in , , ,

Senarai Program Menarik di TV3, ntv7, 8TV & TV9 Sempena Merdeka 2015

31 Ogos 2015 ini genap 58 tahun Malaysia menyambut Hari Kebangsaan. Bagi menyemarakkan suasana kemerdekaan pada tahun ini, TV3, ntv7, 8TV dan TV9 telah menyediakan barisan rancangan menarik pada hari yang bersejarah itu. Di samping telefilem, filem, dokumentari, rancangan hiburan, berita dan ehwal semasa, rancangan bual bicara dan juga animasi, Media Prima Berhad juga melancarkan kempen “#IniMalaysiaKita” bersempena dengan Hari Kebangsaan 2015 dan Hari Malaysia bermula 22 Ogos 2015 sehingga 18 September 2015.

Menariknya, anda boleh berkongsi cerita menarik atau gambar yang bertemakan kenangan dan permainan zaman kanak-kanak seperti gambar kelas, sahabat karib atau guru dengan menggunakan hashtag #IniMalaysiaKita di medium sosial media sepanjang kempen ini berlangsung.

ntv7 merdeka_tunku homeland 2

Rancangan-rancangan TV3 yang bakal menghiburkan anda seisi keluarga sempena cuti panjang ini bermula 28 Ogos sehingga 31 Ogos 2015 ialah Wayang: Wira Angkasa (28 Ogos, Jumaat, 1.30 petang), Mega Movie: Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides (28 Ogos, Jumaat, 10.00 malam), Telefilem: Nasi Air (29 Ogos, Sabtu, 11.30 pagi), Panggung Sabtu: Kabhi Alvida Naa Kehna (29 Ogos, Sabtu, 2.00 petang), NONA: 30 Tahun (30 Ogos, Ahad, 2.00 petang), siaran langsung Konsert #IniMalaysiaKita – Sehati Sejiwa (30 Ogos, Ahad, 10.30 malam), MALAYSIA HARI INI: Semarakkan Jiwa Merdeka (31 Ogos, Isnin, 7.00 pagi), WANITA HARI INI: Istimewa Merdeka (31 Ogos, Isnin, 12.00 tengah hari) dan Telefilem: Teroka (31 Ogos, Isnin, 10.00 malam).

TV3 turut menganjurkan Konsert #IniMalaysiaKita – Sehati Sejiwa dengan barisan artis popular seperti Waris, Iwere, DJ Fuzz, Dayang Nurfaizah, Tomok, Sarah (Mentor Legend), Bochey, Black, Titan, Faizal Tahir, Azlan The Typewriter dan Azmil (Mentor Legend) yang bersiaran secara langsung dari Stadium Nasional, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Seri Petaling, Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2015 bermula 11.00 malam.

Telefilem Teroka dijangka mendapat sambutan ramai dan menampilkan Adi Putra dan Faye Kusairi sebagai tunggak utama mengimbau cabaran hidup peladang kelapa sawit yang telah menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara. Perbezaan darjat antara Borhan dan Rohana tidak menghalang mereka berdua daripada bercinta, malahan Rohana sanggup menipu bahawa dia sudah terlanjur supaya tidak berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Walaupun Borhan dan Rohana dinikahkan tetapi ibu Rohana, Mahani telah menghalau Rohana keluar dari rumah dan juga memutuskan hubungan kekeluargaan mereka.

Borhan telah mengambil keputusan untuk menyahut cabaran dimana dia berpeluang memiliki tanah baharu untuk dijadikan ladang kelapa sawit yang ditawarkan oleh kerajaan. Jadi, bermulalah hidup Borhan dan Rohana meneroka tanah itu untuk dijadikan tapak semaian kelapa sawit. Hubungan mereka berdua teruji kerana segala keperluan serba kekurangan di tempat baharu. Saksikan kisah selanjutnya dalam Teroka pada 31 Ogos, pukul 10.00 malam.

Sementara itu, TV9 pula telah menyediakan program-program menarik seperti Saranghae: Masquerade (30 Ogos, Ahad, 10.10 malam), Puteri Marathon (30 Ogos, Ahad, 9.10 malam), Opick Live Acoustic Concert (31 Ogos, Isnin, 11.00 pagi), Kita 20Forteen Concert (31 Ogos, 12.30 tengah hari), Movie Night: Taken 2 (1 September, Selasa, 10.30 malam) dan Layar 9: Bingkai Kaca (2 September, Rabu, 10.00 malam).

831 Road Tresure _01

Antara rancangan menarik TV9, Sut Putih yang menampilkan Zara Zya dan Aidil Aziz serta Syaffiq Sahil ini juga dapat memberi iktibar kepada kita tentang erti pengorbanan. Sut Putih ini mengisahkan Damia (Zara Zya), seorang jururawat yang telah dihantar berkhidmat di kawasan pedalaman sejurus tamat latihan. Kehadiran Damia adalah untuk membantu masyarakat yang lebih memerlukan. Meskipun Damia seorang anak orang berada, dia sanggup menempuh dugaan hidup di sana demi mencapai impiannya untuk menjadi seorang jururawat yang berjasa kepada seluruh bangsa. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kisah menarik ini pada 31 Ogos jam 8.30 malam.

Tidak ketinggalan juga, ntv7 turut menyediakan rancangan-rancangan istimewa untuk Hari Kebangsaan 2015 seperti Tunku’s Homeland (31 Ogos, 6.00 petang). Tunku’s Homeland, program selama satu jam ini akan membawa penonton mengenali kampung halaman Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman iaitu Negeri Jelapang Padi, Kedah. Beliau dikenang sebagai Bapa Kemerdekaan kerana perjuangan beliau untuk membebaskan Tanah Melayu daripada jajahan British. Selain itu, Tunku juga memainkan peranan penting dalam pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Ikuti hos program, Mei Sim yang akan mengembara ke tempat-tempat bersejarah dan juga tumpuan pelancong di kampung halaman Tunku. Antaranya, Istana Pelamin di Alor Setar (tempat Tunku dilahirkan dan membesar), Muzium Arkeologi Lembah Bujang di Merbok, Makam Diraja Langgar di Alor Setar, Masjid Zahir, Pekan Rabu dan Menara Alor Setar. Mei Sim juga akan berkongsi kisah-kisah menarik tentang Tunku yang diceritakan oleh masyarakat tempatan.

Selain itu, penonton 8TV juga dihiburkan dengan Ho Chak! (31 Ogos, 7pagi), National Day Parade 2015 Live (31 Ogos, 7.30pagi) dan Countdown Concert Live In Taiwan 2014 (31 Ogos, 2.00petang) dan 831 Road Treasure (31 Ogos, 5.00 petang). 831 Road Treasure menampilkan dua hos TV popular, Natalie dan Bernard yang akan menyertai pengembaraan Chok Yen Hau, seorang pengembara dan photojournalist terkenal Malaysia dengan menyusuri Laluan Persekutuan Malaysia 76 yang menghubungkan Gerik di negeri Perak dengan Jeli di Kelantan. Mereka akan menerokai tempat-tempat yang menarik di negeri Perak, mendekati dan menyelami hidup masyarakat tempatan serta merasai pelbagai masakan tempatan yang unik.

Untuk maklumat lanjut, layari www.tv3.com.my, www.ntv7.com.my, www.8tv.com.my, dan www.tv9.com.my.

Sut Putih (1)

Program Istimewa Hari Kebangsaan 2015 Di TV3

WAYANG:Wira Angkasa, 28 Ogos 2015 (Jumaat), 1.30 petang – 3.30 petang
Iskandar Muhammad merupakan anak seorang pesawah yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang juruterbang. Selepas tamat pengajian, beliau direkrut TUDM sebagai Leftenan Udara. Sepanjang berada di akademi, beliau berkenalan dengan Redzuan Mazlan, anak seorang jeneral bersara TUDM yang hidup bersosial. Persahabatan antara mereka yang pada mulanya erat tiba-tiba renggang akibat perselisihan faham berpunca daripada Redzuan memikat Aini yang merupakan sepupu Iskandar. Mereka kemudian berbaik semula selepas berlaku satu insiden di mana Iskandar hampir ditawan oleh sekumpulan pengganas yang melepaskan diri dari serangan udara TUDM.
Pelakon: Sabree Fadzil, Dato’ Yusof Haslam, Aznah Hamid, Noreen Noor

MEGA MOVIE: Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides, 28 Ogos 2015 (Jumaat), 10.00 malam
Kisah lama Kapten Jack Sparrow (Johnny Depp) kembali lagi apabila dia bertemu dengan Angelica (Penélope Cruz), seorang lanun cantik yang dulu dicintainya. Angelica memaksa Kapten Jack Sparrow menemaninya bertemu dengan Blackbeard yang terkenal (Ian McShane), yang mempunyai kapal Queen Anne’s Revenge. Ditemani oleh krew zombi, mereka bertiga belayar untuk mencari Fountain of Youth. Walaubagaimanapun, musuh ketat Jack, Barbossa(Geoffrey Rush) juga mencari mata air itu.
Pelakon: Johnny Depp, Penélope Cruz, Ian McShane

TELEMOVIE: Nasi Air, 29 Ogos 2015 (Sabtu), 11.30 pagi
Pak Rahman telah meninggalkan 2 orang anaknya yang masih kecil, Adawiyah dan Jidin tanpa khabar berita selama 23 tahun setelah dikhianati oleh birasnya, Zakaria. Tambahan pula, kematian isterinya juga memberikan tekanan jiwa kepada Pak Rahman pada masa itu. Kini, Pak Rahman ingin menebus kesilapannya dan ingin bertemu anak-anaknya kembali. Anak-anaknya kini menjadi orang yang berjaya di bawah jagaan Pak Rahim. Adawiyah (Ada), anak sulungnya, usahawan yang berjaya dan memiliki kedai makan yang popular dalam kalangan orang Kelantan di Kuala Lumpur. Adiknya, Jidin pula memiliki kedai pakaian ‘bundle’. Dengan kemahiran menyediakan nasi air yang ada pada Pak Rahman menjadi sebab Pak Rahman membantu anak-anaknya menjalankan perniagaan mereka. Kehadiran ayahnya tidak disenangi Adawiyah kerana menyangka ayahnya ingin campur tangan dalam perniagaannya. Bagaimanakah Pak Rahman menjernihkan kekeruhan hubungan ayah dan anak itu?
Pelakon: Zahiril Adzim, Tasha Shilla, Syazwan Zulkifly, Faizal Hussein

PANGGUNG SABTU: Kabhi Alvida Naa Kehna, 29 Ogos 2105 (Sabtu), 2.00 petang
Dev (Shah Rukh Khan) dan Maya (Rani Mukherjee) masing-masing telah berkahwin. Dalam satu pertemuan yang tidak sengaja, mereka berdua dapat merasai sesuatu yang istimewa dan mula berkawan rapat. Mereka kerap berjumpa dan berkongsi perasaan sehingga Dev dan Maya mula berasa tidak berpuas hati terhadap perkahwinan mereka. Perasaan cinta yang telah hadir dalam hubungan Dev dan Maya itu mula menguji kesetiaan mereka kepada pasangan masing-masing.
Pelakon : Amitabh Bachchan, Shah Rukh Khan, Abhishek Bachchan, Rani Mukerji, Preity Zinta, Kirron Kher

NONA 30 Tahun, 30 Ogos 2015 (Ahad), 2.00 petang-3.00 petang
NONA 30 Tahun yang dihoskan oleh Fouziah Gous dan NONA Manis 2015, Saidatul Naseha Uyaina Arshad telah menghimpunkan barisan pengacara dan penerbit, pereka-pereka fesyen serta ahli-ahli korporat yang pernah mewarnai NONA sepanjang 30 tahun ke udara. Selain itu, NONA 30 Tahun turut memaparkan segmen khas bersempena dengan Hari Kebangsaan 2015 mengenai wanita yang telah berjaya dalam dunia siber iaitu Syakirah Karim (pakar Google Malaysia/certified Google Consultant), Vivy yusof (pemilik Fashion Valet, usahawan e-commerce) dan Eneng Faridah Iskandar (Pengarah Kanan Bahagian Advokasi & Jangkauan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia). Selain itu, episod istimewa ini juga meraikan barisan hos dan pengacara Nona sepanjang 30 tahun serta 30 penonton setia Nona.

MALAYSIA HARI INI (SIARAN LANGSUNG) “Semarakkan Jiwa Merdeka”, 31 Ogos 2015 (Isnin), 7.00 pagi
Malaysia Hari Ini (MHI) meneruskan tradisinya untuk memberikan laporan tentang pembarisan Hari Kebangsaan secara langsung dari Dataran Merdeka. Ikuti suasana pembarisan Hari Kebangsaan dan rasai keterujaan rakyat Malaysia yang akan turut serta dalam acara gilang gemilang tersebut. Barisan hos MHI akan menemubual pegawai khas dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tentang persiapan pembarisan Hari Kebangsaan 2015. Para penonton juga boleh menyuarakan pendapat mereka tentang erti kemerdekaan menerusi rakaman video atau dedikasi ucapan semasa MHI bersiaran. MHI juga memaparkan memori-memori indah di Hari Kebangsaan yang dikongsikan oleh orang ramai di platform media sosial.,
Hos: Ally Iskandar, Zaim Helmi, Fedtri Yahya, Saiful Nizam

WANITA HARI INI “Istimewa Merdeka”, 31 Ogos 2105 (Isnin), 12.00 tengah hari
WHI akan mendekati makna di sebalik tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu Sehatii Sejiwa. Bagaimana rakyat negara ini menjiwai erti kemerdekaan serta menghormati antara satu sama lain. Perbincangan akan berkisar tentang pengalaman 3 tetamu yang hidup dalam keadaan bersatu padu walaupun kita berbilang bangsa. Antara tetamu yang bakal hadir untuk berkongsi pengalaman ialah Datuk David Teo yang begitu rapat dengan bangsa lain dalam kerjayanya sehingga dia terpanggil untuk menyertai askar wataniah, Datuk Nurul Zahid dan seorang doktor berbangsa India yang menyerahkan jiwa raganya untuk membangunkan tahap kesihatan rakyat tanpa ada perasaan perbezaan bangsa dan kaum.
Hos: Hazrena dan Teh Syuhaida

TELEMOVIE: Teroka, 31 Ogos 2015 (Isnin), 10.00 malam
Rohana pulang ke rumah selepas tamat pengajian. Ibu bapanya, Mahani dan Baharom sangat bangga dengan pencapaian anaknya dan telah meletakkan syarat yang tinggi untuk bakal menantunya. Rohana jatuh cinta dengan Borhan, seorang pemuda yang bjiak tetapi berasal dari keluarga yang miskin.
Satu hari, Borhan mendapat peluang daripada kerajaan untuk mengusahakan sebidang tanah kepada ladang kelapa sawit. Memandangkan Borhan akan menjadi sibuk selepas projek itu bermula, Rohana telah mendesak Borhan untuk mengahwininya. Namun, Mahani tidak bersetuju malah dia telah mengaturkan perkahwinan Rohana dengan seorang guru, Khalid.Rohana telah menipu bahawa dia sudah terlanjur dengan Borhan. Akhirnya, mereka berdua telah berkahwin tetapi tidak diterima dan dihalau oleh Mahani.
Borhan dan Rohana bakal memulakan hidup baharu sebagai peneroka kelapa sawit. Dapatkah mereka mengatasi rintangan dan cabaran yang datang menguji? Apakah Mahani dan Baharom akan lembut hati dan menerima Rohana dan Borhan?
Pelakon: Adi Putra, Faye Kusairi, Mahmud Ali Bashah, Jasmin Hamid, Mustaqim Bahadon

KONSERT #IniMalaysiaKita – Sehati Sejiwa (Siaran Langsung), 30 Ogos 2015, 11.00 Malam.
Bersiaran secara langsung dari Stadium Nasional, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Seri Petaling, Kuala Lumpur, Konsert Ini Malaysia Kita membariskan artis- artis popular seperti Waris, Iwere, DJ Fuzz, Dayang Nurfaizah, Tomok, Sarah (Mentor Legend), Bochey, Black, Titan, Faizal Tahir, Azlan The Typewriter dan Azmil (Mentor Legend).

Program Istimewa Hari Kebangsaan Di TV9

SARANGHAE: Masquerade, 30 Ogos (Ahad), 10.10 malam
Di kala negara dilanda krisis, Maharaja Gwanghae telah memerintah pembesar Heo Kyun untuk mencari seseorang yang mempunyai wajah seiras dengannya. Heo Kyun telah mengupah Ha-Seon seorang petani yang kelihatan mirip dengan Maharaja. Apabila Maharaja Gwanghae jatuh gering terkena racun misteri, Ha-Seon berat hati untuk menggantikan tempat maharaja. Namun dia perlu mengikut gerak hati demi mempertahankan negaranya dari ditawan musuh.
Pelakon: Lee Byung-Hun, Ryu Seung-ryong, Han Hyo-joo

Puteri Marathon – 30 Ogos 2015 (Ahad), 9.10 malam
Saksikan program animasi “Puteri” secara maraton dalam edisi khas meraikan Hari Kebangsaan 2015. Mengisahkan kehidupan lima orang puteri di Kerajaan Limau. Manis yang rupawan dan bersuara merdu. Kasturi yang berjiwa pahlawan. Purut yang pemalu. Bali yang penyayang serta Nipis yang nakal bersama kucingnya Jebat. Kelima-lima puteri ini mempunyai keistimewaan yang harus digunakan bersama bagi menjaga keamanan dan kestabilan Kerajaan Limau dari serangan kerajaan luar, raksasa dan kuasa sihir.

LAYAR 9: Bingkai Kaca, 2 Sept 2015 (Rabu), 10.00 malam
Rosnah, seorang jururawat bersara yang tinggal bersendirian di England kerana pernah berkahwin dengan seorang pegawai Inggeris. Sebelum menemui suaminya sebelum ini, dia pernah memiliki tunang bernama Razali yang bertugas di kem tentera sebelum dikhabarkan meninggal dunia. Rosnah masih menyimpan foto Razali sebagai tanda kenangan hingga ke hari ini. Rosnah yang terkenang saat manisnya kembali ke tanahair dan terkejut melihat yang sebenarnya Razali masih hidup dan telah mengahwini sepupunya sendiri.
Pelakon : Dazrin Kamarudin, Ramona Zamzam, Rosnah Johari, Khairil Anuar, Geofrey Williams, Puteri Chichi, Azrel Ismail

SKRIN DI 9: Sut Putih, 31 Ogos 2015 (Isnin), 8.30 malam
Mengisahkan Siti, seorang jururawat yang baru tamat latihan telah dihantar berkhidmat di kawasan pedalaman. Kehadiran Siti adalah bagi membantu masyarakat yang lebih memerlukan. Meskipun Siti seorang anak orang berada, dia sanggup menempuh dugaan hidup di sana demi mencapai impiannya untuk menjadi seorang jururawat yang berjasa kepada seluruh bangsa.
Pelakon: Zara Zya, Aidil Aziz, Syaffiq Sahli, Sharifah Shahora, Arash Mohamed, Khatijah Tan, Marisa Yasmin.
MOVIE NIGHT: Taken 2, 1 September 2015 (Selasa), 10.30 malam
Bryan Mills, seorang agen CIA yang telah bersara mengajak anak perempuan dan bekas isterinya Lenore, yang juga telah berpisah dengan suami keduanya, meluangkan masa beberapa hari bersama untuk bercuti di Istanbul dimana tempat Bryan bekerja. Sementara itu, ketua kepada sindiket penyeludupan manusia, geng Albanian, Murad Krasniqi, hendak membalas dendam terhadap Bryan untuk kematian anaknya dengan menculik Bryan dan keluarganya. Bryan dan Lenore diculik oleh geng Albanian tetapi anak perempuannya, Kim terlepas. Jadi, Kim merupakan satu-satunya harapan untuk Bryan lepaskan diri dan selamatkan Lenore.
Pelakon: Liam Neeson, Famke Janssen, Maggie Grace,

OPICK LIVE ACOUSTIC CONCERT, 31 Ogos 2015 (Isnin), 11.00 pagi
Konsert Religi terhebat 2015, Opick Live Acoustic Concert merupakan persembahan Opick secara live yang mengilhamkan suatu bentuk persembahan live akustik yang diiringi bersama pemain muzik. Konsert live ini juga diselangi dengan dakwah dari setiap lirik lagu-lagu yang disampaikan oleh Opick. Konsert ini turut menampilkan persembahan istimewa dari vokalis terhebat; Daqmie dan Lah Ahmad.

KITA 20 FORTEEN CONCERT, 31 Ogos 2015 (Isnin), 12.30 tengah hari
Konsert Kita 20Fourteen menceritakan perjalanan seni 4 orang ahli kumpulan fourteen yang disatukan di bawah naungan KRU Music. Konsert ini berkonsepkan live band dan diselangi dengan pelbagai gimik dan kejutan. Ia juga memaparkan lawatan kumpulan Fourteen ke Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat dan paparan video yang akan menceritakan kisah di sebalik lawatan itu.

Teroka (1)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Pendek Merdeka 2015 Rungkai Kisah Uncle San & Shirin Aziha

Beli Samsung Galaxy Note5 Dengan Harga Separuh?