MASTERCHEF MALAYSIA KINI BERMULA!
Drama, Suspen dan Sentuhan Masakan bakal bersatu
Program realiti masakan popular dunia yang diperkenalkan buat pertama kali di negara ini iaitu MasterChef Malaysia kini bakal bermula. Program yang sudah lama dinantikan oleh penonton di Malaysia ini akan mula menemui penonton pada hari Sabtu ini, 22 Oktober di Astro Ria (saluran 104) jam 9.00 malam. Program realiti masakan nombor satu ini telah dijadualkan untuk bersiaran pada setiap hari kecuali hari Khamis dan Jumaat selama 11 minggu!
Program MasterChef ini bermula pada tahun 2009 di Australia dan mengukir sejarah tersendiri apabila mencatatkan jumlah penonton tertinggi di sana untuk rancangan bukan sukan iaitu seramai 4 juta penonton pada peringkat akhir tahun 2010. Fenomena hebat ini diteruskan oleh MasterChef UK yang turut menayangkan rancangan ini di 145 negara. Turut menjadi perhatian adalah MasterChef US dan MasterChef France yang semakin popular dikalangan jutaan penonton di seluruh dunia.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria; Puan Azlin Reza Azmi berkata, “Saya mewakili pihak Astro Ria secara jujurnya berasa amat teruja dan tidak sabar untuk membuka pintu dapur MasterChef Malaysia buat pertama kalinya bersama 40 orang peserta yang telah terpilih menerusi sesi saringan pemilihan yang ketat.
Walaupun ini merupakan kali pertama program ini diperkenalkan, kami berasa amat gembira dengan sambutan memberangsangkan yang diberikan oleh orang ramai terhadap program ini. Kami berharap pengisian yang ditawarkan pada kali ini mampu memberikan pengalaman menonton yang berbeza kepada para penonton.
Melihat daripada barisan peserta yang telah terpilih itu sendiri, apa yang dapat kami simpulkan di sini ialah rata-rata mereka ternyata mempunyai potensi yang berkualiti untuk bersaing serta pergi jauh dalam bidang masakan. Kesemua mereka datang daripada pelbagai latarbelakang yang berbeza seperti pelakon, doktor pergigian, pereka fesyen, penoreh getah dan pelajar universiti.
Menariknya lagi, kesemua 40 orang peserta ini terpaksa mengharungi beberapa siri rintangan dan penyingkiran sebelum 24 peserta terbaik berjaya meneruskan perjalanan mereka dalam MasterChef Malaysia. Pada penghujung rancangan ini, hanya seorang akan dinobatkan sebagai juara MasterChef Malaysia. Siapakah yang berjaya, ayuh kita saksikan bersama-sama,” jelas Azlin lagi.
Untuk musim pertama ini, PANASONIC ‘Cooking Magic’ hadir memberikan sokongan selaku penaja utama MasterChef Malaysia serta rakan penaja bersama iaitu Hong Leong Bank, Jaya Grocer, Maggi, MyChef dan NeuVida Omega-9 Cooking Oil.
Jangan lupa untuk menyaksikan siri program MasterChef Malaysia bermula pada hari Sabtu ini, 22 Oktober 2011, jam 9.00 malam di Astro Ria. Istimewa untuk penonton STARWORLD (saluran 711), Kuliah Master (Master Class) akan menemui para penonton pada setiap hari Khamis, jam 8.55 malam. Jangan lupa untuk jadikan rutin tontonan anda sekeluarga apabila MasterChef Malaysia akan bersiaran pada setiap hari kecuali hari Jumaat. Selamat Menonton!
Senarai Peserta MasterChef Malaysia
- Mohammad Danial Firdaus Shaharuddin
- Shahmin Che Rahim
- Nik Shahrezza Che Rahim
- Mohamad Saiful Alip
- Wahidan Hj Ag Supain
- Terrence O’ Brien Maarat
- Noor Anita Mohd Tahir
- Shahriah Adilah Abdullah
- Amita Tan See Yin
- Wan Nurul Anais Izzati Wan Ismail
- Wan Ahmad Zareer Wan Mohamad
- Deena Nalisa Mohd Zain
- Zeri Bin Zamri
- Ezani Farhana Md Monoto
- Mohd Zahin Othman
- Azlina Shah Shaharuddin
- Ary Malik
- Bryan Chen
- Wong Phooi Yee (Jesse)
- Tang Kit Wann
- Norhaslina Long Ibrahim
- Arshad Zamir Mohd Azmi,
- Felix Tan Pitt Yinn
- Azizah Zulkifli
- Raymond Clement Raj A/L Silvaraj
- Mastura Haji Talib
- Zuraidah Mohd Zulfakar
- Lee Wee Giap
- Kamaruzzaman Hassan
- Nik Micheal Imran
- Mohd Azmil Mohd Razman
- Siti Nur Azilah
- Imelda Maya Haris
- Rosemah Ibrahim
- Hoe Hui Ting
- Mohamad Danial Mohd Yusok
- Siti Aishah Binti Omar
- Fadzilina Jasmin
- Khairul Affendi Abd Zahid
- Ibnu Rasyeed Mat Isa