[dropcap]B[/dropcap]erkonsepkan open air dan beach santai, Anugerah Shout! 2012 anjuran 8TV telah berjaya menceriakan sekalian pengundi atau tukang pangkah artis yang tercalon di Shout! Awards di Surf Beach, Sunway Lagoon jam 8.30 malam. Happening dan gempak!
Keputusan pemenang telah pun kita ketahui. Budiey nak ucapkan tahniah buat semua pemenang. Kepada yang tak berjaya tu, sila cuba tahun hadapan dengan mengeluarkan produk-produk bermutu supaya nama anda terus kekal di dada pencalonan.
[dropcap]T[/dropcap]ahniah buat Yuna yang berjaya mempertahankan gelaran yang diterimanya pada tahun 2010 iaitu sebagai Penyanyi Pop Negara menerusi anugerah Popstar Award sekaligus mengenepikan penyanyi terkenal tanah air seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Aizat, Hafiz, Jaclyn Victor dan Najwa Mahiaddin. Satu pencapaian yang masih menuntut kesetiaan pengundi untuk menyokongnya pada tahun akan datang.
Selain Yuna, anugerah untuk 19 pemenang bagi setiap kategori itu turut menyaksikan kemenangan pasangan pelawak sedia terkenal dengan karakter ‘giler-giler’, Zizan dan Johan untuk kategori Best On Screen Chemistry Award menerusi rancangan ‘Maharaja Lawak 6’.
[pullquote align=”right”]Zizan tak dapat hadir di pentas untuk menerima anugerah sebab sibuk dengan Maharaja Lawak Mega yang berlangsung pada masa yang sama. [/pullquote]
Namun Zizan tetap hadir untuk bertemu dengan media dan bergambar dengan trofi di post party. Bagus Zizan, bagus!
Yuna juga menyerahkan anugerah terbesar iaitu The Ultimate Shout! Award yang pernah dimenanginya pada tahun 2010 kepada trio adik-beradik, KRU. Sekaligus Norman, Yusry dan Edry membuktikan mereka masih hebat selepas 20 tahun bertapak dalam industri apabila membawa pulang anugerah tersebut di malam kemuncak anugerah berprestij, Shout! Awards 2012
[dropcap]D[/dropcap]ua anugerah tersebut adalah Wired Celebrity Awards dan Popstar Award mengalahkan Datuk Siti Nurhaliza, Aizat Amdan, Hafiz, Jaclyn Victor dan Najwa.
Impak dari lagu Teman Pengganti, Black & Malique berjaya merampas gelaran penyanyi Hip Hop dan R&B terbaik yang dipanggil sebagai Flava Award daripada Mizz Nina yang mana anugerah tersebut diraih ratu Hip Hop itu tahun lalu. Bagaimanapun Mizz Nina tidak pulang dengan tangan kosong apabila anugerah Video Muzik Terbaik menerusi lagu ‘With You’ menjadi miliknya.
Zizan Razak yang semakin mencuri tumpuan dalam dunia pengacaraan dinobat sebagai personaliti TV kegemaran ramai dalam Favourite TV Personality Award buat kali kedua. Memang dah dapat diramal, Zizan Razak akan menang dalam dua kategori, Favourite TV Personality Awards dan Best On-Screen Chemistry Awards bersama Johan (Raja Lawak). Syabas Zizang!
[dropcap]M[/dropcap]anakala Aaron Aziz dan Nora Danish mencuri perhatian penonton apabila masing-masing mendapat Hot Guy Awards dan Hot Chick Awards.
Selain itu, kemenangan kumpulan Massacre Conspiracy menerusi kategori Break Out Award turut tidak dijangka kerana dapat menewaskan penyanyi popular, Najwa Mahiaddin.
Kumpulan Bunkface meraih perhatian apabila kekal menguasai anugerah bintang rock atau Rockstar Award pada malam itu, sekali gus ini merupakan kemenangan untuk kali ketiga, yang mana mereka pernah membawa pulang trofi anugerah ini pada 2009 dan 2010.
Turut menerima pengiktirafan adalah bintang yang semakin bersinar-sinar, Shila Amzah apabila telah merampas takhta vokal terbaik dalam Power Vokal Award yang sebelum ini pernah dipegang oleh Faizal Tahir dalam Shout! Awards 2010.
Seperti anugerah lain, Hot Guy Award juga telah bertukar takhta pada tahun ini apabila pelakon Aaron Aziz merampasnya daripada pengaraca kacak, Henry Golding. Begitu juga dengan gelaran Hot Chick diberikan kepada Nora Danish selepas trofi itu diserahkan kepada Marion Counter pada anugerah lalu.
Manakala dua anugerah yang baru diperkenalkan tahun ini iaitu anugerah yang mengiktiraf bakat kreatif melalui media sosial menerusi medium Twitter, Instagram ataupun Facebook telah menotakan Yuna sebagai Wired Celebrity.
Sementara ‘penyebar’ media sosial yang kian menjadi sebutan dikalangan ‘kaki’ Youtube, Matluthfi90 diberikan trofi Shout! Aloud Award.
Selama tiga jam bersiaran acara yang dibanjiri lebih 10,000 penonton itu dihangatkan lagi dengan persembahan hebat lagi bertenaga daripada barisan artis tempatan seperti Altimet feat Zee, Goldfish & Blink, Massacre Conspiracy, Liyana Fizi, Diandra Arjunaidi, Go Gerila, Yuna, Ila Damia dan Anas (Mentor). Surf Beach semakin panas membara dengan kemunculan persembahan daripada dua kumpulan idol sensasi yang diterbangkan khas dari Korea Selatan iaitu Nu’est dan Vixx.
Shout! Awards turut menjemput dua kumpulan K-Pop dari Korea Selatan iaitu Nu’Est dan Vixx bagi memeriahkan majlis.
Ia dihoskan oleh Henry Golding, Hannah Tan dan Razif Hashim dengan suasana santai dan happening.
Berikut adalah senarai pemenang Shout! Awards 2012:
The Ultimate Shout! Award – KRU
Rockstar Award – Bunkface
Popstar Award – Yuna
Power Vocal Award – Shila Amzah
Flava Award – Black/Malique
Music Video Award – Mizz Nina (‘With You’)
Break Out Award – Massacre Conspiracy
Best On Screen Chemistry Award – Johan/Zizan (‘Raja Lawak 6’)
Fresh TV Series Award – ‘Versus’
Breakthrough Local Feature Award – ‘Songlap’
Favourite TV Program Award – ‘Showdown 2012’
Favourite TV Personality Award – Zizan (‘Raja Lawak 6’)
Coolest Radio Announcer Award – Hunny Madu (Fly FM Malaysia’s Hottest Music)
Favourite Radio Show Award – Top 5 Panggilan Hangit
Hot Chick Award – Nora Danish
Hot Guy Award – Aaron Aziz
Wired Celebrity Award – Yuna (@yunamusic)
Shout! Aloud Award – Matluthfi90