Anugerah Industri Muzik 19 telah pun berlangsung dan senarai penuh keputusan pemenang sudah pun kita ketahui.
[dropcap]T[/dropcap]ahniah buat Lagu Patah Seribu nyanyian Shila Amzah yang diangkat sebagai Lagu Terbaik. Tiba-tiba nama Shila Amzah dijulang di sebuah anugerah berprestij yang mengiktiraf anak seni di Malaysia. Sebalum ini mana ada. Satu keputusan yang tidak disangka-sangka mengembirakan Shila Amzah dan peminatnya, Shilalas. Mungkin kalau Shila Amzah tidak menang di Asian Wave, Shanghai, China takde kot juri nak kasi kat Shila Amzah. Tapi ini adalah anugerah untuk lagu, bukan untuk artis. Juri pastinya, dah tahu apa kelebihan dan istimewanya lagu Patah Seribu. Best lagu ni, Budiey pun layan gak.
[dropcap]T[/dropcap]ak kurang kemenangan ini diperkatakan ramai pihak di media sosial, apabila Shila Amzah secara spontannya mencium tangan buah hatinya, Sharnaaz selepas diumunkan sebagai pemenang. Ramai sekali yang menjadi tukang komen dan komplen dengan tindakan Shila Amzah itu. Ada baik juga Shila Amzah mengambil komen mereka di Twitter ini dengan hati terbuka dan jiwa yang positif.
Shila mencipta sejarah untuk dirinya sendiri apabila kali pertama menerima pengiktirafan di negara sendiri selepas menjadi juara dalam pertandingan Asian Wave 2012 pada 17 September lalu. Siap Shila Amzah berucap dalam bahasa Mandarin pulak.
Patah Seribu yang juga pemenang bagi kategori Lagu Pop Terbaik telah menewaskan lima lagu lain iaitu Counting Days (Jaclyn Victor), AKu Maafkan Kamu (Malique & Jamal Abdillah), Idola (Azlan & The Typewritter), Doa (Nora) dan Kuasa Cinta (Noraniza Idris) yang juga merupakan pemenang bagi kategori masing-masing.
Shila Amzah bagaimanapun tewas untuk Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) apabila ianya dimenangi Jaclyn Victor menerusi lagu Counting Days.
Lebih bermakna apabila karya berkenaan adalah hasil ilham Shila sendiri daripada penulisan lirik sehingga penciptaan lagu. Jadi, Shila Amzah mengusung ketiga-tiga trofi untuk dibawa pulang. Shila Amzah menerima trofi kemenangan daripada penyanyi terkenal, Datuk Hattan.
Bukan itu sahaja, Patah Seribu turut dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori Lagu Pop Terbaik menewaskan karya lain seperti Jagalah Diri (Jaclyn Victor) dan Terukir Di Bintang (Yuna). Satu kejayaan berganda-ganda bagi Shila Amzah. Pastinya tahun ini memberikan satu impak yang besar dalam karier beliau sebagai penyanyi. Banyak kenangan manis dan kejayaan telah diraikan oleh Shila Amzah.
[pullquote align=”right”]”Saya amat terharu dengan kemenangan ini. Ia adalah kejayaan pertama saya di negara sendiri.” – Shila Amzah[/pullquote]
Sementara itu bagi kategori Album Terbaik jatuh kepada kumpulan SalamMusik menerusi album sulung mereka berjudul Salam. Kumpulan yang dianggotai oleh 10 orang anak seni ini telah menewaskan calon lain seperti Stacy, Nora, Hujan dan Pesawat.
Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor turut merangkul dua anugerah pada malam itu menerusi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) melalui lagu Counting Days dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.
Kumpulan remaja, Forteen merangkul anugerah dalam kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu menerusi Seperti Dulu.
Sementara itu, kumpulan baru SalamMusik telah mencipta kejutan apabila album mereka, juga berjudul SalamMusik telah diiktiraf sebagai Album Terbaik AIM19. Ini merupakan satu langkah bertuah mereka ke dalam dunia seni meskipun tewas dalam Artis Baru Terbaik kepada kumpulan Mojo.
Manakala penyanyi veteran, Jamal Abdillah merangkul trofi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) dan turut diumumkan sebagai penerima trofi menerusi kategori Lagu Hip Hop Terbaik gandingannya bersama Malique (Too Phat) melalui lagu Aku Maafkan Kamu.
Bagi kategori Artis Baru Terbaik, AIM 19 menobatkan kumpulan Mojo sebagai penerima anugerah tersebut sementara Lagu Rock Terbaik diterima oleh Azlan The Typewriter melalui lagu Idola.
Penerima anugerah lain adalah Noraniza Idris untuk kategori Lagu Pop Etnik Terbaik menerusi lagu ciptaan Edrie Hashim dan Ahmad Fedtri Yahya iaitu Kuasa Cinta.
[dropcap]A[/dropcap]nugerah Sri Wirama AIM18 diberikan kepada kumpulan Alleycats atas sumbangan dan kejayaan mereka dalam bidang muzik selama 43 tahun. Trofi tersebut disampaikan oleh Pengerusi RIM, Norman Abdul Halim dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu ASTRO, Khairul Anwar Salleh.
[pullquote]Acara tersebut dihoskan oleh Aznil Nawawi dan Adibah Nor.[/pullquote]
Anugerah Kembara tahun dianugerahkan kepada Mizz Nina di atas usahanya membawakan muzik Malaysia di rantau antarabangsa, terutamanya dari segi berkolobrasi dengan penyanyi-penyanyi terkenal dunia selain jelajahnya di Amerika Syarikat.
AIM19 telah bersiaran secara langsung dari Stadium Melawati, Shah Alam dan dihoskan oleh pasangan pengacara popular, Aznil Hj Nawawi dan Adibah Noor. Malam anugerah ini turut bersiaran di Astro Ria (saluran 104) dan Mustika HD (saluran 134).
AIM 19 turut menampilkan persembahan hebat pada malam itu seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Hafiz menerusi lagu Muara Hati, GX4, Nirwana, Stephen Rahman Hughes dan Forteen.
Berikut adalah senarai penuh pemenang AIM 19:
1. Artis Baru Terbaik: Mojo (Andai Ku Bercinta Lagi)
2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki): Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)
3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita): Jaclyn Victor (Counting Days)
4. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu : Forteen (Seperti Dulu)
5. Kulit Album Terbaik: Even Odds Sdn. Bhd. – MizzNina (Take Over)
6. Rakaman Album Terbaik: Rahmad Ayob – Nora (Hikmah)
7. Video Muzik Terbaik: Quek Shio Chuan – Yuna (Sparkle)
8. Lagu Pop Etnik Terbaik: Kuasa Cinta (Edrie Hashim/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
9. Lagu Nasyid Terbaik: Doa (Gjie 6ixth Sense/Lukhman S) – Nora
10. Lagu Rock Terbaik: Idola (Audi Mok/Dark) – Azlan & The Type Writer
11. Lagu Pop Terbaik: Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah
12. Lagu Hip Hop Terbaik: Aku Maafkan Kamu (Malique/Jamal Abdillah/Tripdizs/Malique) – Jamal Abdillah & Malique
13. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: Counting Days (Aubrey Suwito/Aubrey Suwito/Lin Li Zhen) – Jaclyn Victorr
14. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara: Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)
15. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu: Aubrey Suwito (Counting Days – Jaclyn Victor)
16. Album Terbaik: SalamMusik (Salam – SalamMusik)
Tahniah buat semua pemenang!