Maharaja Lawak Mega 2012 Kekalkan Konsep Tahun Lalu
Habuan untuk Juara meningkat. Sebanyak RM500ribu Menanti Juara Maharaja Lawak Mega
Wow, sekali lagi ganjaran yang sangat lumayan menanti untuk diberikan kepada juara Maharaja Lawak Mega musim kedua. Yang pasti, dalam 7 kumpulan yang bertanding, terselit di situ nama Jozan dan Boboi yang mempunyai jumlah peminat yang ramai.
Pada jam 3 petang semalam (22 Oktober 2012) telah berlangsung majlis pelancaran program Maharaja Lawak Mega di Suria on 12, Tingkat 12, Royale Bintang Damansara.
VIdeo Senarai Peserta
Siaran Langsung Maharaja Lawak Mega akan diadakan Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap hari Jumaat. Pasti ramai yang akan berebut untuk mendapatkan pass kerana tempat duduk sangat terhad.
Berikut adalah senarai peserta mengikut negara:
Malaysia: Pi Mai (Imuda dan Mat Over), Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil), Jozan (Johan dan Zizan), Sabon (Abon dan Sathia), Jambu (Taukeh dan Yus), R2 (Rahim dan Wan Lopez) dan Shiro (Shahrol dan Ajak).
Indonesia: Saywho (Eko, Bocil dan Vicha) & The Bandung Jokers (Dodon, Amin dan Aman)
Singapura: Dadidu (Bobo, AR Badul dan Arif Sudin).
Program Maharaja Lawak Mega 2012 akan tetap mengekalkan format seperti sebelum ini dengan membuka peluang kepada peserta negara jiran iaitu Singapura dan Indonesia bagi mengeratkan silaturahim antara tiga negara menerusi medium komedi.
Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani berkata, pihaknya membuat keputusan untuk mengekalkan format tersebut selepas merasakan ia berpotensi bagi mengembangkan industri komedi ketiga-tiga buah negara.
“Kita yakin dengan jemputan peserta daripada negara Singapura dan Indonesia dapat mengeratkan dan memeriahkan MLM 2012. Tambahan pula terdapat peserta tersebut pernah menyertai MLM sebelum ini dan pastinya peminat merindui mereka.”
Tiga kumpulan tersebut adalah Saywho (Eko, Bocil dan Vicha), The Bandung Jokers (Dodon, Amin dan Aman) dan Dadidu (Bobo, AR Badul dan Arif Sudin).
Manakala peserta lain adalah Pi Mai (Imuda dan Mat Over), Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil), Jozan (Johan dan Zizan), Sabon (Abon dan Sathia), Jambu (Taukeh dan Yus), R2 (Rahim dan Wan Lopez) dan Shiro (Shahrol dan Ajak).
Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani
Dalam pada itu, Nizam berkata, tiga lagi kumpulan iaitu Balas, Kecik dan Mamu perlu melalui satu ujian di Kerusi Panas MLM yang akan menentukan siapakah akan layak bertanding sebagai peserta kesebelas program itu.
“Ini adalah kelainan yang cuba kita tampilkan pada musim kali ini dengan meletakkan tiga kumpulan untuk ujian kerusi panas bagi menentukan siapakah yang layak untuk menjadi peserta kesebelas,” katanya.
Pemilihan peserta itu akan disiarkan pada 14 November depan pada pukul 10 malam.
Sementara itu, Nizam berkata, pertandingan itu akan menggunakan empat juri tetap iaitu dua daripadanya dari Malaysia manakala selebihnya dari Indonesia dan Singapura.
Bagaimanapun kata Nizam, MLM 2012 kali ini tidak akan mempunyai juri jemputan sebagaimana pada musim lalu.
“Barisan juri bukan daripada mereka yang terlibat dalam bidang komedi dan tidak akan ada juri jemputan,” ujarnya.
Sistem penghakiman masih dikekalkan dengan format 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton.
MLM 2012 akan bersiaran secara langsung bermula 16 November depan, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).