Acara bersejarah ini dianjurkan oleh MUNSYID Malaysia dengan sokongan dan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama) manakala dipilih sebagai penyiar rasmi. Selain itu, ianya turut mendapat sokongan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia ( YaPEIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM) dan Pusat Pungutan Zakat – MAIWP sebagai rakan strategik ANAM 2020.
Ini adalah kali pertama sebuah acara anugerah nasyid dapat dilangsungkan dengan penuh berprestij dengan penglibatan dan sokongan 2 kementerian. Pastinya ia dianggap oleh peminat dan aktivis nasyid Malaysia sebagai satu bentuk penghormatan dan pengiktirafan tertinggi bagi penggiat industri nasyid tempatan oleh pihak kerajaan.
ANAM 2020 akan dihoskan oleh pengacara popular Farah Fauzana yang bergandingan bersama artis nasyid terkenal Hafiz Hamidun. Dengan pengalaman luas Farah dalam bidang pengacaraan dan pengetahuan mendalam Hafiz dalam industri nasyid tanah air, pastinya gandingan ini akan menawarkan sesuatu yang berbeza dan unik pada malam Anugerah Nasyid Malaysia 2020 nanti.
Selain daripada persembahan istimewa daripada barisaan artis nasyid popular tanah air seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz, Brothers dan Inteam, ANAM 2020 turut diserikan dengan persembahan daripada Dato Jamal Abdillah, Naim Daniel, Khai Bahar, Colour of Voices dan ramai lagi. Antara selebriti yang bakal tampil di pentas ANAM 2020 sebagai penyampai anugerah pula adalah Altimet, Dato Nash, Along Exists dan IM Ashraf.
Senarai Pemenang Anugerah Nasyid Malaysia 2020 (ANAM2020)
Artis Nasyid Pilihan:
Inteam
Artis Nasyid Baru
Aniq Muhai
Artis Nasyid Nusantara
Sabyan
Artis Rakaman Nasyid Terbaik
Amin Nordim
Lagu sakit
Artis : areef
Susunan muzik nasyid terbaik
Omar K
Lagu Putaran
Artis : fareed zane
Anugerah video muzik terbaik
Tiada pemenang
Anugerah vokal nasyid terbaik
Rabbani
Lagu ittihad
Lirik Nasyid Terbaik
Ito Lara
Lagu ittihad
Anugerah Khalifah
Raihan
Anugerah kembara ANAM2020
Inteam
Anugerah lagu nasyid terbaik
Ittihad
Rabbani
ANAM 2020 telah menerima 585 penyertaan bagi 9 kategori yang dipertandingkan iaitu Lagu Nasyid Terbaik, Lirik Nasyid Terbaik, Susunan Muzik Nasyid Terbaik, Vokal Nasyid Terbaik , Rakaman Lagu Nasyid Terbaik, Video Muzik Nasyid Terbaik , Artis Nasyid Pilihan, Artis Nasyid Baru Pilihan dan Artis Nasyid Nusantara Pilihan.
Manakala 2 lagi kategori iaitu Anugerah Kembara dan Anugerah Khalifah pula adalah anugerah khas yang dikhususnya kepada individu atau kumpulan yang telah memperoleh pencapaian tertinggi yang dinilai oleh panel khas yang dilantik Jawatankuasa Penganjur ANAM 2020.
Bagi 3 kategori undian peminat iaitu Artis Nasyid Pilihan, Artis Baru Nasyid Pilihan dan Artis Nasyid Nusantara Pilihan, 8 finalis bagi setiap kategori telah disenarai pendek untuk diundi oleh para peminat masing-masing bermula 17 Disember 2020 di laman sesawang www.anam.my.
Senarai finalis bagi kategori tersebut adalah seperti berikut:
ARTIS NASYID PILIHAN
ARTIS NASYID BARU PILIHAN
ARTIS NASYID NUSANTARA PILIHAN
- Fitri Harris
- Hijjaz
- Inteam
- Rabbani
- Rabithah
- Raihan
- The Helmis
- UNIC
- Aniq Muhai
- Ashabul Kahfi
- Darwish
- Farhatul Fairuzah
- Farred Zane
- Fuad Ko
- Lutfan
- Zayne
- Ar Redhuan ( Brunei )
- Farn Farhan ( Thailand )
- Nissa Sabyan ( Indonesia )
- Nur Firdaus ( Brunei )
- Sufi Jamal ( Singapura )
- Syakir Daulay ( Indonesia )
- Tasnim ( Singapura )
- Wildarn ( Thailand )
Bagi 6 kategori yang dinilai oleh juri professional pula, 3 finalis bagi setiap kategori akan diumumkan pada 21 Disember 2020 selepas berakhirnya proses penjurian oleh barisan juri professional.
Rabbani & Inteam menang besar di ANAM 2020
Kumpulan Rabbani dan Inteam menang besar menerusi Anugerah Nasyid Malaysia (ANAM) 2020 yang dipancarkan secara langsung di Auditorium Perdana Wisma TV, Angkasapuri, malam tadi.
Rabbani menyerlah menerusi lagu Ittihad ciptaan Daqmie dan lirik oleh Ito Lara yang dilancarkan pada 2018 menang kategori Lirik Nasyid Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik dan Vokal Nasyid Terbaik.
Manakala, Inteam yang baru saja menyambut ulang tahun ke-20 menang dua kategori, Artis Nasyid Pilihan dan Anugerah Kembara. Raihan pula diumumkan sebagai pemenang kategori Anugerah Khalifah.
Anugerah Khalifah dan Kembara diwujudkan khusus kepada individu atau kumpulan yang memperoleh pencapaian tertinggi dinilai oleh panel khas yang dilantik Jawatankuasa Penganjur ANAM 2020.
Sementara itu, bagi kategori Artis Nasyid Baru dimenangi Aniq Muhai dan Artis Nasyid Nusantara (Sabyan). Manakala, Juru Rakam Lagu Nasyid Terbaik, Amin Nordin menerusi lagu Sakit nyanyian Areef dan Susunan Muzik Nasyid Terbaik pula dimenangi Omar K menerusi lagu Putaran nyanyian Fareed Zane.
ANAM 2020 yang julung kalinya dianjurkan oleh Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (MUNSYID) mendapat kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dengan sokongan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan stesen RTM sebagai penyiar rasmi.
Selain itu, ia turut mendapat sokongan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia ( YaPEIM), Yayasan Taqwa-MAIWP dan Pusat Pungutan Zakat – MAIWP sebagai rakan strategik.
Ini adalah kali pertama anugerah nasyid berlangsung dengan penuh berprestij membabitkan sokongan dua kementerian. Ia dianggap aktivis nasyid sebagai penghormatan dan pengiktirafan bagi penggiat industri nasyid tempatan oleh pihak kerajaan. ANAM 2020 dihoskan Fara Fauzana dan Hafiz Hamidun.
Keputusan 11 kategori dipertandingkan disiarkan secara langsung di TV1 membabitkan barisan penyampai trofi dan pemenang. Manakala, segmen persembahan membabitkan Datuk Jamal Abdillah, Naim Daniel, Khai Bahar, Colour of Voices dan ramai lagi sudah dirakam awal.
Malam kemuncak ANAM 2020 diserikan dengan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.