gajah Perak menemui jalan buntu dan diteruskan di Alor Gajah Melaka pula. Pendedahan oleh D. Rahim, datuk Aliff bahawa keluarga mereka yang menjadi mangsa kekejaman tentera Jepun menyebabkan Aliff rasa serba salah untuk memberitahu hal yang sebenar kepada Sakura. Adakah datuknya akan membuka hati untuk memberi kemaafaan kepada Sakura?
Pelakon: Datuk Ahmad Tarmimi, Shahz Jaszle, Megan Tan, Raja Noorbaizura, Diandra Junaidi, Raf Yaakob, Mak Nani

TELEMOVIE RAYA: Janjiku Pada Al Walid, Raya Ketiga, 1 September 2011, 11.00pagi
Khalid yang telah kematian isteri kini menghidap sakit tua dan hidup bersendirian. Anak lelakinya, Khalifa sudah berkeluarga dan mempunyai seorang anak lelaki, Afiq. Afiq sudah selesa dengan kehidupan modennya sering terlupa akan asal usul dan ajaran Islam. Khalifa yang gagal membimbingnya telah menghantar Afiq ke rumah Khalid. Afiq langsung tidak menghormati datuknya dan melakukan sesuka hati di rumah Khalid. Khalid begitu sedih kerana ketika belajar dia pernah berjanji di malam Khalid Al-Walid untuk berbakti dan mempertahankan kebesaran islam tetapi dia lupa pada janjinya. Oleh itu, sebagai mengotakan janjinya dia mahu memulakannya dengan mengubah cucunya, Afiq.
Pelakon: Eman Manan, Johan As’ari, Rebecca Nur Al-Islam, Eizlan Yusof, Roslan Salleh, Normah Damanhuri

TELEMOVIE RAYA: Ku Petik Dosa, Raya Keempat, 2 September 2011, 11.00pagi
Aina dan Haris berkahwin pada usia yang muda dan dikurniakan anak perempuan, Nia Qaseh. Aina mengambil keputusan untuk kembali bekerja apabila mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membelikan pakaian yang berjenama dan menghantar Qaseh ke sekolah tadika swasta. Qaseh telah dihantar ke rumah jirannya, Kak Sal. Bermulalah kehidupan Aina dan Haris yang sibuk bekerja siang dan malam. Suami Kak Sal, Khalid yang terlalu mengikut nafsunya telah menodai kanak-kanak yang masih kecil itu. Kak Sal menjadikan Qaseh sebagai mangsa kemarahannya terhadap Khalid dan merahsiakan hal tersebut daripada Aina dan Haris. Perwatakan Qaseh mula berubah menjadi penyedih dan pendiam. Kebetulan Aina sedang mengandung anak kedua maka perubahan Qaseh dianggap merajuk dan merasakan dirinya tidak disayangi. Keadaan Qaseh semakin teruk sehingga dia selalu demam dan akhirnya muntah darah dan pengsan. Aina mengejarkannya ke hospital dan terkejut apabila pihak hospital mengesahkan Qaseh didera dan dirogol.
Pelakon: Fasha Sanda, Fadilah Mansor, Zaidi Omar, Farah Nadia, Fikree Bakar

TELEMOVIE RAYA: Cerekarama: Di Telapak Kaki Bonda, Raya Kelima, 3 September 2011, 10.00malam
Faizura, seorang pembuat sepatu manik berkelulusan doktor mewarisi kemahiran kaum Peranakan yang unik tersebut daripada ibu teman lelakinya yang merupakan seorang Nyonya, Bibik Lim. Bibik Lim menyayangi Faizura sebagai anak kandung dan telah menurunkan ilmunya tentang cara menyulam manik atas sepatu nyonya kepadanya. Namun, Faizura tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ibunya sejak meninggalkan kampung untuk menyambung pelajaran di bandar kerana tidak direstui oleh ibunya, Umi Kalsom. Faizura pada zaman mudanya seorang gadis yang keras kepala dan sangat memberontak. Kini, Faizura telah berubah menjadi seorang wanita yang berpegang teguh kepada agama dan nilai-nilai murni. Harapan Faizura untuk memperbaiki hubungannya dengan Umi Kalsom tersimpan dalam sebelah sepatu manik yang disulam ‘Umi’. Apakah doanya akan dimakbulkan?
Pelakon: Diana Daniel, Hansen Lee, Hairie Othman, Sherry Merlis, Nelly, Angelina Tan, Adam Shah, Munif Isa, Izreen Azminda, Shukri Yahya

TELEMOVIE RAYA: Bara Cinta Ramadan, 17 September, 10.00malam
Malik ialah seorang pemandu lori sudah berkahwin dengan Rozita selama 13 tahun dan dikurniakan 3 orang anak, Amran (12 tahun), Roslina (9 tahun) dan Shafik (8 tahun). Sejak berkahwin, Malik tinggal bersama mertuanya, Arpah di kampung. Arpah tidak sukakan Malik menetap di rumahnya tetapi terpaksa akur dengan keadaan demi cucu-cucunya. Seperti tahun-tahun lepas, apabila Ramadan menjelang, Malik menolak untuk bekerja lebih masa supaya dapat berbuka puasa bersama anak-anak dan membawa keluarga berterawih di masjid. Namun, tindakan Malik tidak disenangi oleh Arpah kerana sudah dua tahun Malik mengambil keputusan seperti itu. Arpah malu kerana sebahagian dari makan minum dia dan Malik sekeluarga ditanggung oleh Shamsuddin, suami kepada adik Rozita. Arpah mula berulang kali menghasut Rozita supaya memaksa Malik mencari duit sebanyak mungkin untuk persediaan 1 Syawal. Justeru itu, Rozita yang sebelum ini terkenal dengan isteri yang amat memahami, mula mendesak Malik.
Pelakon: Zamarul Hisyam, Jasmin Hamid, Fauziah Nawi, Ako Mustapha, Zarina Zanordin

DI HATIKU ADA RAYA TV9
TELE-FILEM
SYURGA BAGIKU – 30 Ogos , 6.30 ptg
Razak dituduh memiliki dadah jenis heroindan akan dikenakan hukuman gantung sampai mati. Mengimbas kembali kehidupan Razak, kehidupannya bertambah bahagia dengan kehadiran Azizah yang baru dilahirkan. Namun seminggu selepas melahirkan Azizah, isterinya Aminah telah meninggal dunia. Semenjak isterinya meninggal, Razak menjaga dan mengasuh anak kesayangannya Azizah bagai “menatang minyak yang penuh”. Walaupun hanya seorang penoreh getah, Razak berusaha membahagiakan anaknya dan memastikan segala keperluan anaknya mencukupi. Pertemuan Azizah dengan Budin dan Lisa telah merubah kehidupannya. Azizah terpengaruh dengan ajakan mereka untuk menjual dadah dan kini Azizah hidup mewah. Tidak terlintas langsung di hati Razak yang anaknya terlibat dengan dadah. Tanpa disangka polis datang menyerbu rumah Azizah semasa ketiadaannya dan menangkap Razak setelah dia mengaku dadah itu miliknya. Apabila sekian lama berada di penjara, Razak hairan kenapa anaknya tidak muncul menziarahinya di penjara. Adakah Azizah malu dengan perbuatannya atau kejadian lain menimpa Azizah?
Pelakon : Razak Ahmad, Zarina Zainoordin, Syazwan Zulkifli, Nazim Othman dan Amanda Misbun.

ADIKARYA LAZIZAH – 31 Ogos, 6.30 ptg
Lazizah merupakan seorang wanita yang begitu cekal dan gigih menjaga 3 anak perempuannya tanpa suami. Suami pertama meninggal dunia sebagai seorang perajurit dan yang kedua pula berakhir dengan kekecewaan setelah diceraikan oleh suaminya yang merupakan seorang kaki judi dan sanggup untuk menjual Lazizah untuk mendapatkan wang. Makcik Izah tidak disenangi masyarakat sekeliling kerana suatu ketika dahulu, dia merupakan seorang penari di kelab. Makcik Izah amat meminat sastera dan sering menghasilkan puisi secara spontan dan amat melankolik. Keadaan Makcik Izah bertambah tertekan dengan sikap anak-anaknya Hani Wahiza, Ina Azilah dan Sofiah yang sanggup meminggirkannya setelah dewasa. Makcik Izah pernah dihalau oleh anak dan menantunya ketika menziarahi mereka. Lebih syahdu ianya berlaku ketika berkumandangnya azan Ramadan pertama dan Makcik Izah hanya berbuka dengan seteguk air sejuk. Rizky, seorang pemuda kampung, sering singgah di anjung rumah Makcik Izah untuk mendengar celoteh dan berpuisi. Orang kampung menganggap Makcik Izah gila kerana puisi-puisinya. Tidak cukup dengan itu, mereka menuduh Makcik Izah seorang pelacur tua kerana hampir setiap bulan mereka akan terserempak Makcik Izah menemui seorang lelaki tua. Siapakah lelaki tua itu dan adakah anak-anak Makcik Izah akan insaf dengan perbuatan mereka?
Pelakon : Normah Damanhuri, Lisadawati, Amanda Misbun dan Memey Suhaiza.

SEKERING JIWA ENTE – 1 September, 6.30 ptg
Filem ini mengisahkan tentang tiga jejaka orang bernama Hamzah, Ajis dan Abe yang tinggal serumah dan bekerja di tempat yang berasingan. Antara ketiga-tiga mereka, Hamzah mempunyai 2 karektor yang berlainan sehingga mengaburi mata Kak Nor yang mempunyai anak perempuan. Hamzah tidak seperti 2 rakannya yang lebih bersikap sederhana sesuai mengikut kehidupan dan pekerjaan mereka. Walaupun Hamzah seorang despatch, namun dia suka berlagak apabila berhadapan dengan orang. Malahan dia juga sering berlagak alim semata-mata untuk memikat anak Kak Nor. Sepanjang bulan Ramadan, Hamzah berlagak mengenakan jubah dan memegang tasbih dan memberitahu semua orang yang dia hendak ke surau untuk sembahyang terawikh. Tetapi pada hakikatnya dia melencong ke kedai mamak dan lepak menonton tv di sana.
Pelakon : Bell Ngasri, Syed Ali, Eyzendy Aziz, Ramona Zamzam dan Ainina Ahmad.

KAIN PELIKAT ACAT – 2 September, 6.30 ptg
Mengisahkan Acat seorang anak yatim piatu yang gemar berkain pelikat. Kain pelikat itu mengandungi 1000 kisah berkenaan kematian ayah dan ibunya. Sebab itulah dia sangat sayangkan kain pelikat itu biarpun lusuh,buruk dan koyak. Abang Acat iaitu Sam tidak sukakan Acat kerana baginya Acat punca kematian ibu dan bapanya. Sementara itu, kakak Acat bernama Fida amat menyayangi Acat. Ibu dan bapa mereka meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalanraya ketika membeli kain pelikat buat Acat. Sejak itu, Pakcik Ghafar dan Mak Senah, yang merupakan jiran mereka sering mengambil berat terhadap ketiga beradik itu.
Pelakon : Fimie Don, Erin Malik, Talha, Eizlan Yusuf, Aida Aris, Shah Iskandar, Rozita Che Wan dam Shafii Khan.

FILEM
NIYANG RAPIK – 30 Ogos, 1.30 tghari
Lima pemuda yang berkawan rapat dan juga mengambil jurusan Kajian Sejarah telah pergi ke Kampung Niyang Rapik untuk membuat projek tahun akhir. Setahun kemudian, Helmi, Saiful, Zizan dan Amir dikejutkan dengan kematian Zack secara misteri iaitu akibat busung dip perut. Selepas majlis tahlil arwah Zack, mereka berempat di kejutkan lagi dengan cerita di mana Zack menderita penyakit tersebut sejak setahun yang lepas selepas balik dari kampung Niyang Rapik. Setelah di selidik, mereka berempat mendapati Zack telah mengambil sebuah “kendil” lama dari kampung Niyang sewaktu mereka melakukan projek tahun akhir kajian peninggalan sejarah di kampung Niyang Rapik.

Atas nasihat seorang bomoh di kampung Zack, mereka berempat di arah untuk memulangkan semula “kendil” tersebut kerana di khuatiri ianya adalah penyebab Zack menderita penyakit busung tersebut. Pengembaraan mereka sangat mencabar dan perlu berhadapan dengan pelbagai jenis rintangan yang menyeramkan. Setibanya mereka ke Kampung Niyang Rapik, mereka terus memulangkan “kendil” tersebut kepada ketua kampung tersebut. Namun, perkara pelik tetap berlaku kepada mereka sehinggalah mereka dapat tahu sebenarnya “kendil” yang diambil bukan menjadi punca mereka tersiksa tetapi ada kesalahan besar yang telah dilakukan oleh salah seorang dari mereka berlima sewaktu berada di Kampung Niyang Rapik setahun yang lalu.
Pelakon : Awal Ashaari, Kamal Adli, Shaheizy Sam, Zed Zaidi, Liyana Jasmay, Fizz Fairuz, Nasir Bilal Khan dan Ahmad Tarmimi Siregar.

ANTOO FIGHTER – 31 Ogos, 1.30 tghari
Kisah bermula apabila Sekumpulan Makhluk dan Hantu-hantu di zaman dahulu yang diketuai Drakulat Van Listerooy (Awie), kembali mengganas dan bermaharajalela di zaman ini selepas terlepas dari kurungan dan tangkapan kumpulan Penentang Jembalang pada zaman dahulu. Drakulat dan hantu-hantunya telah mengembara ke Kuala Lumpur dan menawan Menara KL sebagai operasi mereka. Objektif utama Drakulat sebenarnya adalah untuk membebaskan “Lord Sharon” iaitu anak Syaitan ke dunia supaya mereka dapat bersama-sama menguasai dunia dan membebaskan kuasa kegelapan ke segenap alam maya. Oleh itu , Drakulat terpaksa mencari seorang gadis yang telah terpilih menerusi keturunan darahnya, iaitu “Delyla” , di mana darahnya dipercayai mempunyai kuasa dan dapat dijadikan korban untuk dipersembahkan kepada “Lord Sharon” supaya dapat bebas ke bumi. Dalam pada itu, kehadiran kumpulan Drakulat dapat dirasai oleh Pak Din ( salah seorang Antoo Fighter terakhir pada zaman 50an). Antoo fighter merupakan kumpulan rahsia yang telah wujud sejak bermulanya alam dan dunia dimana 5 orang manusia akan terpilih untuk menjaga dunia daripada kuasa kuasa jahat setiap 60 tahun.
Pelakon : Radhi OAG, Awie, Harun Salim Bachik, Bront Palare, Nasrizal Ngasri dan Soffi Jikan.

LU FIKIRLAH SENDIRI – 1 September, 1.30 tghari
Mengisahkan tentang impian, cita-cita dan cinta. Nabil (Nabil) dan Natasha (Puteri Sarah) saling meminati tetapi tidak mahu meluahkan hati dan perasaan masing-masing. Pada masa yang sama, mana mungkin mereka boleh bersama kerana mereka mempunyai prinsip hidup yang berbeza. Seorang anak hartawan, seorang lagi pekerja biasa yang menanggung keluarga. Mereka mempunyai pandangan hidup berbeza, seorang pelajar universiti, seorang lagi jejaka yang suka bertukar-tukar kerja. Pada pertemuan pertama, Nabil dan Natasha sudah tidak sefahaman, bertengkar dan bergaduh disebabkan prinsip hidup masing-masing. Walaupun sebenarnya cinta berputik di hati, tetapi mereka cuba menafikan. Akhirnya benci menjadi rindu.
Pelakon : Nabil, Puteri Sarah Liyana, Qazem Nor, Zizan dan Faizal Tahir.

EVOLUSI KL DRIFT – 2 September, 1.30 tghari
File mini memaparkan tentang sebilangan remaja yang masih tercari-cari lagi hala tuju kehidupan serta perubahan dalam kehidupan mereka. Zack (Syamsul Yusof) dan Sham (Farid Kamil) adalah rakan karib dan berkongsi hobi yang sama iaitu meminati bidang perlumbaan kereta ‘drift’. Kelazimannya, hobi ini didominasi oleh golongan maskulin tetapi ianya tidak menghalang Fasha, teman wanita Zack untuk memecahkan tradisi itu dan menjadikannya sebagai satu hobi yang dikira menarik dan agresif. Sejarah silam Fasha telah mendorong Zack lebih mengambil berat dan bersikap protektif terhadap pergaulan Fasha. Zack akan menghalang Fasha daripada bergaul semula dengan golongan yang pernah menjeremuskan Fasha ke lembah yang tidak sihat. Dalam pada itu, tanpa disangka, Sham telah jatuh hati kepada Fasha tetapi terpaksa diketepikan perasaan itu kerana tidak mahu merosakkan hubungan akrabnya dengan Zack. Joe dan Karl pula berasa tercabar apabila Zack telah menghalang mereka untuk mengkhayalkan anak-anak muda untuk meminati bidang lumba kereta ‘drift’. Bagi menyelesaikan masalah antara Zack dan Joe, mereka telah membuat keputusan untuk berlumba bagi mengekspresikan keegoan masing-masing.
Pelakon : Syamsul Yusof, Fasha Sandha, Farid Kamil, Aaron Aziz, Iqram Dinzly & Diana Danielle.

EVOLUSI KL DRIFT 2 – 2 September, 1.30 tghari
Perlumbaan kehidupan Zack dan Sham masih belum berakhir. Zack kini merupakan pelumba “Drifter” profesional. Kemalangan yang dialami Sham tahun lalu membuatkan dia bukan lagi drifter kerana kakinya tempang dan berjalan dengan bantuan tongkat. Peristiwa lampau dan keadaan dirinya yang cacat menghantui diri Sham. Dalam kekalutan ini muncul seorang wanita bernama Aleeya yang juga seorang drifter profesional. Aleeya cemburu dengan kehebatan Zack di litar lumba. Sementara itu, Joe yang terlepas dari kemalangan maut masih lagi menaruh dendam keatas Zack. Wajahnya yang berparut menguatkan lagi keazamannya untuk menghapuskan Zack dan orang-orangnya. Ery, orang kanan Joe juga menaruh dendam pada Zack kerana kawan baiknya Karl dipenjarakan. Selain dari memburu Zack, Joe ingin menguasai seluruh perniagaan dadah di KL. Inspektor Kamal mengesyaki beberapa siri kematian penjenayah dilakukan oleh Joe. Bagaimanakah kesudahan perlumbaan pada litar kehidupan mereka kali ini?
Pelakon : Syamsul Yusof, Farid Kamil, Aaron Aziz, Fasha Sandha, Scha, Shaheizy Sam, Hetty Sarlene, Remy Ishak.

PISAU CUKUR – 4 September, 1.30 tghari
Filem ini mengisahkan tentang dua orang gadis mata duitan iaitu Bella (Maya Karin) dan Intan Mastura (Nur Fazura). Memegang motto “kalau tidak berduit, saya takkan pandang” mereka bercuti di sebuah kapal pelayaran mewah, Putri Duyung untuk mengumpan lelaki kaya. Bella mendampingi Dato’ Hisham yang kematian isteri. Sementara Intan menggunakan Faqir dalam mencapai hasratnya. Dia telah memujuk lelaki itu belajar tarian ballroom untuk menjadi pasangannya. Intan juga telah membantu penyiasat peribadi, Ari untuk menyelesaikan misteri pembunuhan Datuk Zakaria. Mereka berjaya membongkar rahsia suspek pembunuhan itu yang terdiri daripada ketiga-tiga isteri Zakaria dan dua anaknya. Apakah rahsia tersebut? Dan adakah Bella dan Intan berjaya mencapai impian mereka memerangkap lelaki kaya dan mengikis harta mereka?
Pelakon : Maya Karin, Nur Fazura, Aaron Aziz, Eizlan Yusof, Dato’ Rahim Razali, Khatijah Tan, Umie Aida, Sharifah Sofia, Liyana Jasmay.

PROGRAM MAJALAH TV9
Ketupat Rendang Kopi O – 30 Ogos hingga 4 September, 8.00 pagi
Ketupat Rendang Kopi O gamat dengan kehadiran selebriti popular tanah air pada Hari Raya ini! Disiarkan secara langsung bermula hari raya pertama, ramai artis serta kenamaan terkenal seperti Ana Rafali, Intan Ladyana, David Teoh, Sham Kamikaze dan Kenchana Dewi akan bertandang ke studio untuk menjamu selera di samping membincangkan pelbagai topik-topik hangat bersama hos-hos rancangan popular ini. Bukan mereka sahaja, malah pasangan kembar tercomel Malaysia, Upin & Ipin juga ada! Pastikan Ketupat Rendang Kopi O menjadi pilihan anda untuk memulakan keceriaan Hari Raya Aidilfitri.

Raya Pertamaku – 30 Ogos, 11.30 pagi
Mari kita saksikan pengalaman pasangan selebriti Sazzy Falak dan Nadzril Idrus yang pertama kali menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagai ibu dan bapa kepada anak kembar mereka iaitu Iman Lilly dan Tiara Rose. Pasti Syawal ini lebih bermakna dan meriah buat mereka sekeluarga.

Beautiful Places – 1 September, 10.00 malam
Ikuti Syarifah Nur melancong ke tempat-tempat paling indah di seluruh dunia melalui dokumentari mingguan ini. Bukan sahaja akan anda terpegun dengan keindahannya, malah anda juga dapat menyaksikan betapa kuatnya pengaruh Islam di negara-negara seperti Turki, Mesir, Indonesia, India dan China. Selami juga komuniti Islam di sana yang kaya dengan adat resam, sejarah, makanan, muzik dan seni.

AQ5 di Bumi Anbiya – 3 September, 10.00 pagi
Empat finalis Akademi Al-Quran Musim Kelima menjelajahi bumi Anbia Madinah dan Mekah bagi menjejaki peristiwa dan tinggalan Nabi Muhammad SAW. Setiap tempat yang dilawati akan disertai dengan ayat Al-Quran yang menceritakan sejarah dan kaitannya dengan masa kini.

Halaqah Sentuhan Qalbu Edisi Lebaran “Agungnya Fitrah” – 2 September, 11.30 pagi
Kupasan menarik untuk penonton memahami dan merasai dengan hati tentang makna dan semangat sebenar Hari Raya Aidilfitri. Dalam episod menarik, “Agungnya Fitrah” yang disampaikan oleh Dr. Ary Ginanjar Agustian lebih dokus kepada pengertian, kefahaman, hubung kait fitrah dari ramadhan hingga adil fitri dalam konteks kehidupan umat Islam.

Lagu Raya Untuk Aizat – 1 September, 11.00 malam
Berkisar kepada perjalanan dan aktiviti seni serta pembabitan Aizat Amdan dalam aktiviti sosial (di rumah kebajikan Down Syndrome) yang akan memberikan inspirasi khususnya kepada golongan muda untuk melakar kejayaan dalam apa jua bidang termasuk seni.

Saffiya Eid Ul Fitr… Istanbul – 11 September, 6.00 petang
Pengacara Saffiya, Liyana Hisham, ke Turki untuk menyambut Hari Raya penuh mulia ini. Pelajari bagaimana wanita-wanita moden Islam di Turki menjalani kehidupan harian mereka sambil terus menghidupkan aspek dan kepercayaan Islam.

VARIASI TV9
Apa Saja FBI Beraya – 30 & 31 Ogos, 11.00 malam
Apa Saja FBI kali ini akan berpuasa dan beraya di Indonesia. FBI akan menyelami kelainan berpuasa dan beraya di seberang. Pelbagai kisah lucu yang terjadi semasa FBI di sana dan FBI ditemani oleh artis jemputan Nidji. Saksikan gelagat lucu Faizal Ismail yang akan membuatkan anda tidak kering gusi!

Galaksi Raya 2011 – 2 September, 9.00 malam
Rakaman Galaksi Raya telah berlangsung di Menara Kuala Lumpur yang mempunyai suasana rumah-rumah tradisional pelbagai negeri yang terletak di situ. Kemunculan artis-artis popular seperti kumpulan lawak Sepah, Enot, Ifa Raziah, Fida, Kumpulan indie Awan Band, gitaris lagenda popular Rosli Mohalim bersama anaknya seorang pelapis generasi hero gitar tempatan iaitu Afiq, Didie Alias, Ida Moin, dan Kilafairy telah menggamatkan suasana dengan keletah spontan dan lucu mereka. Pengacara Galaksi Ikhwan Hot FM tidak ketinggalan turut tampil mengendalikan program ini. Tarikan Galaksi Raya bukan sekadar itu, malah seperti kelazimannya dipadatkan lagi dengan paparan berita dan cerita sensasi. Eksklusif di program ini ialah rakaman detik-detik terakhir keadaan penyanyi era 60an Hasnah Harun sehari sebelum beliau dimasukkan semula ke Unit Rawatan Rapi I.C.U dan menghembuskan nafas terakhirnya di situ. Rakaman eksklusif ini dilakukan ketika majlis tahlil di rumah keluarga allahyarhamah di Johor Bahru.

Ada Bran? – 4 September, 5.30 petang
Ada Bran? merupakan sebuah rancangan yang mencabar orang ramai yang ingin mendapatkan duit. Rancangan ini penuh dengan dengan aksi fizikal dan gelagat lucu peserta. Pengacara, Alif Satar, akan bertanya pada orang ramai secara rawak “Siapa yang ingin mendapat duit?”. Peserta akan dibawa ke satu tempat untuk diberitahu tugasan dan berapa harga tugasan tersebut. Selain orang ramai terdapat penampilan istimewa dari artis popular tanahair seperti Tomok, Faizal Tahir, Saiful Apek, Fizo Omar, Wan Sharmilla, Shahz Jaszle dan ramai lagi! Kepada yang berani menyahut cabaran pasti akan masyuk… dengan duit.

MUZIKAL TV9
Dato’ Siti Nurhaliza bersama Idola Kecil 3 – 30 Ogos, 10.00 pagi
Juara Idola Kecil 3, Harris, dan teman-temannya yang lain iaitu Hadi, Balqis, Shazlin dan Puteri berpeluang untuk berduet dan berkongsi pentas bersama idola mereka iaitu Dato’ Siti Nurhaliza dalam rancangan istimewa ini. Rancangan ini mempunyai kelainan yang tersendiri kerana mereka bukan sahaja berduet bersama Dato’ Siti Nurhaliza, malahan mereka juga turut akan mengadakan permainan dan segmen bercerita yang membabitkan penonton di dalam studio. Menerusi rakaman istimewa ini Dato’ Siti Nurhaliza telah berkongsi cerita menariknya serta pengalaman sewaktu beliau kanak-kanak.

Hujan di Paris – 31 Ogos, 10.00 pagi
Dengan misi mereka untuk ‘menakluki’ pentas dunia, destinasi Hujan kali ini adalah ke kota romantik, Paris. Berbekalkan semangat dan hanya beg galas, Hujan ke Grenobles untuk mempersembahkan muzik indie mereka kepada masyarakat di sana terutamanya pelajar-pelajar Malaysia. Inilah satu-satunya kumpulan dari Malaysia yang bertuah dapat membuat persembahan di Paris.

Ekspresi Dato’ M. Nasir & Jamal Abdillah – 31 Ogos & 1 September, 11.00 pagi
Paduan suara emas ‘sifu’, M. Nasir, dan Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah, pastinya menyerikan sambutan Aidilfitri tahun ini menerusi TV9. Dendangan lagu dengan alunan lagu-lagu evergreen sepanjang zaman yang sentiasa menjadi siulan dan nyanyian orang ramai termasuk anak muda masa kini. Rancangan ini akan turut dimeriahkan dengan rakan-rakan seperjuangan mereka iaitu Ogy Dato’ Ahmad Daud, Francesca Peter dan juga artis-artis baru dan muda seperti kumpulan Hujan, Mawi dan Awie Rafael. Pastinya apabila mendengar lagu-lagu ini, sebahagian daripada penonton teringat kembali akan kenangan-kenangan indah yang pernah dilalui dahulu.

Bunkface di Hong Kong – 3 & 4 September, 11.30 pagi
Ikuti perjalanan Bunkface yang mewakili Malaysia menyertai pertandingan Festival Muzik Asia Hong Kong 2011 baru-baru ini di samping kumpulan pop lain dari 6 buah negara lain seperti China, Taiwan, Singapura, Korea dan Hong Kong. Pelbagai rintangan dan halangan juga perlu Bunkface lalui ketika berada di sana dan salah satu daripadanya adalah dari segi komunikasi. Turu dipaparkan adalah beberapa lokasi menarik di sekitar Bandar metropolitan Hong Kong yang pasti menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.
Mampukah Bunkface memenangi pertandingan tersebut?

KIDS TV9
Upin & Ipin : Rindu Opah – 29 Ogos 2011, 7.00malam
Upin & Ipin begitu bersemangat untuk menyambut kedatangan Syawal. Akan tetapi, tahun ini mereka akan beraya tanpa insan yang amat mereka sayangi. Apa yang akan berlaku pada Upin & Ipin? Bagaimana mereka menyambut Syawal pada tahun ini?
Chalkzone: The Big Blowout – 30 Ogos, 4.00 petang
Chalkzone: The Big Blowout akan menemui adik-adik pada Raya Pertama ini jam 4 petang di mana adik-adik dapat mengenali Ruby Tabotie, seorang kanak-kanak biasa namun dengan sebatang kapur ajaib, dia boleh memasuki ke dunia fantasi Chalkzone. Dalam dunia tersebut segala benda yang terconteng dan terpadam akan muncul sebagai benda hidup. Apakah benda atau makhluk yang akan muncul dalam Chalkzone bersama Ruby?

My Life as a Teenage Robot – 31 Ogos, 4.00 petang
Apabila anda adalah robot pada luaran tetapi seorang remaja biasa di jiwa, hidup seringkali menjadi tidak adil. Jenny atau XJ9 sudah letih dan penat untuk mengawasi Bumi. Dia lebih rela membuat aktiviti menarik seperti mengikuti perkembangan artis pop, membaca majalah remaja dan meluangkan masa bersama rakan-rakannya, Brad dan Tuck. Jika anda rasa hidup sebagai remaja adalah susah, cuba jadi 6 kaki dan diperbuat dari besi. Adakah Jenny akan dapat membahagikan masa untuk menyelamatkan dunia dan menghadiri prom?

iCarly: iGo to Japan – 1 September, 4.00 petang
Carly, Sam dan Freddie menerima satu jemputan ke majlis anugerah iWeb di Jepun apabila laman web iCarly dinominasikan untuk kategori komedi terbaik. Walaubagaimanapun, Puan Bendson tidak membenarkan anaknya, Freddie, untuk pergi sendirian, lalu dia dah Spencer ikut serta. Bayaran penerbangan hanya diberikan kepada krew iCarly, jadi Spencer dan Puan Benson telah mencari tranportasi yang lain iaitu satu kapal terbang yang akan dibawa oleg Freightdog dan diisi dengan opossi. Apabila kapal terbang itu tiba-tiba hendak mendarat di Korea, mereka telah terjun keluar dengan payung terjun.

Go, Diego, Go!: Tuga Helps the Moon – 2 September, 4.00 petang
Rancangan kartun ini akan menyaksikan hero dan penyu, Luna, mencari sebahagian dari bulan untuk memastikan dia dapat pulang ke rumahnya.

Spongebob Squarepants: Truth or Square – 3 September, 4.00 petang
Krusty Krab menyambut ulangtahunnya yang ke-117! Spongebob, Patrick, Squidward dan Mr. Krabs telah terkunci di dalam peti ais sebelum mempunyai peluang untuk menyambut ulangtahun itu. Semasa mencuba untuk cari jalan keluar dari peti ais itu, mereka telah mengingati kembali peristiwa-peristiwa manis yang pernah mereka lalui bersama. Sementara itu, Plankton mencari peluang untuk mencuri formula dan resepi rahsia Krabby Patty. Kita akan dapat melihat Spongebob ketika bayi, iklan pertama Krusty Krab, bagaimana Spongebob pertama kali menemui rumah nenasnya, Spongebob dan Sandy berkahwin dan Krabby Patty pertama Spongebob ketika ibunya masih mengandung.

Spongebob Squarepants: WhoBob WhatPants – 4 September, 4.00 petang
SpongeBob WhoBob WhatPants dan bergelak tawa dengan aksi dan keletah Spongebob pada jam 4.00 petang. Spongebob ingin menghabiskan masa bersama teman-temannya. Malangnya apabila semua orang mula melihatnya sebagai seseorang yang berperangai pelik, dia berkemas dan merancang untuk meninggalkan Bikini Bottom selamanya. Apakah yang mengganggu Spongebob sehingga terpaksa meninggalkan tempat asalnya itu?

Sambil berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai dalam mengeratkan lagi silaturahim pada Hari Raya ini, jangan lupa untuk menonton program-program hebat yang disajikan oleh TV3 dan TV9. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Variasi TV9 Sempena Aidilfitri 2011

Azmil Mustapha Didakwa Mengkafirkan Kerajaan