in

Senarai Program di Saluran Mustika Sepanjang November

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas sokongan para pelanggan yang setia, pihak Astro dengan berbesar hati akan membuka saluran-saluran dalam Pakej Mustika iaitu Astro Citra (131), Astro Warna (132), Astro Bella (133) dan Astro Mustika HD (134) untuk hiburan yang berterusan buat semua pelanggan mulai 9 hingga 17 November 2012 jam 6.00 pagi.

Senarai Program di Saluran Mustika Sepanjang November Ini

ASTRO CITRA (131)
AYAT – AYAT CINTA
Tarikh/Hari/Masa Siaran: 11 November 2012/ Ahad /11.00 malam
Pelakon: Fedi Nuril, Rianti Cartwright, Carissa Putri, Melanie Putria, Zaskia Adya Mecca
Sinopsis: Fahri ialah seorang pelajar di Universiti Al Azhar yang harus memilih cinta di antara Aisha; seorang muslimah sejati dan Maria; seorang wanita yang berlainan agama. Dapatkah Fahri membuat pilihan yang tepat?

BUJANG TERLAJAK
Tarikh/Hari/Masa Siaran: 13 November 2012/Selasa/1.00 petang
Pelakon: Johan Raja Lawak, Nabil Ahmad, Saiful Apek
Sinopsis: 3 rakan karib yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri.

DORM
Tarikh/Hari/Masa Siaran: 10 November 2012/Sabtu/11.00 malam
Pelakon: Charlie Trairat, Chintara Sukapatana & Sirachuch Chienthaworn
Sinopsis: Setiap asrama mempunyai kisah yang tersendiri termasuk asrama yang penuh misteri ini

KEPERGOK POCONG
Tarikh/Hari/Masa Siaran: 9 November 2012/Jumaat/11.00 malam
Pelakon: Azis Gagap, Reymond Knuliq, Rozi Mahally, Nadya Almira, Keira Shabira, Albert Putra
Sinopsis: Aina, seorang penggali kubur separuh masa terpaksa melakukan apa sahaja untuk memikat hati gadis yang diminatinya dengan memuja roh pocong.

ASTRO WARNA (132)
PONDOK JAMBU
Tarikh/Hari/Masa Siaran: Setiap Selasa/10.00 malam
Artis: Tauke & Pak Yus
Sinopsis: Sebuah rancangan sketsa komedi khas yang menampilkan Kumpulan Jambu serta selebriti jemputan setiap minggu.

ONYOMAT GESET GO
Tarikh/Hari/Masa Siaran: Setiap Jumaat/10.00 malam
Artis: Man Belon, Shiro, Man Raja Lawak, Amir Raja Lawak
Sinopsis: 12 pelawak menjelajah Malaysia dan hanya seorang bakal dinobatkan sebagai juara untuk merebut RM 100,000.

OPERA SABUN BOBOI
Tarikh/Hari/Masa Siaran: Setiap Khamis/10.30 malam
Artis: Boboi, Nabil, Yasmin Hani
Sinopsis: Sebuah pertunjukan komedi lakaran yang memaparkan kemasyhuran Boboi serta turut disertai oleh pelawak lain dan selebriti tempatan.

MAHARAJA LAWAK MEGA 2012
Tarikh/Hari/Masa Siaran: Setiap Jumaat/Bermula 16 November 2012/10.00 malam
Artis: Boboi , Saywho, Jozan ,Jambu, The Bandung Jokers etc

Hos: Dato’ AC Mizal
Sinopsis: Rancangan yang menghimpunkan hampir kesemua bekas juara dan pelawak hebat tanahair dan berentap sekali lagi di atas pentas untuk dinobatkan sebagai Maharaja Lawak!

ASTRO BELLA (133)
INFAMIA (LATIN)
Tarikh/Masa Siaran: 26 November 2012/11.00 malam
Pelakon: Christian Bach, Jose Alonso, Andres Palacios, Alma Delfina, Martha Cristiana, Carla Hernandez
Sinopsis: Infamia (Torn Apart) mengisahkan tentang cinta, benci, dendam, serta mereka yang dihantui kisah silam dan terdesak untuk memiliki kuasa. Apakah rahsia yang disimpan oleh Maria Julia Fernandez Vidal?

BUDOY (TAGALOG)
Hari/Masa Siaran: Setiap Isnin-Jumaat/3.00 petang
Pelakon: Gerald Anderson, Enrique Gil, Jessy Mendiola, Tirso Cruz III, Zsa Zsa Padilla, Barbara Prerez
Sinopsis: Mengisahkan suka duka Budoy, seorang lelaki yang dilahirkan terencat akal dan disisihkan keluarga. Dapatkah dia menemui kebahagiaan dan cinta sejati dalam hidupnya?

QUERERTE ASI (LATIN)
Hari/Masa Siaran: Setiap Sabtu, 2.00 petang & Ahad, 3.00 petang
Pelakon: Maria Jose Magan, Francisco Angelini, Aura Cristina Geithner, Bernie Paz, Veronica Merchant, Gabriela Vergara, Mauricio Bercelata, Gloria Stalina
Sinopsis: Paulina yang sudah bertunang dengan Alberto, ditakdirkan bertemu & jatuh cinta dengan Rafael Romero yang ditemui semasa pergi ke sebuah pulau bagi menunaikan hajat terakhir ibunya. Di antara 3 hati, siapa yang akan terluka?
POBRE DIABLA DANIELA (LATIN)
Hari/Masa Siaran: Setiap Isnin-Jumaat/2.00 petang
Pelakon: Rafael Sánchez Navarro, Leonardo Daniel, Alejandra Lazcano, Cristóbal Lander
Sinopsis: Sebuah kisah cinta yang penuh dengan suka duka. Daniela seorang yang jelitawan tetapi dibesarkan dalam keadaan yang tidak menyebelahinya.

PASION MORENA (LATIN)
Hari/Masa Siaran: Setiap Isnin-Jumaat/11.00 malam
Pelakon: Victor González, Paola Nuñez, Anette Michel, Fernando Ciangherotti
Sinopsis: Saksikan kisah cinta seorang pengembara jelita bernama Morena dan Leo, yang dibesarkan di dalam hutan luas Amerika Selatan yang indah dan bagaimana mereka bersatu menentang musuh kepada cinta mereka.

ASTRO MUSTIKA HD (134)
ADAM & HAWA
Hari/Masa Siaran: Setiap Isnin – Khamis/10.00 malam
Pelakon: Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Anzalna Nasir, Dazrin Kamarudin, Alfaeza Ul Haq
Sinopsis: Ain Hawani terpaksa dikahwinkan dengan Adam apabila mereka berdua ditangkap berkhalwat atas salah faham. Meskipun Ain menafikannya, Adam hanya berdiam diri dan membiarkan semuanya berlaku. Kerana kecewa, Ain lari meninggalkan Adam keseorangan menanti kepulangan isteri yang dicintainya.

PRIMADONA
Hari/Masa Siaran: Setiap Jumaat/9.00 malam
Hos: Rozita Che Wan, Raja Azura, Ziela Jalil, Erra Fazira
Sinopsis: Sebuah rancangan temu bual bicara yang menyentuh tentang isu isu wanita dan akan mengupas isu isu yang sering melanda wanita melalui pengalaman hos hos dan juga para penonton. Tetamu khas juga akan dijemput setiap minggu untuk membantu dalam perbincangan isu isu tersebut.

ENTRI JAMEELA
Hari/Masa Siaran: Setiap Khamis/7.30 malam
Hos: Abu Talib & Maria Elena
Sinopsis: Program berbentuk majalah yang akan mengenengahkan tentang isu-isu semasa berdasarkan topic dan tema mingguan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Seniman Prihatin Charity Gala di Islamic Fashion Festival 2012

Get Up Close And Personal With Sharks