in ,

Senarai Peserta Fear Factor Selebriti Malaysia Musim Ke-2

Jika anda semua jadi penonton setia Fear Factor Selebriti Malaysia tahun lepas, pastinya tertunggu-tunggu bilakah pula program realiti yang diadaptasi daripada format program popular antarabangsa itu akan disiarkan semula. Hah, jangan risau sebab memang Astro tengah bersiap sedia untuk mencari peserta musim baru.

Setakat ini ada 16 orang peserta di kalangan selebriti dan Astro mahu mencari lagi di kalangan orang ramai di mana anda semua akan bergandingan dengan selebriti. Ya, itulah kelainan pada musim kali ini. Pasti ramai yang mahu join, kan? Budiey pun rasa nak join gak lah. Ada berani?

Fear Factor Selebriti Malaysia menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta. Format antarabangsa ini telah diubahsuai dan diberi nafas baru mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat di Malaysia.

Buat julung kalinya untuk musim ini, kesemua peserta yang terpilih akan bergandingan dengan 16 selebriti tanah air yang mana setiap kumpulan pasangan bakal berdepan dengan pelbagai ujian yang pastinya menguji tahap ketahanan serta keberanian masing-masing. Bukan itu sahaja, mereka juga harus bersedia untuk melakukan pelbagai aksi-aksi lasak dan mencabar untuk memastikan mereka terus kekal dalam program ini.

16 selebriti yang bakal beraksi dalam Fear Factor Malaysia adalah Yana Shamsudin, Shuib Sepah, Dira Abu Zahar, Izzue Islam, Erin Malek, Norman Hakim, Thanuja, Zain Saidin, Sari Yanti, Azura Zainal, Bambang Soteto, Nas T, Ungku Ismail, Shah Iskandar, Syed Ali, dan Rizal Jaafar.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria; Encik Raqim Ahmad berkata,

“Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin membangun, kami akan membuka saringan pertama sesi ujibakat secara online yang mana orang ramai boleh menghantarkan video penyertaan ke laman sesawang rasmi untuk penilaian pihak kami. Berdasarkan video yang dihantar, kami akan menyenarai pendek calon peserta yang layak untuk memasuki peringkat saringan yang seterusnya.”

Bermula pada 22 Julai hingga 18 Ogos 2013, calon peserta dikehendaki untuk menghantarkan rakaman video penyertaan yang tidak melebihi tempoh masa dua minit atau melebihi saiz 30MB ke laman sesawang rasmi di www.fearfactor.com.my

Cara-Cara Untuk Anda Sertai Uji Bakat Fear Factor Selebriti Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Bantu Pelajar Akademi Badminton AirAsia

Nora Danish Mengaku Berkawan Rapat Dengan Anak Menteri