Anugerah Planet Muzik 2016 (APM) yang bersiaran pada hari Jumaat 30 September 2016, menyaksikan 19 kategori dipertandingkan Anugerah Planet Muzik merupakan acara penganugerahan berprestij yang mengiktiraf bakat-bakat muzik terbaik dalam industri Muzik Melayu serantau.
Antara Artis Malaysia yang menerima pencalonan kali ini ialah Faizal Tahir, Ayda Jebat, Akim & The Majistret, Bunkface, Caliph Buskers, Datuk Sheila Majid, Dayang Nurfaizah, Nor Fazura, Edry Abdul Halim, Hazama, Hujan, Indah Ruhaila, Janna Nick, Nanasheme, Noh Salleh, Stacy dan Projecter Band.
Anugerah Planet Muzik 2016 diadakan di Teater MediaCorp Singapura, turut bersiaran secara langsung di Astro Ria (Malaysia & Brunei), Mediacorp Suria (Singapura), dan NET.TV (Indonesia) bermula jam 8.30 malam.
Senarai Penuh Pemenang Anugerah Planet Muzik APM 2016
[dropcap]K[/dropcap]umpulan Caliph Buskers yang membawa pulang dua trofi menerusi Lagu Terbaik APM dan Lagu Terbaik (Malaysia) menerusi lagu Hanya Namamu.
Penyanyi yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna menerima Anugerah Rentas Planet di malam kemuncak Anugerah Planet Muzik 2016 (APM 2016) yang berlangsung di The Theatre at Mediacorp di sini, malam tadi.
[pullquote align=“left”]Yuna dalam satu klip video mengucapkan terima kasih dengan penganugerahan yang dianggap antara tertinggi dalam kerjayanya.[/pullquote]
“Terima kasih kepada APM yang menghargai saya dan anugerah ini sangat bermakna bagi kerjaya seni saya,” katanya.
Yuna tidak dapat hadir kerana sedang mengadakan siri jelajah persembahannya di Amerika Syarikat.
Selain itu, gelaran Kolaborasi Terbaik dimenangi penyanyi tempatan Awi Rafael dan Ayai Ilusi manakala Anugerah Khas Planet Muzik diberikan kepada komposer dan penerbit S Atan.
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat muncul Artis Paling Popular pada Anugerah Planet Muzik (APM) 2016, di sini, malam ini, menewaskan bintang Singapura dan Indonesia.
Ayda yang popular dengan lagu Pencuri Hati mengetepikan pencabar seperti Afgan, Yuna dan Taufik Batisah, yang turut dicalonkan dalam kategori sama.
“Syukur kepada Allah dan semua ini adalah tanda sokongan peminat yang terus bersama saya. “Saya terharu kerana kemenangan ini juga justifikasi sokongan dari negara jiran Singapura dan Indonesia,” katanya.
Ayda kelihatan terkejut dan hampir hilang kata-kata ketika berucap di pentas. Dia menjadi antara bintang yang menarik perhatian ramai dengan pencalonan dalam lima kategori.
Pelakon Rindu Awak 200 Peratus itu turut menganggap kemenangan itu sebagai pembakar semangat. Ayda juga mendedikasikan kemenangan itu buat kelab peminatnya AJ Screamers, yang menjadi tulang belakang kerjaya seninya.
Ayda yang terkenal dengan tagline ‘muahciked’ turut mengungguli kategori Lagu Paling Popular APM menerusi lagu Pencuri Hati serta Ikon Media Sosial.
Sementara itu, Yuna diangkat sebagai penerima Anugerah Rentas Planet atas kecemerlangan kerjaya muziknya yang merentasi pasaran antarabangsa.
Yuna mengucapkan terima kasih dengan penganugerahan yang dianggap antara tertinggi dalam kerjayanya melalui rakaman video.
“Terima kasih kepada APM yang menghargai saya dan ini anugerah sangat bermakna bagi kerjaya seni saya,” katanya. Yuna tidak dapat hadir kerana sedang mengadakan siri jelajah persembahannya di Amerika Syarikat (AS).
Selain itu, komposer dari Malaysia, S Atan diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas APM 2016.
Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan pada Anugerah Planet Muzik (APM) tahun 2016
– BHarian