in

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Drama Festival KL 2015

Drama berjudul Rindu Awak 200% lakonan Zul Ariffin dan Ayda Jebat diumumkan sebagai Drama Pilihan pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 (DFKL) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, malam Sabtu.

Drama 26 episod yang disiarkan dislot Akasia TV3 turut merangkul tiga kategori lain iaitu Pengarah Drama Pilihan, Aidilfitri Mohamed Yunos, Pelakon Lelaki Pilihan, Zul Ariffin dan Penulis Skrip Pilihan, Nieza Zahar.

Manakala, Amyra Rosly memenangi kategori Pelakon Wanita Pilihan menerusi drama Kristal Maya.

#LiveUpdate : Tirai Malam Anugerah Drama Festival KL 2015 dibuka dgn persembahan tarian battle dari Showdown The Movie. #DramaFestKL2015

Drama Setitis Kasih Darmia melayakkan gandingan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose dipilih sebagai Hero dan Heroin Pilihan.

Anugerah DFKL merupakan kali kedua dianjurkan rangkaian televisyen Media Prima Berhad, TV3 dan TV9, membuka undian kepada penonton di laman web DFKL sejak 1 November hingga 8 Februari lalu bagi memilih pemenang untuk tujuh kategori utama yang dipertandingkan.

Pemenang lapan kategori utama membawa pulang trofi sumbangan TV3.

Undian terbabit turut memilih drama Selamat Pengantin Madu lakonan Fasha Sandha, Aiman Hakim Redza, dan Eina Azman dipilih sebagai Barisan Pelakon Pilihan.

Selain kategori utama, DFKL turut mempertandingkan Drama Pendek Terbaik yang diadili oleh juri profesional yang memilih drama Luahan Abah arahan Muhamad Haizad Hashim sebagai juara dan meraih hadiah wang tunai RM10,000.

Manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi drama Telefon Pintar arahan Mohamad Al Hafiz Burhanuddin dan drama Azmir Nak Jadi Produser arahan Mohd Faliq Mohd Sharif dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan RM3,000.

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 dihoskan oleh AG dan Yana Samsudin.

Majlis tersebut turut dihiburkan dengan persembahan Najwa Latif, Fatiya Latiff, Aiman Hakim Redza, Black Hanifah, Azmir dan Sarah Mentor.

Anugerah DFKL ini bertujuan mengiktiraf drama-drama pilihan penonton yang dipilih berdasarkan kadar tontonan tertinggi di semua slot drama TV3 dan TV9 sepanjang tahun 2014.

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur disiarkan secara langsung menerusi TV3.

Senarai penuh pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur:

Drama Pilihan: Rindu Awak 200%

Pelakon Lelaki Pilihan: Zul Ariffin (Rindu Awak 200%)

Pelakon Wanita Drama Pilihan: Amyra Rosli (Kristal Maya)

Pengarah Pilihan: Aidilfitri Mohamed Yunos (Rindu Awak 200%)

Penulis Skrip Pilihan: Nieza Zahar (Rindu Awak 200%)

Barisan Pelakon Pilihan: Selamat Pengantin Madu

Hero & Heroin Pilihan: Shaarnaz Ahmad & Nelydia Senrose (Setitis Kasih Darmia)

Drama Pendek: Luahan Abah ( Muhamad Haizad Hashim)

Di karpet merah bersama dua Hero Malaya #DramaFestKL

Lepak semeja bersama @azmilmentorlegend Juara Mentor Legend yg akan perform lagu Kau Tercipta (OST Istikharah Cinta) berduet dgn Sara di #DramaFestKL

Selfie dgn @hafizulkamal & pasangan di karpet merah Malam Anugerah #DramaFestKL2015

Selfie dgn @wakdoyok & @ardellaryana di karpet merah Malam Anugerah #DramaFestKL2015

Bersedia di karpet merah untuk rakaman temubual eksklusif bersama selebriti yg hadir di Malam Anugerah Drama Festival KL 2015. Tonton nanti di Youtube Channel Budiey.com: www.youtube.com/budiey27 #DramaFestKL2015

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tasha Manshahar Puas Hati Dengan TERIMA KASIH CINTA

Anuar Zain Masuk Konti BEST FM