Semasa berlangsungnya malam pembukaan AIFFA 2019 (ASEAN International Film Festival & Awards) yang bertemakan PARTY BY THE RIVER di Hotel Margherita Waterfront, Kuching, Sarawak. juri AIFFA telah mengumumkan senarai penuh pencalonan Top 5 untuk semua kategori anugerah filem yang dipertandingkan. Senarai pendek ini telah ditapis oleh juri dari senarai pencalonan penuh penyertaan yang diterima oleh AIFFA.
Malam pembukaan semalam turut dihadiri oleh YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Minister of Tourism, Artis, Culture, Youth and Sports Sarawak. Turut memeriahkan acara ialah pelakon Hollywood, Steven Seagal.
YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman mengatakan bahawa #AIFFA2019 merupakan sebahagian daripada promosi Tahun Melawat Sarawak.
Sebanyak 9 kategori telah diumumkan di AIFFA2019 dan negara Malaysia telah berjaya menerima 8 nominasi pencalonan diantara 9 kategori di mana Malaysia tidak menerima pencalonan dari kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Mungkin kita kena tanya juri, kenapa tiada pencalonan dari negara Malaysia untuk kategori ini.
Pemenang akan diumumkan pada hari Sabtu ini (27/4/2019) di Hotel Pullman, Serawak.
Pelakon veteran Indonesia, Slamet Rahardjo juga mendapatkan penghargaan Lifetime Achievement atas kiprah dan prestasi beliau di dunia perfilman.
Selamat untuk para nominee!
HERE ARE THE NOMINEES FOR AIFFA 2019:
Best Film Editing
1. Rina 2 – Brunei
2. Tengkorak – Indonesia
3. Ave Maryam – Indonesia
4. Guang – Malaysia
5. Song Lang – Vietnam
Best Director of Photography
1. “Na Gyi” Mi – Myanmar
2. “Ipung Rachmat Syaiful” 27 Steps of May – Indonesia
3. “Bob Nguyen” Song Lang – Vietnam
4. “TM Malones” Baconaua – Philippines
5. “Chen Ko Chin” Shuttle Life – Malaysia
Best Screenplay
1. 27 Steps of May – Indonesia
2. Crossroads: One Two Jaga – Malaysia
3. Shuttle Life – Malaysia
4. Signal Rock – Philippines
5. Song Lang – Vietnam
Best Supporting Actress
1. “Khouan Souliyabapha (Mina)” Rina 2 – Brunei
2. “Julie Tan” Wonder Boy – Singapore
3. “Eisaya Hosuwan” Bad Genius – Thailand
4. “Barbara Miguel” 1-2-3 (Gasping for Air) – Philippines
5. “Nattatida Damronhvisetpanit” Memories of New Years – Laos
Best Actress
1. “Sangeeta Krishnasamy” Adiwiraku – Malaysia
2. “Maudy Koesnaedi” Ave Maryam – Indonesia
3. “Paing Phyoe Thu” Mi – Myanmar
4. “Elora Espano” Signal Rock – Philippines
5. “Raihaanun” 27 Steps of May – Indonesia
Best Supporting Actor
1. “Amerul Affendi” Crossroads: One Two Jaga – Malaysia
2. “Verdi Soleiman” 27 Steps of May – Indonesia
3. “Isaac” Song Lang – Vietnam
4. “Ronwaldo Martin” Bhoy Intsik – Philippines
5. “A Linn Yaung” Shwe Kyar (Golden Lotus) – Myanmar
Best Actor
1. “Chicco Jerikho” Ave Maryam – Indonesia
2. “Rosdeen Suboh” Crossroads: One Two Jaga – Malaysia
3. “Kristoffer King” Kristo – Philippines
4. “Remy Ishak” Pulang – Malaysia
5. “Shafiee Mostar” Hari Minggu Yang Ke-4 – Brunei
Best Director
1. “Joseph Israel Laban” Baconaua – Philippines
2. “Leon Le” Song Lang – Vietnam
3. “Chito Rono” Signal Rock – Philippines
4. “Ertanto Robby Soediskam” Ave Maryam – Indonesia
5. “Nam Ron” Crossroads: One Two Jaga – Malaysia
Best Film
1. Crossroads: One Two Jaga – Malaysia
2. Ave Maryam – Indonesia
3. Signal Rock – Philippines
4. Mi – Myanmar
5. Like An Old House – Vietnam