Lapan kumpulan sedia berentap
Astro Ceria sedia platform kanak-kanak tonjol bakat bidang tarian
Melihat kepada fenomena bidang tarian yang semakin menjadi ikutan ramai, Astro Ceria berbesar hati membawakan sebuah program realiti khas untuk kanak-kanak yang meminati bidang ini berjudul SUPERSTAR. Sebanyak lapan kumpulan peserta telah dipilih barisan juri profesional hasil pencarian bakat di lima buah negeri di seluruh negara. Kesemua peserta ini bakal bersaing dan mengejar gelaran juara yang akan disiarkan setiap hari Ahad bermula 11 November 2012 pada jam 11.00 pagi hanya di saluran Astro Ceria (611).
Lapan kumpulan peserta yang terpilih adalah THE IMPOSIBBLE KIDZ, E’QUEEN, AMY & MAJIDAH, SECRETS, GEMERSIK TARI, KRAZY-G, CAPTIVATION serta LEELEESM.
Pengurus Saluran Astro Ceria, Hadzelynda Khairuddin berkata, “Semenjak dilancarkan pada 31 Ogos 2006, Astro Ceria sentiasa menjadi pilihan utama penonton kanak-kanak di Malaysia. Program-program terbaik kami seperti Tom Tom Bak, Geng Bas Sekolah, Kamilah Bintang dan pelbagai program lain sentiasa menjadi pilihan utama penonton setia saluran ini. Tidak terhad kepada golongan kanak-kanak, rancangan televisyen yang disajikan di saluran ini juga ternyata turut digemari oleh seisi keluarga yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.”
Pihak Astro Ceria sentiasa tampil dengan kelainan selain memberi inspirasi dan aspirasi kepada kanak-kanak. Justeru, kami hadir dengan sebuah program pertandingan realiti untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang tarian yang turut mempromosikan amalan kehidupan yang sihat menerusi aktiviti fizikal ini. Kanak-kanak ini akan dilatih untuk memberikan tumpuan dan meningkatkan kecekapan mengikut rentak tari, seterusnya berupaya mencergaskan badan dan membina keyakinan dalam diri mereka.â€
“Selain mengasah bakat tarian yang dimiliki, para peserta juga boleh mengambil peluang ini untuk mempelajari pelbagai jenis tarian samada tradisional mahupun moden. Banyak yang mereka boleh kongsikan daripada gerak tari, koreografi dan juga fesyen terkini,” tambah Hadzelynda.
SUPERSTAR akan dikemudikan oleh penyanyi yang juga terkenal dengan kemahirannya menari shuffle, Khairil Azam Pilus atau Aril. Program ini turut membawakan pengacara kesayangan kanak-kanak, Aznil Haji Nawawi sebagai Penaung program SUPERSTAR. Terdahulu, Syera Aiyob akan muncul sebagai pengacara lokasi pada episod pertama yang akan menyiarkan aksi ujibakat di lima buah lokasi iaitu Kuantan, Johor Bharu, Kota Kinabalu, Kuching dan Shah Alam.
Selama lapan episod, para penonton akan dibawa melihat perkembangan setiap peserta ini. Pada episod pertama, penonton akan dibawa melihat sesi ujibakat yang telah diadakan sebelum ini. Sesi bengkel tari Superstar di episod kedua pula akan menyaksikan sebanyak 16 kumpulan peserta yang layak diasah lagi bakat mereka dengan tujuan memperlihat versatiliti dalam pelbagai genre tarian serta keserasian antara mereka sebagai persiapan untuk ke peringkat seterusnya.
Episod ketiga dan seterusnya bakal menyaksikan lapan kumpulan peserta bertanding dan mereka akan diadili oleh pihak juri dan proses penyingkiran akan dilakukan sehinggalah empat peserta terakhir dipilih untuk berentap di pusingan akhir kejuaraan SUPERSTAR pada episod kelapan.
Juara SUPERSTAR bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 berserta hadiah iringan.
Sepanjang pertandingan SUPERSTAR, kesemua peserta akan berpeluang untuk mendapat latihan dan bimbingan daripada koreografer terkenal dan terhebat tanahair iaitu Ray Redzuan, Dayang Dayana, Saiful, Alam, Lilo, Yandi, Arroy dan Becky. Persembahan mereka kemudian akan diadili oleh tiga orang juri dan markah akan diberikan berdasarkan teknik serta kemahiran, irama lagu, serta persembahan keseluruhan pertandingan.
Farah Sulaiman dan Mohd Zulfarqar, atau dikenali juga sebagai Belalang, merupakan dua juri tetap Superstar. Antara yang bakal menjadi juri jemputan pertandingan tarian ini adalah Nabil Ahmad dan Adam.
Hadzelynda menambah, “Menyaksikan anak atau adik-adik kita mengembangkan bakat dan belajar membina keyakinan diri dalam program Superstar merupakan suatu proses pembelajaran tambahan di luar bilik darjah. Sokongan yang diberikan oleh ibu bapa dan keluarga terhadap minat kanak-kanak ini pula menjadikan mereka merasa lebih dihargai dan disayangi, sekaligus memenuhi impian mereka untuk beraksi mempamerkan kebolehan masing-masing. Siapa tahu, ada di kalangan mereka yang bakal menjadi ikon seni tari negara yang terkenal dan disegani suatu hari nantiâ€
Jadi jangan lupa menyaksikan rancangan realiti khas untuk kanak-kanak yang meminati bidang tarian berjudul SUPERSTAR pada setiap hari Ahad bermula 11 November 2012, jam 11.00 pagi hanya di saluran Astro Ceria (611)! Untuk Kita Aje!
PROFIL PESERTA
Kumpulan | THE IMPOSSIBLE KIDZ
Nama | Joshry Adamme, 11 Tahun
Faritz Danial, 13 Tahun
Syarafana Aida, 12 Tahun
Asal | Selayang, Selangor
Genre Tarian | Hip Hop/Moden
Kumpulan | E’QUEEN
Nama | Fatin Wardinah, 10 Tahun
Aleesa Sofea, 9 Tahun
Asal | Seri kembangan, Selangor
Genre Tarian | Moden
Kumpulan | AMY & MAJIDAH
Nama | Amy, 13 Tahun
Majidah, 13 Tahun
Asal | Damansara Height, Kuala Lumpur
Genre Tarian | Ball, Jazz
Kumpulan | SECRETS
Nama | Rasyitah, 13 Tahun
Marsya, 13 Tahun
Fatin, 12 Tahun
Syarmimi, 12 Tahun
Firdaus, 10 Tahun
Asal | Kuala Lumpur
Genre Tarian | Hip Hop/Moden
Kumpulan | GEMERSIK TARI
Nama | Haziq, 12 Tahun
Aqmal, 11 Tahun
Ria, 13 Tahun
Hilal, 13 Tahun
Farid, 13 Tahun
Daniel, 10 Tahun
Asal | Johor Bahru, Johor
Genre Tarian | Tradisional
Kumpulan | CAPTIVATION
Nama | Farah Sofea, 13 Tahun
Liyana, 12 Tahun
Asal | Subang Jaya, Selangor
Genre Tarian | Ball/Jazz
Kumpulan | KRAZY – G
Nama | Yu Ki, 14 Tahun
Ying Ying, 14 Tahun
Louisa, 13 Tahun
Karen, 13 Tahun
Simone, 13 Tahun
Isabelle, 13 Tahun
LeAnn, 12 Tahun
Asal | Cheras, Kuala Lumpur
Genre Tarian | Moden
Kumpulan | LEELEESM
Nama | fairuz Wardina, 13 Tahun
Hariz, 13 Tahun
Siti Mariam, 13 Tahun
Zahirah, 13 Tahun
Asal | Shah Alam, Selangor
Genre Tarian | Moden