in , ,

Senarai Persembahan di Istana Budaya Tahun 2020 Diumumkan di Konsert VM2020

Konsert VM2020 yang dirasmikan oleh YB Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia adalah sebuah persembahan kebudayaan dan seni pentas yang menghimpunkan beberapa acara menarik yang bakal berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya dan sekitar Kuala Lumpur bersempena kempen Visit Malaysia 2020.

Konsert ini diadakan secara kolaborasi pintar bersama agensi/jabatan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bertujuan merancakkan rangka promosi untuk menggalakkan kedatangan pelancong tempatan dan antarabangsa ke Malaysia.

Diserikan dengan barisan artis terkenal tanah air seperti Dato’ Jamal Abdillah, Dato’ Jeffrydin, Dato’ Ramli Sarip, Dato’ Yusni Hamid, Noraniza Idris, Syamel, Ernie Zakri, Asmidar, Idayu dan Rojer yang diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK), Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) serta Artis Tari Istana Budaya, konsert ini turut dimeriahkan dengan persembahan tarian oleh Kumpulan Genius Tari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Turut dipaparkan sepanjang konsert ini adalah video-video promosi program-program utama agensi/jabatan untuk tahun 2020 di bawah MOTAC antaranya JKKN, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta video Asia-Pacific Economic Cooperation(APEC)

Selain itu, kalendar program Istana Budaya turut diumumkan yang mana setakat ini terdapat 27 pementasan tempatan dan antarabangsa untuk sepanjang tahun 2020. Daripada jumlah tersebut, 8 adalah teater, 13 program muzik dan selebihnya tari, anugerah dan festival. Istana Budaya masih menerima banyak permohonan kemasukan produk pementasan dalam dan luar negara yang mampu menarik lebih ramai penggemar seni persembahan pentas serta dapat menjana pendapatan negara melalui hasil yang diperolehi melalui jualan tiket.

Selain konsert, terdapat pameran produk dan perkhidmatan daripada agensi/jabatan iaitu JKKN, Kraftangan, PNM, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dan Malaysia Tourism Centre (MaTiC). Istana Budaya dengan kerjasama Persatuan Bentan Malaysia turut mengadakan acara pembinaan Tanjak Terbesar Malaysia & Dunia berserta pameran tanjak bermula awal pagi.

Di dalam ucapan perasmian beliau, YB Tuan Muhammad Bakhtiar mengharapkan suasana konsert ini dapat menjadi gambaran kepada orang ramai akan kemeriahan negara meraikan tahun 2020 dengan pelbagai acara utama antaranya menjadi tuan rumah untuk Persidangan APEC, Kuala Lumpur World Book Capital 2020 (KLWBC 2020), KL Biennale 2020 dan menganjurkan lebih 100 acara seni kebudayaan dan pelancongan seperti Majlis Rumah Terbuka Malaysia, CITRAWARNA, Magic of the Night, Festival Vasakhi dan program di negeri-negeri.

YB Tuan Muhammad Bakhtiar juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak media cetak dan elektronik yang tidak putus memberikan sokongan kukuh berserta hebahan juga publisiti kepada semua program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2019. 

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia berserta kesemua agensi/jabatan mengharapkan sokongan yang sama diteruskan lagi pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang. 

SENARAI PEMENTASAN PROGRAM ISTANA BUDAYA 2020

BILPERSEMBAHANGENRETARIKH
1.FEEL THE HEAL CHARITY CONCERT BY ANI CHOYING DROLMAMUZIK4 JANUARI
2.KONSERT VM2020MUZIK11 JANUARI
3.OPENING CEREMONY OF 2020 YEAR OF CULTURE AND TOURISM BETWEEN CHINA AND MALAYSIAPERSEMBAHAN KEBUDAYAAN 19 JANUARI
4.SEMARAK PERTIWIKU (SPRM)TEATER 30 & 31 JANUARI
5.KORUPSI DEWAN SEMANDUNGTEATER7 & 8 FEBRUARI
6.KONSERT KEMBARA KITA MUZIK14 & 15 FEBRUARI 
 7. KESUMA JIWA 2020MUZIK & PERSEMBAHAN FESYEN 20 FEBRUARI 
8.KONSERT NUSANTARAMUZIK29 FEBRUARI & 1 MAC
9.SITI DI ALAM FANTASITEATER14 – 21 MAC
10.KONSERT KHAI BAHARDARI SMULE KE PENTAS DUNIAMUZIK27 & 28 MAC
11.ASIAN WORLD PREMIERE OF THE SLEEPING BEAUTY BY ST PETERSBURG THEATRE RUSSIAN BALLETTARIAN 3 – 5 APRIL
12.PERASMIAN FESTIVAL FILEM MALAYSIA 13PERASMIAN ANUGERAH9 APRIL
13.KONSERT AMAL ALUNAN IRAMAMUZIK12 APRIL 
14.KONSERT 4G’SMUZIK17 & 18 APRIL
15.FABULOUS FRIDAY – DATO’ M. NASIR & DATO HATTANMUZIK26 JUN
16.KONSERT DIRAJA (DYMM SPB YDP AGONG)MUZIK28 JUN
17.PUTERI GUNUNG LEDANG THE MUSICALTEATER3 JULAI – 3 OGOS
18.KONSERT 40 TAHUN PERSADA SENI JAMAL ABDILLAHMUZIK14 – 16 OGOS
19. 4TH MIFFEST/MALAYSIA GOLDEN GLOBAL AWARDS ANUGERAH22 OGOS
20.CROSSING TO TALIKOTATEATER29 & 30 OGOS
21.INSPITARI (JKKN)TARIAN2 & 3 SEPTEMBER
 22. MALAI FEST 2020 & KONSERT NORANIZA IDRIS FESTIVAL & MUZIKFESTIVAL: 7 – 12 SEPTEMBERKONSERT: 11 & 12 SEPTEMBER
23.EVERGREEN SYMPHONY ORCHESTRA MALAYSIA CONCERT TOURMUZIK24 OKTOBER 
24.YA RASULULLAHTEATER28 OKTOBER – 1 NOVEMBER
25.PURE LAND THE MUSICALTEATER19 – 22 NOVEMBER
26.SWAN LAKE – ST PETERSBURG BALLET THEATRE KL TOUR TARIAN23 – 30 NOVEMBER
27.ALADDINTEATER5 – 13 DISEMBER

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengumuman Persembahan Fasa Pertama NUSA FEST

Netflix’s, The Ghost Bride (彼岸之嫁), A Uniquely Malaysian Story