Tinggal lima hari lagi, iaitu tanggal 3 Mei ini, Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bakal menyaksikan satu lagi acara anugerah penuh gilang gemilang khusus untuk mengiktiraf hasil kerja karyawan tempatan khususnya dalam bidang muzik.
Inilah juga masanya untuk pengiat seni berkumpul di satu lokasi sekali gus meraikan pencapaian teman seperjuangan yang bertungkus lumus menghasilkan kerja seni yang terbaik supaya industri muzik tanah air terus relevan dan tidak tersungkur dek pelbagai tekanan yang menerjah.
Sebagai acara penuh glamour dan bertaraf Anugerah Grammy, Anugerah Industri Muzik ke 15 bukan sekadar mempamerkan persembahan artis terkenal tetapi turut menyelitkan acara permaidani ‘biru’ untuk artis dan selebriti yang diundang, bergaya sakan dengan penampilan mewah dan bercitarasa tinggi. Mengapa permaidani biru? Yea, sudah tentu kerana penaja utamanya Celcom!
Bakal dipancarkan secara langsung oleh Stesen TV Rasmi AIM15, NTV7 pada jam 9 malam dan dapat didengarkan secara langsung melalui Stesen Radio rasmi Hot FM & Fly FM, antara artis yang akan memperdengarkan kelunakan vokal mereka terdiri daripada:
- Anuar Zain
- Atilia
- Boomerangx
- Dafi
- Dato’ Siti Nurhaliza
- Dayang Nurfaizah
- Estranged
- Faizal Tahir
- Fiq (Mentor)
- Hazami
- Karen Kong
- Mawi
- Pop Shuvit
- Rahim Maarof
- Suki
Budiey dikhabarkan Dato’ Siti Nurhaliza akan mengenakan pakaian rekaan dari Azura. Harapnya rekaan kali ini tidak sama dengan busana yang pernah dipakai Siti di Anugerah Planet Hollywood.
Untuk persembahan Siti, Budiey ada dengar Siti diletakkan dalam satu segmen khas bersama dengan Dayang Nurfaizah dan Atilia di mana mereka ditugaskan untuk membawa sebuah lagu yang popular sepanjang 25 tahun dalam industri muzik Malaysia. Bermakna, Siti tidak akan membawa lagu sendiri. Mungkin Siti akan bawa lagu dari lagenda muzik Malaysia. Untuk Atilia, Budiey rasa pasti penyanyi itu akan membawa lagu ibunya sendiri, Salamiah Hassan.
Kesemua persembahan yang pastinya hebat ini akan diiringi oleh kumpulan pemuzik profesional, diketuai oleh Pengarah Muzik, Aubrey Suwito. Pasti muzik lebih gempak!
Manakala barisan artis yang diberi peluang dan penghormatan untuk menyampaikan trofi kepada pemenang-pemenang pada malam kemucak AIM15 nanti terdiri daripada:
- Alif Aziz
- Anne (Hot.FM)
- Ben (Fly.FM)
- Daniel Lee
- Datin Julie Sudiro
- Diddy
- Dr Fazley
- Elyana
- Farawahida
- Kartini (Hot.FM)
- Mila
- Pete Teo
- Sean Ghazi
- Shebby Singh
- Sohaimi Mior Hassan
Majlis penuh gilang gemilang dan paling berprestij untuk mengiktiraf hasil kerja penggiat industri muzik ini akan dihoskan oleh pengacara hebat dan sensasi iaitu Afdlin Shauki dan Adibah Noor. Setengah jam sebelum malam kemuncak disiarkan secara langsung, ntv7 juga akan menyiarkan lintas langsung acara ‘karpet biru’ sebagai Kemuncak.
Bagi peminat di luar sana yang masih belum mendapatkan tiket untuk menyaksikan AIM15 boleh berbuat demikian dengan menghubungi Cik Sha di talian 03- 4044 5388 untuk membuat tempahan tiket AIM15.
Semoga Kemuncak AIM 15 nanti bakal menghidangkan sebuah persembahan hebat untuk santapan semua peminat seni muzik tanahair. Kepada pembaca Sensasi Selebriti yang join, kita jumpa di sana ya!
[tags]show aim15, anugerah industri muzik, pemenang aim15, keputusan pemenang, Alif Aziz, Anne Hot.FM, Ben Fly.FM, Daniel Lee, Datin Julie Sudiro, Diddy, Dr Fazley, Elyana, Farawahida, Kartini Hot.FM, Mila, Pete Teo, Sean Ghazi, Shebby Singh, Sohaimi Mior Hassan, Anuar Zain, Atilia, Boomerang, Dafi AF, Dato’ Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Estranged, Faizal Tahir, Fiq Mentor, Hazami, Karen Kong, Mawi, Pop Shuvit, Rahim Maarof, Suki, NTV7, salamiah hassan[/tags]